My sweet story...

My sweet story...

Sunday, August 8, 2010

Milik siapakah kaki kecil ini???

Milik Humaira lah...siapa lagi si tukang kacau mummy ni..Dah pandai nak ambil semua barang atas meja solek. Siap terangkat kaki nak capai benda. Waktu mummy nak solat, time tulah dia nak kacau. Dengan daddy lagi dia suka kacau, bila daddy sujud si kenit ni boleh geletek kaki daddy.

Tengok tu kaki dia siap terangkat lagi???


Ambil apa tu Humaira???


Taraa....penyepit rambut

Friday, August 6, 2010

Humaira oh Humaira

Mood malas nak update blog melanda. Layan gambar Humaira ajelah..Ambil udara petang beberapa hari lepas.. Daddy gigih train Humaira berjalan.



Last2 dia nak lepak je..


Daddy (masa kecil) vs Humaira. Rasanya Humaira ikut muka mummy

Wednesday, August 4, 2010

Home made burger & aktiviti masak

Petang Ahad saya buat home made burger. Teruja tgk emak mertua buat burger masa saya balik kampung bulan lepas. Emak saya siap buat home made roti burger sekali.

Tak sempat nak minta resepi dari emak mertua, nasib baik ada internet. Macam2 benda boleh cari kt internet. Cuma saya tak buat roti, karang lain pula jadinya. Saya bukan expert bab memasak ni.

Dah siap...kena simpan dalam freezer bagi keras.


Petang Isnin baru masak untuk juadah berbuka. Burger tgh masak..Saya puasa sunat hari Isnin lepas


Resepi burger:
1 paket daging kisar (saya guna ramly)
1 cawan breadcrumbs (serbuk roti)
1 sudu besar sos worcestershire (saya guna brand lea & perrins).
sedikit lada sulah dan black paper
1 biji bawang besar saiz sederhana (hiris nipis) - goreng
2 ulas bawang putih (hiris nipis) - goreng
sedikit garam
sebiji telur

* campur kesemua bahan kecuali telur. Bila dah sebati tuangkan telur sedikit demi sedikit sehingga mudah diuli. Bentukkan jadi bulat. Saya guna acuan banjo nak bagi bentuk bulat. Bolehla simpan dalam freezer sehingga keras. (boleh dapat dlm 10 keping daging burger)

Menu buka puasa kuih sagu abuk-abuk. First time buat kuih ni tengok resepi di internet. Main belasah je balut guna daun pisang. Kt bandar daun pisang semua kena beli. Untung kalau duduk kampung, merata2 ada daun pisang


Dan kuewtiaw kerang



Sebelum berbuka puasa, kena bagi Humaira makan dulu, supaya bila mummy berbuka nanti kurang sikit si kenit ni nak mengacau. Mengacau tetap ada cuma kurang sikit..hehe

Menu Humaira, mummy buat home made wedges. Si kenit ni mmg suka kentang. Mummy just salut dengan telur dan tepung ayam goreng.


dan air vitagen..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails