My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, April 13, 2010

Tahniah Muza for the 2nd junior

Tahniah buat kawan mummy, Muza atau Hanim atas kelahiran second junior. Classmate mummy masa degree kt UiTM dulu. Muza selamat bersalin pada 10 April 2010 . Baby girl nama NUR MIA DANISSA. Seronok Muza dah dapat sepasang. Baby dilahirkan di Hospital Selayang pada pukul 8.42 pagi. Mummy dapat call dari Muza pada petang Isnin bertanyakan berkaitan susu ibu. Mummy bukanlah orang yang arif, tetapi yang mana boleh bantu, kita bantu. Sharing is caring. Memang untuk breastfeed anak perlukan ILMU dan Kekuatan fizikal dan mental.
Humaira banyak mengajar mummy..Tahniah Muza, happy breastfeeding ok!!

Monday, April 12, 2010

happy 11 months old Humaira

Lambat mummy nak update milestones Humaira. Hujung minggu yang sangat sibuk. 10 April lepas genap Humaira 11 bulan. Sebulan lagi setahun dah dia... Dah besar anak dara mummy.
  • Dah pandai turun dan naik kerusi sendiri
  • Asyik nak berdiri kerjanya, praktis nak berjalan yer Humaira
  • Tidur lewat sekarang, pukul 12.oo baru nak tidur.
  • Suka tengok kartun
  • Suka main nyorok-nyorok dgn mummy. Pasti Humaira cari mummy sampai jumpa
  • Suka tiru apa org sekeliling buat. Kalau mummy atau daddy batuk, Humaira mesti nak tiru juga. Mummy merangkak, Humaira pun merangkak. (sebelum ni, Humaira malas nak merangkak, bila mummy rajin merangkak depan dia, suka pula dia merangkak)
  • Masa Humaira kecil dulu, sukanya kalau si kenit ni diam, aman sikit mummy nak buat kerja. Bila dah besar ni risau mummy kalau dia diam masa mummy buat kerja. Pasti ada agenda dia.
Inilah agenda Humaira. Mummy dekat dapur, dia dekat bilik pasang aircond dengan pintu dan tingkap terbuka entah berapa lamalaa...Mummy dah sorok remote aircond bawah bantal, pandai cari. Akal dah panjang...

Habis ditekan semua button dekat situ.


owh mummy sorokkan remote aircond yer, takpe hp mummy kan ada...


Sengih dia kena bebel..



Concentrate tgk TV. Mummy tak setuju dengan daddy bab ini. Daddy tukar pakej Astro ambil channel kartun untuk Humaira. Sukalah budak kenit ni..


Kita panggil buat tak tahu jer


Tgklah anak dara daddy ni concentrate tgk tv.

Ariani Sales until 18 April 2010

Jumaat petang, mummy pergi shopping tudung Ariani di Kota Damansara. Rambang mata tengok sales sana sini. Ada less sehingga 50%, buy 1 free 1 etc. Sempat rembat 5 helai tudung Ariani. Sales sehingga Ahad minggu depan, ada masa lagi kalau nak serbu. Kalau tak silap semua cawangan Ariani ada sales. Kalau beli tudung melebihi RM200 tambah RM10 boleh dapat kad keahlian.

Hasil rembatan..


Kad keahlian


Antara tudung yang mummy beli, daddy Humaira kata dah, tak payah beli tudung untuk tempoh 3 tahun ni..Mummy ambil colour yang boleh match dengan semua pakaian, raya nanti baru nak beli yang colourful..



Nak tengok model cilik mengayakan tudung mummy?? Pasni tak payah ambil Ekin jadi model dah..hehehe, marah Mawi nanti.


Amboi nak, duduk dah ayu tapi nampak kaki pula


Pipi Humaira yang gebu, sodap kalau cubit ni


Cubaan nak tarik tudung


Dari dulu mummy mesti nak colour pink or purple..


Anak tudung Ariani

nuffnang

Related Posts with Thumbnails