My sweet story...

My sweet story...

Friday, April 9, 2010

Dunia si kecil yang indah

Selamat bereksplorasi dengan mainan Humaira...Dunia yang indah dan penuh warna warni buat si kecil Humaira. Dah pandai keluarkan mainan sendiri, mummy tukang mengemas balik.

Mainan merupakan salah satu cara untuk merangsang minda bayi.

Perkembangan dari Alam Bayi ke Alam Kanak-kanak Bertatih

**Sumber: Dipetik dari majalah Mother & Baby , seperti yang disahkan oleh panel pakar di UK dan Malaysia




Tuesday, April 6, 2010

Bila Humaira tolong mummy mengemas rumah

Tak padan yang kecik ada hati nak tolong mummy kemas. Paling dia suka kalau mengemas hari Ahad. Daddy akan beli sampai 3-4 naskah suratkhabar, sibuklah dia nak tolong kemas..

Penat tau mummy Humaira kemas ni..


Ok kita baca buku pula..



Bila Humaira dah pandai panjat sofa, tak boleh nak letak apa2 dekat atas sofa. Sekejap jer dia naik nak ambil barang..nak turun dari sofa tak pandai lagi..


Hp mummy jadi mangsa Humaira, berusaha keras nak naik atas sofa tu

Monday, April 5, 2010

Makan kek di Secret Recepi

Hari Sabtu lepas sempena birthday daddy, kami makan kek di Secret Recepi Bukit Jelutong Shah Alam. Beli 2 slice saje. Kebetulan kami pergi dalam pukul 3.30 petang so dapatla coffee or tea free. Fyi, kalau kita order 1 slice cake akan dapat free 1 coffee or tea dari pukul 3.00 - 6.00 ptg. Save money tak perlu order air. Birthday tanpa kek macam tak meriah kan!!!

Happy Birthday DADDY...

Humaira makan kek


Kids Meal untuk Humaira, comel jer burger tu. Mummy yang tolong habiskan


Kalau daddy suapkan kek mesti comot si kenit ni


Suka makan kek, tak boleh selalu Humaira, manis


mummy punya choc chip walnut, daddy choc cheese cake rasanya. Air free mummy order tea, dan daddy white coffee


Silalah jamu selera...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails