My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, September 29, 2009

Ceritera raya part 2

Raya keempat kami balik Simpang Pulai, Perak. Kami cuma sempat beraya rumah mak sedara saya di Ipoh and round2 area Kuala Kangsar. Layan picture sajork..

Selamat hari raya aunty2 semua...


Sepupu sepapat saya...ramai yang kata muka kami sama...




Di Eco Park, Taman Botani Ipoh..Dengan adik saya, Anip..makin lama makin tembam adik aku ni..


Dengan adik saya, Wani..


Humaira dgn mummy plak..


Tasik ni byk ikan..


Masa bersiar2 di Kuala Kangsar,kami singgah Masjid Ubaidiah..Daddy tukang ambik gambar..


Muzium Kuala Kangsar



Sekian saja ceritera raya kami...Balik Shah Alam Sabtu lepas, pasni byklah undangan open house yerk..

Sunday, September 27, 2009

Ceritera raya part 1

Dua hari sebelum raya, kami sekeluarga gerak balik Tg Gading, muar. This year giliran beraya rumah mertua dulu. Sepanjang perjalanan, cuaca mendung dan sesekali gerimis. Semasa kami melalui highway Seremban, terdapat banyak kemalangan, lebih kurang 9 kemalangan yang kesemu jarak tak sampai 5KM. Kami benar2 pelik, adakah pengguna jalan raya cuai atau ada orang dengki dengan menyimbah minyak di jalan raya???Entahlah, yang penting kena pandu dengan berhati2...

Memang berbeza dari segi juadah raya antara umah mertua saya dengan rumah parents saya. Dekat Muar, juadah raya kebanyakannya ketupat, kuah lodeh, kari ayam, sambal kacang berbeza dgn kampung halaman saya, semestinya lemang dan rendang...

Sehari sebelum raya, kami sempat ronda2 pekan Muar...Lihatlah aksi si kenit yang kebosanan melayan mummy dgn daddy dia berjln2...mummy snap guna kamera Hand phone jer.








Di pagi raya, tak sempat nak snap gambar family...




Dgn daddy yang kepenatan..


Raya pertama kami ke Batu Pahat, rambut Humaira sudah botak kena cukur..Punyalah mengamuk si kenit ni kena botakkan rambut...sampai tersedu sedan..


Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Renggam..muka si kenit dah monyok kepenatan..



Sampai di rumah dalam pukul 7.15 malam...terus lena

Tuesday, September 15, 2009

Salam Aidilfitri....

Di kesempatan ini, nieda @ co ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat kawan2 blogger semua..Maaf zahir dan batin andai sepanjang tulisan ini ada yang mengguris hati kalian..Maaf dipohon, sesunggunhnya tidak disengajakan.

Tahun ni raya giliran rumah mertua dulu, so kami akan balik Muar Johor start 18 Sept hingga 22 Sept. And then balik Shah Alam dulu, keesokan hari baru balik kampung halaman saya di Ipoh Perak. So pada teman2 sekalian, jemput2 lah datang rumah saya yer..

Raya tahun ni first time beraya bersama dgn Humaira, last year tgh mabuk2 mengandungkan Humaira. Aunty2 semua jangan lupa duit raya yer..Sian mummy dgn daddy Humaira, this year tak ada bonus, budget duit raya ciput jer...


Alhamdulillah, sehingga hari ni saya berjaya brestfeed Humaira.. Awal2 pose dulu rasa nak pitam jer,mmg saya akui ibu yang menyusukan anak di bulan Ramadhan cabaran mmg hebat, air kena cukup untuk mengelakkan dehydration.. So hari tu saya browse internet jumpalah minuman performance drink, bagus untuk ibu yang menyusukan anak. So saya telah order secara online...Nak tau lebih lanjut pasal performance drink ni boleh tgk kt sini http://mysuperkids.net/khasiat-dan-kebaikan-performance-drink-shaklee/

Nilah dia performance drink tu..


Antara juadah yang sempat saya masak bulan pose ini adalah:

Kari ayam. tom yam, daging bakar, buah melaka dan air asam


cendawan goreng tepung, telur dadar, ayam masak merah dan siakap 3 rasa..


Okey, selamat balik kampung semua, pandulah berhati2 di jalan raya..Ingatlah orang yang tersayang...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails