My sweet story...

My sweet story...

Monday, August 10, 2009

Today, Humaira 3 months & ceriteraku

Salam...
Banyak benda nak update hari ni..


Mulakan dengan si kenit Humaira dulu.. Hari ni genap umur Humaira 3 bulan. Dah pandai meniarap. Humaira start meniarap masa umur 2 bln setengah tapi time tu kepala tak kuat lagi, asyik tersembam jer..Sabtu lepas mummy dengan daddy very happy tgk Humaira dah boleh angkat kepala...Sudah besar anak mummy...Yang kelakarnya bila meniarap muka seriusnya takde senyum2, masih takut2 lagi kot..

Humaira masih taknak menyusu EBM dalam botol. Sampaikan Taska surrender nak handle. Anak mummy ni betul2 buatkan mummy risau. Dari pukul 8.00 - 6.00pm hanya setengah botol (2 aunz) Humaira minum.


Hubby saya membelikan hp untuk saya bila wife dia asyik mengomel susahnyer nak transfer gambar hp dekat PC. Sebelum ni saya guna nokia N70 tapi tak boleh transfer gambar dalam PC. Sudahnya hubby belikan HP baru sony eriscsson cycbershot C150. Saya bukan obses pada HP, janji boleh pakai sudah memadai, cuma nak hp kamera supaya senang nak snap gambar si kenit Humaira. Every moment sangat berharga, so mummy senang nak snap gambar Humaira dekat mana2 pun. Lecehkan kalau bawa digital camera yang gedabak..hehe..Lagipun blog ini mummy coretkan khas tentang anak mummy. Moga bila Humaira dah besar nanti, Humaira akan tau betapa sayangnya mummy dan daddy pada Humaira. Kami taknak lepaskan every moment ttg Humaira, jadi mummy coretkan dalam blog ini..

Pagi tadi dapat berita adik saya kemalangan..Rasa nak tercabut jer jantung ni..Dahlah jauh nun di Skudai. Tak dapat detail condition dia yang sebenar, cuma dengarnya retak tulang pinggul..Sepanjang adik saya study dan bekerja di Skudai, ini merupakan kemalangan ketiga dia dekat Skudai..Sebelum ni pun mmg emak saya berat hati nak bagi dia kerja di sana memandangkan kami tiada saudara mara kat sana. In case kalau ada emergency, susah. Mungkin minat adik saya lebih kepada penyelidikan, so dia terima offer dari UTM walaupun kontrak.

Untuk tempoh seminggu ni saya tak dapat melawat adik. Doa saya moga adikku, fizi tidak mengalami kecederaan yang teruk dan cepat pulih. Saat saya menulis ini, emak dan ayah saya dalam perjalanan dari Ipoh ke Skudai. Memandangkan ini minggu terakhir saya bekerja, banyak banda nak kena buat untuk proper handover pada pengganti saya. Harap sangat saya boleh selesaikan semua perkara sebelum meniggalkan ofis ini.
Ofis ini saya bertanggungjawab sebagai ICT dan Document Controller.

Kenangan manis saya sepanjang bekerja di sini adalah berjaya mendapatkan sijil ISO dari SIRIM untuk 2 company berkat bantuan semua staff2 di sini. Ya daripada zero knowledge tentang ISO kini saya sudah mahir. Kita belajar dari pengalaman. Mmg benar, teori masa di universiti tidak sama dengan praktikal. Moga company ini akan lebih sukses dan pengganti saya dapat memberi yang terbaik. Saya sangat hargai kerjaya saya dan berharap dari tahun ke tahun yang berikutnya documentation syarikat bertambah baik. Akan saya update kemudian hari2 terakhir saya di ofis ini..


Layan gambar2 Humaira meniarap...Abaikan saja katil yang sudah karam itu.



Serius jer muka..


Bila dah penat meniarap, menagislah jawabnyer..


Inilah rupa HP yang hubby belikan..

Friday, August 7, 2009

Saya yang tak sihat...

Adui start semlm until today, saya mengalami food poisioning yang agak teruk..Malam kelmarin langsung tak boleh tido gara2 mkn kat luar..Ofismate saya pun mengalami simpton yang sama..Semalam terpaksa ambil MC, lemah longlai rasanyer.. Sian Humaira, terpaksa hantar taska, mummy betul2 tak larat nak jaga..Nak makan pun tak lalu..Stock EBM mummy merundum giler hari ni, hanya dapat 8 aunz saje pump untuk 2 kali sesion..Selalunya mummy dapat pump dalam 16 aunz untuk 2 kali sesion..
Hari ni pun masih terasa sakit..hopefully cepat sembuh..Tak lupa juga terima kasih pada rakan2 yang mendoakan kesihatan Humaira..Alhamdulillah Humaira dah kembali cergas, cuma ada selsema sikit2...Terima kasih semua, i love u all...

Monday, August 3, 2009

Humaira tak sihat...

Hari ni saya terpaksa ambil emergency leave, Humaira kurang sihat. Batuk dan selsema. Sedih mummy tengok, meragam jer anak mummy. Kena dukung jer, nak dukung pun kena posisi kepala menegak kalau tidak menangis. Maybe itu yang paling selesa disebabkan hidung tersumbat.. Sayu hati mummy Humaira, moga cepat sembuh nak...Kalaulah penyakit Humaira boleh ditukar ganti, mummy sanggup terima asalkan Humaira kembali ceria dan mewarnai hidup mummy dan daddy.

Semalam bawa Humaira pergi klinik panel hubby. Tak confident nak bagi Humaira ubat yang doctor tu bagi. Last2 mummy bawa Humaira jumpa pakar kanak2..Geleng kepala doktor pakar tu tgk ubat yang klinik panel tu bagi..Sebabnye dekat ubat tu dah tulis "ubat ini hanya untuk yang berumur 6 bulan ke atas". Nasib baik hubby check ubat tu dulu. Hubby sendiri pun x confident tgk doctor panel tu check Humaira...

Minggu depan genap umur Humaira 3 bulan..Antara improvement Humaira:
  • Dah pandai meniarap sikit2, cuma kepala tak kuat lagi. Asyik tersembam jer. I'm pround of you Humaira, go girl..
  • Dah pandai tegur orang, dalam bahasa dialah...kdg2 bangun tgh malam pun boleh ajak mummy menyembang..hehe
  • Ketawa pun dah ada suara..mummy paling suka Humaira senyum or ketawa, nampak ikhlas sangat2. Yelah baby tak pandai menipu, ekspresi wajahnya mengambarkan perasaan dia ketika itu..
  • Mummy dah boleh kenalpasti jenis tangisan Humaira sama ada lapar, nak tidur atau nak berkawan. (Mummy panik semalam Humaira menagis lain macam, non stop rupanya anak mummy tak sihat)
  • Masih taknak hisap susu EBM dalam botol. bab ini mummy memang risau bila hantar ke taska.. Jadinya stok EBM mummy berlambak2 sampai x muat dlm freezer. Maybe kena buang sikit untuk bagi ruang pada makanan basah..sayangnyer...
  • Bertambah bam2 anak mummy, dengan berat 6.11kg dan tinggi 62cm.. Walaupun kurang menyusu kt taska, malam mummy akan kerap bagi direct feeding. Kaunselor laktasi bgtau Humaira ni jenis 'reverse cycle'..So dun worry, she can survive walaupun minum sikit kt taska..Alhamdulillah, hopefully.
Antara gambar yang sempat mummy snap masa Humaira meniarap...go girl. Tak sabar nak tgk perkembangan Humaira setiap hari...Yelah hati ibu mana tak gembirakan tgk anak sendiri belajar benda baru..



Kepala masih tak kuat lagi, bila angkat sure tersembam balik..slow2 sayang.Bila dah penat meniarap mengamuk tak pandai nak terbalikkan badan semula..


Antara stock EBM mummy..


dan ini yang hampir memcecah 100 paket....Maybe kena buang sikit untuk bagi ruang pada makanan basah..Sayangnyer.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails