My sweet story...

My sweet story...

Sunday, October 11, 2020

Pengalaman umrah

Saya dan keluarga menunaikan umrah pada 7 Feb 2019 yg lalu. Kami tiba di KLIA2 kira-kira jam 12 tengahari. Flight kami Air Asia X bertolak pada pukul 1845hrs. Sekitar jam 1400 hrs kami dah start check in dan urusan mengambil passport dari wakil travel agency. Saya menggunakan perkhidmatan Tiram Travel. Jangan ditanya bagus ke tidak sebab ini kali pertama saya menjalani ibadah umrah. So far, semuanya okay dan bagus. 

Di KLIA2 jemaah lelaki mula memakai ihram. Saya dah ahli keluarga seramai 10 orang termasuk ayah, adik, mertua dan makcik & pakcik saya.  Saya dan family antara yang lambat boarding. Maklumlah husband kaki terhencut-hencut menggunakan tongkat. Seminggu sebelum menunaikan umrah, suami mengalami kecederaan kaki kerana bermain bola sepak. 

Perjalanan 9 jam ke Jeddah tiada apa yang menarik cuma saya agak kesejukan. Dua kali makanan dan minuman diberikan di atas flight. Antaranya ialah the famous Nasi Lemak Pak Nasser. Not bad juga rasa nasi lemak tersebut. 

Air panas as usual kena bayar. Saya tak order. Sepanjang perjalanan gelap sahaja sebab malam. Sehinggalah kami dikejutkan oleh pengumuman pilot yang kami akan melintasi miqat. Sebenarnya duration from the first announcement to sehingga melintasi miqat dimana kita perlu niat pun almost an hour. Kalau Air Asia X, tips dia ialah after our second meal, around 30 minutes kot akan ada first announcement on miqat.

So bila kami melintasi miqat, our mutawif dah lead baca niat. Sebelum tu pun dia akan pastikan kami semua dah memakai ihram.

We arrived in Jeddah around 2315-2330 hrs. Lepas turun flight kami kena naik bas. Ingatkan jauh perjalanan bas, rupanya dekat sahaja. Di terminal, kami melalui imigresen Saudi. Kena scan 4 jari kanan dan kiri kecuali ibu jari. Mereka suka betul dengan anak lelaki saya yang berusia 7 tahun. Anggota imigresen yang uruskan saya dan anak lelaki saya suka membuat lawak cuma saya tak faham sebab dalam bahasa Arab. English beliau very basic. Dia tanya nama kita, kita jawab. 

Di Jeddah, kami berjalan menuju ke tempat bas. Selepas boarding bas, kami meneruskan perjalanan ke Makkah. Kira-kira satu jam. Saya memerhati luar tingkap mencari padang pasir. Tapi cuma nampak kegelapan. Bas kami berjenama Yutong. 

Sampai di Makkah, saya rasa teruja apabila ternampak Clock Tower yang menandakan kami hampir sampai ke Masjidil Haram. Dah jadi kebiasaan saya kalau travel akan memerhatikan detail kawasan sepanjang perjalanan. Tapi disebabkan perjalanan malam, agak sukar nak tengok keadaan sekeliling kecuali bangunan berlampu. Sempat saya perhatikan bahawa kedai-kedai coffee takeaway agak banyak di sini. Stesyen minyak nya besar dan ada standalone drive thru ATM Machine. 
Construction di Makkah.

Tiba di Clock Tower sekitar jam 0230 - 0300 hrs. Saya jangkakan keadaan sunyi namun ianya meleset. Masih ramai manusia berjalan ke Masjidil Haram. Ada yang berjalan pulang. Senang cerita, manusia menjalankan aktiviti seperti siang hari. Cuma kedai-kedai sahaja yang tutup. Ini baru umrah bulan Februari. Tak dapat saya bayangkan Umrah Ramadan atau pun musim Haji.

Kami menginap di Royal Orchird Safwa Tower which is di Clock Tower. Memang tak jauh pun dari Masjidil Haram. Jalan kaki tak sampai 100 meter. Cuma bila dah sampai ke pintu Masjidil Haram tu kena jalan kaki lagi untuk ke ruang solat dihadapan Kaabah. 
Senarai menu di salah satu restoran di Safwa Tower

Makan minum semua included di Hotel Royal Orchird. Saya suka buah oren dia, manis dan besar. Anak-anak pula tak cukup makan di hotel sebab tak kena dengan tekak mereka, diajaknya pula makan diluar. Kita ni orang dewasa memang okay je makan di hotel. Selalunya kami makan di Safwa Tower. Kaki husband tidak mengizinkan kami keluar jauh dari Safwa Tower. Selalunya nugget ayam, fries dan shawarma menjadi kegemaran anak-anak makan di luar. Harga sekali makan kami semua kalau di Safwa Tower tak lari dari 30-40 Riyal. Sejujurnya tekak saya merasakan bahawa makanan arab di Bukit Bintang lebih sedap dari di Safwa Tower. Kalau nak McDonalds pun ada tapi lokasinya di sebelah Safwa Tower, berhadapan juga dengan Masjidil Haram. 


Aiskrim dalam peti di kedai runcit sebelah Masjid Hudaibiyah



Di Makkah, kami ziarah menaiki bas yang disewa oleh travel agency. Dibawanya kami melawat Arafah, Mina dan Jabal Rahmah serta tempat-tempat bermiqat yang lain seperti Jaranah dan Hudaibiyah. Ramai peniaga-peniaga Arab di Jaranah dan Hudaibiyah dan semestinya harga lebih murah dari peniaga di dalam Safwa Tower. Cuma kualiti agak berbeza. Aiskrim yang dijual di Jabal Rahmah amat menarik. Cuaca waktu ni agak dingin tapi kami makan juga aiskrim. 
Masjid Jin. Pemandangan dari dalam Bas. Bangunan sebelah tangga tu adalah masjidnya.

Dalam perjalanan, kami melalui Jabal Nur iaitu terletaknya Gua Hira. Tinggi rupanya Jabal Nur. Selalu baca dalam buku, bila tengok live baru rasa malu dengan Rasul Allah yang bersusah payah mendaki Jabal Nur sedangkan kita senang pula untuk melanggar suruhannya. Kami juga melalui masjid Jin. Dah moden masjid ni, lokasi pula terletak di celah-celah bangunan. Sekali pandang macam masjid/surau di stesyen MRT.

Di Mekah kami menginap selama 5 hari. Saya sempat buat 3 kali umrah. Selebihnya banyak buat tawaf sunat. Disebabkan kaki suami tak mengizinkan untuk berjalan jauh, dia banyak menunaikan solat di ruangan surau hotel. Mutawif kami ada memberitahu, pahala menunaikan solat di surau hotel safwa sama sahaja dgn Masjidilharam, kerana kawasan hotel masih dikira dalam kawasan dataran Masjidilharam. Solat di surau masih berimamkan Imam dari Masjidilharam. Selalunya saya akan pergi ke masjid dalam pukul 3 pagi berseorangan. Waktu macam tu sangat best untuk melakukan tawaf kerana orang tak berapa ramai. Dapat pegang kaabah, makam Nabi Ibrahim cuma Hajarul Aswad takde rezeki, terlalu ramai sangat orang. Ada je jemaah dari Indonesia offer untuk bantu kita pegang Hajarul Aswad tapi awas, mereka selalunya meminta bayaran. Jadi hati-hati. Lagipun tak sanggup bersesak2 bercampur lelaki dengan perempuan. 





Naik skuter ketika melalukan Saei



Saei


Selepas solat Subuh. waktu macam ni ramai yang melakukan tawaf

Kepenatan selepas tawaf






Khusyuk melukis gambar kaabah dihadapan. 




Cukup disini dahulu coretan pengalaman. Next akan ke Madinah pula. 

Wednesday, May 25, 2016

Celebrate birthdayHumaira

10 May lepas birthday Humaira yang ketujuh. Beriya nak celebrate dengan kawan2. So text guru kelas Humaira tanya boleh ke celebrate birthday. Cikgunya kata ok takde masalah. So saya buat hari selasa minggu lepas, 17 May setelah habis ujian pertengahan tahun. Kek je yang beli, tak sempat mummy nak buat semua. Untuk makan2 mummy buat mini burger dan apam polkadot. Untuk cikgu2 yang mengajar Humaira mummy buat assorted bun. Seharian juga menyiapkan food ni. 

Mini burger tu daging pun saya buat sendiri. Jangan tanya resepi yooo..tak ingat, semua benda main campak2 je. Yang pasti kena letak telur dan breadcrumb sebangai agen untuk memekatkan daging supaya tak berderai. Breadcrumb saya beli di kedai bakery, ada 2 jenis. kaler oren dan putih. Untuk burger saya guna breadcrumb putih. Kalau rajin boleh buat sendiri. Bakar roti sandwich kemudian kisar kering. Humaira tak suka bawang, jadi saya cuma letak separuh je bawang besar yang digoreng supaya wangi, daun sup & bawang, lada sulah dan garam secukup rasa. Kita yang buatkan..sukahati lah nk letak apa.

Apam polkadot dgn 3d wording
Home made daging burger. Sebelum dimasak, adunan ni sedikit lembik.

mini burger untuk kids ni saya tak buat pedas, ada yg tak makan nanti. saya cuma letak cheese, salad, sos mayonis dan thousand island.
saiz yg sgt comel



Gambar di bawah ni dari cikgunya. 

birthday girl with his friends
Makan2
Assorted bun untuk cikgu2

Friday, April 29, 2016

Kuih Permata Hijau

Nama kuih ni permata hijau. Resepi di saya dapat dari facebook. Bahagian tengah warna hijau seperti kuih onde2 cuma intinya kelapa. Rasa seakan2 kuih koci. Kalau yg rajin nak mencuba boleh try resepi ini.. 

PERMATA HIJAU
Bahan A Utk onde2/buah Melaka 
3 cwn tepung pulut 
3 sdb tepung gandum 
1 1/2 cwn air + sedikit garam (anggaran)
Satukan kesemua tepung dan tuang air sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yg lembut 
*Buat jer seperti nak buat onde2/buah melaka… 
*Dan inti utk kuih ni guna inti kelapa, mcm inti kuih koci.

B Adunan Putih :
1 ½ cawan santan KARA (jangan campur air)
2 ½ cawan air 1 cawan tepung beras 
4 sudu tepung gandum 
4 sudu tepung jagung
Garam secukup rasa

Cara 
Satukan kesemua bahan didlm saucepan, kacau rata guna whisk dan masak atas api kecil hingga berwap tutup api…. 
Ketepikan. Panaskan kukusan. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Buat onde2…. Ambil adunan tepung dan leperkan, isi inti dan bulatkan menjadi bebola.
Masukkan ke dalam acuan dan letakkan ditengah2, buat hingga habis. Tuang adunan santan dan kukus api sederhana selama 20 minit. Sejukkan sebelum keluarkan dari acuan. 

Friday, April 22, 2016

kembali menulis..

Lamanya saya tinggalkan blog ini...Untuk tahun ini, belum ada satu pun entry. Kadang2 rindu untuk menulis seperti dulu, tapi masa sangat2 terhad padahal malas

Masa mula2 blog ini wujud banyak story tentang anak, kemudian masak2. Melauli hobi suka mencuba resepi di internet, kini saya  mula berjinak2 dalam dunia baking terutamanya roti.

Entry pemanas badan, layan gambar my kids. Baru ada sepasang, yang sulung dah 7 tahun, adiknya nak masuk 4 tahun.


ketika usia 6 bulan

usia 4 tahun dengan t shirt yg sama ketika 6 bulan

My daughter ketika usia dlm setahun. now dah darjah 1

Thursday, November 12, 2015

kuih nona manis

Nona manis, kuih yang mula popular sekarang di media sosial. Kalau tak silap kuih ini berasal dari Indonesia. Rasanya lemak2 manis, seperti kuih tepung pelita. Cumanya tepung pelita sedikit lembik dibandingkan dengan nona yang manis sedikit pejal sbb ada tambahan tepung jagung. Tak rugi mencuba resepi ini. Kuih ini saya buat untuk potluck ofis husband.  Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis..

Sumber: Azlita
Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan  (saya guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang (saya guna whisk)
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ (saya tak ada daun pandan, saya campurkan 1/2 cawan air dan 1 sudu kecil perisa pandan emulco)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple


Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam,  dan sedikit pewarna hijau apple
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. (guna whisk)
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat 
 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu adunan suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan

hasilnya..



Adunan
Masukkan dalam acuan sehingga 3/4
Kemudian pipekan adunan putih sehingga penuh
Sedia untuk dikukus
Nona manis dan congo bar untuk potluck ofice husband.

Wednesday, October 28, 2015

Persembahan tadika Humaira

Ahad lepas bersamaan 25 Okt berlangsung majlis Gala Hi Tea Tadika ABS Zon Shah Alam termasuk tadika anak saya. Ada 6 buah tadika bergabung untuk majlis ni, Tadika ABS Denai Alam, Tadika ABS Bukit Rahman Putra, Tadika ABS Puncak Perdana, Tadika ABS Batu Belah, Tadika ABS Taman Bunga Raya, dan Pusat Perkembangan ABS Potensi Millenia. Majlis ni buat di Dewan Yayasan Restu, bersebelahan dengan Masjid Shah Alam.

Tahun ni Humaira dipilih oleh cikgunya untuk masuk persembahan pidato bersama 3 lagi rakan2nya. Tajuk pidatonya sebarkan salam. Kalau tahun lepas Humaira sangatla pemalu untuk berhadapan dengan public, this year byk improvement. Terima kasih pada cikgu2 yang mendidik dan tahu potensi anak2 didiknya. Lagi satu tadika ABS ada gelaran untuk anak2 didiknya, yang lelaki akan dipangggil Tuan Muda, yang perempuan Cik Puan Muda. Saya sangat admire dengan CEO ABS Holding iaitu Puan Ainon. Penuh dengan kata2 hikmah dan tidak lokek ilmu bagi sesiapa yang selalu follow status beliau di facebook.

Tadika Humaira ada buat 3 persembahan iaitu dikir puteri, lakonan kepentingan duit dan juga pidato. seronok tengok keletah anak2 ni beraksi...mmg comel. Terpegun tengok pengacara cilik yang berani.

MC pada hari itu, berani terutama yang bertudung pink. Baru berusia 5 tahun. Habis semua kawan2 buat persembahan, Cik Puan Muda ni nak join. Cikgunya bagitau, mmg cik puan muda ni berminat nak buat persembahan, setelah dipujuk untuk jadi mc barulah ok.




Gaya Cik Puan Muda Humaira berpidato

Gaya 4 anak2 berpidato  Sebarkan salam
Persembahan pidato ni terpilih untuk sambutan Festival Sastera kanak-kanak Jumaat ini yang akan berlangsung di Dataran Merdeka.
 
Menyanyi ramai2 makna surah al fatihah dan anak soleh
Lakonan tentang pentingnya duit
Persembahan dikir puteri. Sangat hebat. Persembahan ni terpilih untuk dipersembahkan di Festivl filem kanak-kanak pada hari Jumaat ni dan juga Hari Tadika Selangor Ahad ini. Tahniah cikgu2 Tadika ABS Suria Perdana.
Acara penutup adalah seisi mohon restu. Sebak rasanya time ni, bila habis persembahan nyanyian anak soleh, anak2 ni akan berjumpa dengan ibu bapa untuk bersalam dan memohon maaf. Rasa macam nak menitis air mata time tu. hihi..Diam tak diam, dah 6 tahun usia anak dara saya. Tahun depan masuk darjah satu. Semoga Allah memelihara anak2 kita...

Monday, October 19, 2015

Belajar buat roti

Belajar buat roti dalam 2 bulan lepas rasanya. Kenalan saya yang ajar. Terima kasih Afif dan Lin. Afif memang banyak pengalaman dalam bidang bakery. Sebelum ni saya memang ada ambil order roti secara kecil-kecilan. Bolehla menambah ilmu dan skill meroti lagi

Buat roti ni tidakla susah sebenarnya kalau kita tau basic. Resepi di internet pun lebih kurang je semuanya. Bagi saya roti yang baik mesti lembut dan gebu. Dekat sinilah teknik uli dan kuantiti bahan2 untuk membuat roti memainkan peranan. Saya pernah share resepi asas buat roti DI SINI. 

Humaira dengan roti wholemeal loaf
Red bean dan kaya
Sifu roti, Afif and wife, Lin.


Friday, October 16, 2015

Happy belated birthday Firaas

12 Oct lepas birthday anak bujang saya yang ketiga. Selamat hari ulangtahun yang ketiga Hadif Firaas. Doa mummy tak pernah putus semoga anak2 mummy berjaya bukan sahaja di dunia tetapi juga di Akhirat. Jadilah anak yang berguna , berusaha sehingga berjaya dalam apa jua bidang pun kelak, sampai bila2 walau di mana pun dan yang paling penting taat perintah Allah.

3 tahun yang indah, banyak mengajar mummy menjadi ibu yang tabah. Bukan mudah sebenarnya mendidik anak2. 3 tahun juga dia masih breastfeed. Cuba untuk bercerai susu tetapi masih tidak berjaya..

Birthday kali ni mummy buat coklat chip walnut cupcakes . Masa umur setahun dan 2 tahun mummy buatkan fresh fruit cake.   

HAPPY BIRTHDAY FIRAAS

cupcakes..muka serius sbb baru lepas nangis. makin manja

Kakak dan adik

Hadiah dari daddy. Aikkk kakak pun dapat

Kenangan masa  1st and 2nd birthday Firaas



nuffnang

Related Posts with Thumbnails