My sweet story...

My sweet story...

Thursday, November 12, 2015

kuih nona manis

Nona manis, kuih yang mula popular sekarang di media sosial. Kalau tak silap kuih ini berasal dari Indonesia. Rasanya lemak2 manis, seperti kuih tepung pelita. Cumanya tepung pelita sedikit lembik dibandingkan dengan nona yang manis sedikit pejal sbb ada tambahan tepung jagung. Tak rugi mencuba resepi ini. Kuih ini saya buat untuk potluck ofis husband.  Resepi saya ambil dari blog Azlita Masam Manis..

Sumber: Azlita
Bahan A

1 biji telur
1/2 cawan gula halus
1 cawan santan  (saya guna santan KARA ~ campur air sikit jadikan 1 cawan)
1 cawan tepung gandum

Pukul telur hingga kembang (saya guna whisk)
Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata.
Tuangkan atau campurkan dengan telur dan pukul atau kacau rata.
Bila dah siap ketepikan

Bahan B

1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air pandan ~ (saya tak ada daun pandan, saya campurkan 1/2 cawan air dan 1 sudu kecil perisa pandan emulco)
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
secubit garam
sedikit pewarna hijau apple


Satukan air pandan dan santan
Kemudan campurkan dengan gula, tepung jagung, secubit garam,  dan sedikit pewarna hijau apple
Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil
Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, kilat dan sedikit pekat

* Satukan adunan bahan A dan juga adunan bahan B
Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. (guna whisk)
Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan Putih

Bahan C

1 cawan santan pekat 
 1 sudu besar tepung gandum
1/2 sudu teh garam

Satukan semua bahan C, kemuadian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat
Tunggu adunan suam sikit dan masukkan dalam piping bag atau bag plastik ( bahagian hujung bag plastik )

Sementara itu kita panaskan dahulu kukusan hingga airnya mendidih
Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih.
Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau hingga adunan naik penuh cawan lompang
Susun dalam kukusan
Kukus selama 7 ~ 10 minit
Angkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan

hasilnya..



Adunan
Masukkan dalam acuan sehingga 3/4
Kemudian pipekan adunan putih sehingga penuh
Sedia untuk dikukus
Nona manis dan congo bar untuk potluck ofice husband.

3 comments:

adarnadzmie said...

sedapnya kuin nona manis ni.... nnt kalau akak rajin bole try...;)

εïзmummyHazaεïз said...

Kuih nona manis ni lebih kurang resepi kuih lompat tikam kan... ke atau sbb warna mcm same.. hehhehe Sedap nye...

Ainul Mustafa said...

macam pernah makan tapi tak tau nama apa.. baru namanya skrh. hihi

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails