Hari Sabtu pukul 4.30 pagi saya dah bangun. Perancangan hari tu nak pergi Kedah ada jemputan kahwin. Lepas Subuh husband suruh saya dan anak2 masuk kereta dulu sementara dia kunci pintu. Masa tu masih gelap lagi, lebih kurang pukul 6 pagi. Dalam keadaan gelap, husband terjatuh kat tangga. Patutla lama saya tunggu dalam kereta, dia tak muncul2. Kaki husband bengkak sangat masa tu. Trip to kedah terpaksa dibatalkan. Husband agak frust, trip ni pun plan last minute setelah selesai penangguhan pengajian PHD. Sebelum ni memang dia ada cakap selagi tak dapat approval dari dekan dan HEA untuk extend, dia takkan pergi jauh2. Emak saya ajak bercuti ke Langkawi pun dia taknak. Risau katanya, kalau tak dapat extend. Bila dh dpt extend segala beban terus hilang..kekeke.Tapi apakan daya, jatuh tangga pulak. Sebaik mana pun kita merancang, Allah juga sebaik2 perancangan. Pasti ada hikmahnya..
Dalam pukul 8 pagi kawan hubby datang rumah bawa ke klinik. Dokter kata ligamen koyak. Lepas je jatuh saya terus letak ais untuk surut kan bengkak. hari ni kaki dia dh mula merah kebiru-biruan, kesan lebam.
|
kesan jatuh , bengkak sebesar telur ayam. Bertongkatla jalan. Get well soon ya abg.. |
|
Day 1..bengkak dah mula surut. Kesan lebam makin ketara. Rasanya lama juga tak boleh buat fizikal aktiviti. Dah ler setiap minggu hubby bertugas sebagai sukarelawan badan beruniform. |
6 comments:
Kalau dah ligamen koyak memang agak terhadlah aktiviti seharian. Moga cepat sembuh.
moga cepat sembuh..
ya Allah....siannye...kene rehat2 betul sampai pulih sepenuhnye ni nieda.....
ya allah...sian nya kat husband nieda, moga cepat sembuh ye...bertabah la nieda ye, semua ni dugaan..
Malang tak berbau..huu... moga cepat baik h3ndaknya...
Kesian husband nieda.. get well soon
Post a Comment