Assalamualaikum.. dan salam Jumaat, penghulu segala hari. Nak share artikel yang saya dapat dari kawan di FB.
SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di
Makkah. Al Khausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini
diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih
manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih
wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-
♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.
♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga
♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan
allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu
♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah
♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat
♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah
s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi
dizalimi
1 comments:
Good sharing.Tq nieda..
Post a Comment