My sweet story...

My sweet story...

Thursday, March 14, 2013

Sagu gula melaka

Antara dessert yang saya suka makan. Sagu gula melaka. Jarang buat sebab saya seorang je yang suka makan dessert ni. Beli sagu ni paket kecil je, buat dalam 1 cawan. Letak dalam bekas dadih dapatlah 7 biji. Sedap makan time cuaca panas. Dessert ni sejukkan dulu dalam fridge. Memang marvellous.

Resepi sempoi aje.
  • 1 cawan sagu
  • 3 cawan air
  1. Masak atas api perlahan sehingga kembang dan sagu menjadi jernih. Dah kembang tutup api, basuhkan dengan air untuk menghilangkan kanjinya. 
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian. Satu diletakkan pewarna hijau, satu lagi pewarna merah. Nak kasi cun aje, nak warna plain pun boleh aje. 
  3. Sejukkan sagu di dalam fridge dan dihidangkan bersama sirap gula melaka dan santan.

  • Santan saya guna santan kotak. Campur sedikit dengan air dan garam. Masak di atas api perlahan sehingga berwap. Jangan sampai mendidih plak. Jadi lai nanti. Heheh
  • Gula melaka MIL saya bagi. Memang asli. Ada saudara emak memang buat bisnes gula melaka. Sedap sangatt. Saya main agak2 je bancuhan sirap gula melaka ni, yang penting rasa manis. Memang lah manis, takkan tawar plak ye dak?? tampo kang. 
taraaa...sedapnya mkn sejuk2

Ada balance lagi sagu tu, kita buat kuih sagu plak. Dah lama dah buat kuih ni. Selalu org buat warna merah, kita tuko warna coklat. Rahsianya...guna gula melaka. Banyak stok gula melaka, kita ubah skit resepi. Hehehe..Yang penting krativiti. Wakaka..

Resepi ni saya main campak2 aje. 1 cawan sagu dan 3 cawan air. Bila air dah mendidih baru masuk sagu. Kemudian letak 1 cawan gula melaka. masak sehinnga kembang. Masukkan dalam loyang.

Tips:. Kalau nak bagi sagu bertambah cantik, lepas masuk dalam loyang kukus sekejap. Tekstur sagu akan jadi cantik. Kalau taknak kukus pun takpe. 

taraaa..inilah hasilnya

* Ada balance lagi sagu. Tengah fikir nak buat dessert honewdew sagu. Kalau makan di restoren johnny's antara dessert yang wajib di order.

11 comments:

~ana~ said...

nieda, ana pun suka sagu gula melaka ni...n mmg ana sorg je yg mkn kat rumah ni..so, nak buat sendiri tu mmg liat la..huhuhu

:: Mrs.Eady :: said...

ya allah kegemaran!

Huda said...

huda suka gak sagu melaka ni..sedap je makan..nyum3..nak try buat gakla..

lizz said...

ermmm sedapnyer dah lama tak makan sagu gula melaka...biasa makan time 2 puasa...sedap sangat terliur...

adarnadzmie said...

sagu gula melaka tu klu ganti santan kepada susu cair pun ok kan??..hehe

Rasp said...

dessert sagu memang fav i...
tapi i pun cam u sis..
nak buat, i sorang je yg makan...
so lagi senang beli je bila tingin...
*sebenarnya i yg pemalas hehehehe*

eiela said...

saya pun suka sagu mula melaka. leka dok gigit bulat2 tuh, geram.

Miss Moon said...

nak cuba la nanti

sedap plakkkkkkkk kalau tgk panas panas makan sagu sejuk sejuk perghhh sedap

Dee said...

fav dee gak ni..sedap..nak2 makan sejuk2..

lieyalatif said...

Lieya pun suke nieda...boh dlm esbok bagi sejuk baru makan...mmg nyaman laaaa lalu kat tekak....

lala yusof said...

nak try resepi ni, thanks

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails