My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, November 21, 2012

Dua beradik

Masa ni si kakak Humaira tengah demam. 4 hari dia demam on off. Siang suhu ok, bila malam akan naik. Daddylah orang paling risau takut Huamira kena admit. Bawa pergi klinik, dokter kata kena bagi antibiotik. Bermulalah drama swasta bab nak makan ubat ni. Hadoi susah betul nak bagi ubat. Risau juga, dokter kata kalau dalam masa 5 hari demam on off kena ambil darah. Alhamdulillah, semalam dan hari ni nampak ok. Dugaan berpantang.. Humaira bila sakit memang nak dengan mummy je. Walaupun kepala mummy ting tong tak cukup tidur, yang penting Humaira sihat. Mummy susah hati kalau anak2 tak sihat.

Gambar dua beradik. Time ni siang Humaira ok, bila masuk je senja mulalah suhu badan dia naik. Paling tinggi sehingga mencecah 39.9 c, tersedar pukul 5.30 pagi masa tu. Padahal kul 4.30 pagi dah check suhu dalam 38.5 c, dalam masa sejam mendadak suhu naik walaupun dah buat sponge treatment. Last solution, terpaksa masukkan ubat ikut montot bagi suhu cepat turun.

Kakak memang sayang dengan adiknya walaupun kadang2 nampak juga dia cemburu. So far berani nak tinggalkan mereka berdua kalau mummy mandi sekejap.

Tangan kecil dua beradik.. Sweet je.

Humaira tengah demam, kurang aktif masa ni.













* Hari ni hari 41 berpantang. Tinggal 3 hari je lagi. Fuhhh boring betul terperap dalam rumah. Habis pantang dah plan nak pergi jalan2. Cik abang nak belanja jam tangan dan hand bag. Sangat sukaaaaa...


10 comments:

εïз mummyHaza εïз said...

wahhh.. dah nak habis pantang.. acik nak ke sana lepas settle kenduri ni.. bz sgt2 acik. weekend jek xdek kat umah. nnt acik ke sana.. nak dtg weekday malam pulak mcm x elok kan...

♥ Wina ♥ said...

comelnya tangan gebu dua² tu!

best kan habis pantang?? merdeka!

Jasfyra said...

tingginya tempt humaira..tp alhamdulillah dah kebah skg ni kn

baik sgt humaira,pandai sayang adik.kalo dah boleh tingglkn berdua tu maknanya dia mmg betol2 syang.xde nk kacau ke apa kn

~MommyAida~ said...

Semoga humaira cepat sembuh..39.9 tinggi sangat tu..haish mmg risau kan kalo anak2 demam/sakit..

Mama Farris said...

congrats...dah sepasang dah..moga jd anak soleh nnti

mamalieyna said...

Huuu..lega dh sihat humaira..dugaan berpntg, tak kita..anak yg tak sihat..huhu..

Comel ..

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

dpt hadiah lagi...best nyer

Lily@MamaZaraZareef said...

sweet jek berpegangan tangan dua beradik..moga humaira cpt sembuh ye

nway, bestnye nk dapat hadiah dr en suami..untung badan..=)

Dee said...

alahai..siannya humaira..moga cepat sembuhlah hendaknya..

wah..lepas berpantang ni lega kan sis..kalau tak tu stress sketlah..hehehe..

NzA said...

so sweet tgk 2 bradik yg comel tu....
Akak dulu dlm pantang dh tibai p shopping dgn cik abe...mama kt rumah bising2 jugak...org dtg nk ziarah tgk si ibu dh xde.....siap p ronda2 rantau pjg masa baru 4 minggu....hehehe.....

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails