My sweet story...

My sweet story...

Thursday, November 29, 2012

Peminat figurine

Humaira dengan koleksi figurine. Gambar ni antara favorite yang dia suka main. Mesti nak ada rumah. Penuh dengan fantasi dia main. Kejap2 ada orang datang lah. Hehe.. Paling latest koleksi boboiboy. Mula2 mummy belikan boboiboy. Dekat rumah mula minta daddy dia yaya. Hadoi..Baru baik demam hari tu daddy belikan Yaya dan Yin. Sekarang ni mengarok nak littlest pet shop (LPS). Ni semua pengaruh youtube.

Daddy kata, Firaas nanti kumpul koleksi kereta pula macam daddy masa kecil2.


Monday, November 26, 2012

Tamat sudah tempoh berpantang

Hari ni baby Firaas sudah 46 hari. Badan pun dah nampak tegap, kepala dah boleh tegak dalam 5 saat. Menyusu makin kuat,  makin tak berapa nak menyusu guna botol. Akal panjang ni, nampak je botol susu buat2 tidur. TAPI kalau lapar bedal juga susu dalam botol. Alhamdulillah, masih lagi menyusu badan sepenuhnya. 

Sekarang ni mummy tak pakaikan mitten kat baby. Masa bawa Firaas pegi cucuk sebulan doc kata sesekali biarkan baby bebas bergerak dengan tangannya. Bagus untuk kemahiran motor. Kalau pakai mitten terbatas pergerakannya. Cuma kena pastikan kuku baby pendek, nanti habis dia cakar muka.

daddy kata saya seketul.. Tak baik tau daddy

Kakak dengan adik..



Wednesday, November 21, 2012

Dua beradik

Masa ni si kakak Humaira tengah demam. 4 hari dia demam on off. Siang suhu ok, bila malam akan naik. Daddylah orang paling risau takut Huamira kena admit. Bawa pergi klinik, dokter kata kena bagi antibiotik. Bermulalah drama swasta bab nak makan ubat ni. Hadoi susah betul nak bagi ubat. Risau juga, dokter kata kalau dalam masa 5 hari demam on off kena ambil darah. Alhamdulillah, semalam dan hari ni nampak ok. Dugaan berpantang.. Humaira bila sakit memang nak dengan mummy je. Walaupun kepala mummy ting tong tak cukup tidur, yang penting Humaira sihat. Mummy susah hati kalau anak2 tak sihat.

Gambar dua beradik. Time ni siang Humaira ok, bila masuk je senja mulalah suhu badan dia naik. Paling tinggi sehingga mencecah 39.9 c, tersedar pukul 5.30 pagi masa tu. Padahal kul 4.30 pagi dah check suhu dalam 38.5 c, dalam masa sejam mendadak suhu naik walaupun dah buat sponge treatment. Last solution, terpaksa masukkan ubat ikut montot bagi suhu cepat turun.

Kakak memang sayang dengan adiknya walaupun kadang2 nampak juga dia cemburu. So far berani nak tinggalkan mereka berdua kalau mummy mandi sekejap.

Tangan kecil dua beradik.. Sweet je.

Humaira tengah demam, kurang aktif masa ni.













* Hari ni hari 41 berpantang. Tinggal 3 hari je lagi. Fuhhh boring betul terperap dalam rumah. Habis pantang dah plan nak pergi jalan2. Cik abang nak belanja jam tangan dan hand bag. Sangat sukaaaaa...


Monday, November 12, 2012

Gambar Firaas

Sudah berpantang sendiri di rumah. Baru best dapat guna internet. Kat kampung internet connection sangat slow. Lepas tu minta husband aktifkan data plan maxis. Prepaid ada dalam RM50 ++, hari kedua guna terus habis kena telan prepaid. Grrmm. Unifi juga tetap di hati. Huhu...

Berpantang sendiri di rumah memang kena banyak bersabar nak melayan karenah dua orang budak kecik. Kagum dengan super mom dulu2, yang boleh handle berderet2 anak. Saya yang dua orang ni, kdg2 rasa cukup lah dua. Hehe. Tapi bila anak dah besar sikit sibuk nak tambah lagi. Takpe ada satu kuota lagi kalau nak tambah. 

Gambar terbaru Firaas. Kat pipi baby ada birth mark (tanda lahir).

Kat dahi baby masih merah lagi kesan forsep. Masa baru lahir lagi ketara, sekarang dah kurang sikit. Dekat belakang kepala baby ngeri tengok kesan forcep. Ambil masa nak hilang
 
Kiss from daddy

Masa ambil gambar Firaas, kakak Humaira tengah lena tidur. Dah lama tak update cerita Humaira..



Monday, November 5, 2012

Berpantang di kampung

Selepas seminggu bersalin, baru balik kampung mertua di Muar. Seisi berurut pun dah selesai. Saya ambil 3 hari plus mandikan baby. Tali pusat Firaas dah tanggal pada hari ketujuh. Saya simpan tali pusat 2 beradik ni satu tempat, petua orang tua2 supaya mereka sentiasa akrab dan tidak bergaduh. 

Bengkung masih belum sepenuhnya pakai lagi. Setiap minggu cuba pakai bengkung tapi masih terasa sakit kt tempat operation. Belum baik lagi luka bahagian dalaman, luar dah kering. Setakat pakai 5-6jam boleh la, bila terasa sakit kena buka. 

Masih breastfeed baby secara esklusif, dan mula train guna botol. Taknak jadi macam kakak  Humaira, sampai sekarang fail guna botol. Hari ketiga Firaas lahir cik b dah mula bengkak. Balik je dari hospital terus keluarkan pump spectra 3 yang banyak berjasa. Tersenyum saya dan syukur kerana susu yang keluar masih bewarna kuning lagi. Masih ada lagi kolustrum di hari ketiga kelahiran. Kolostrum atau ada yang panggil titisan emas hadir sekali setiap kelahiran. Titisan emas ini kaya dengan antibodi, sangat sesuai untuk bayi baru lahir yang masih lemah. Hari kelima kelahiran barulah susu matang keluar.  Alhamdulillah susu makin meriah. 

Masih ada kolostrum lagi

 Firaas pun kurang ragam. Asalkan perut kenyang, lampin kering tidurlah kerjanya. Time berjaga dari Magrib sampailah kul 11malam.  Time tidur 2 jam sekali akan bangun minta susu. Humaira pula setiap jam datang cium adik, naik rimas adik. Kakak sayang adik katanya. Bila ada tetamu datang nak pinjam adik, tak bagi. Katanta nanti kakak tinggal sorang. 

Cser kali ni tidaklah seteruk kelahiran yang pertama dulu. Mungkin masa lahirkan Humaira dulu ada komplikasi menyebabkan berlakunya 'extended tear' yang menyebabkan kelahiran kedua pun kena cser. Ingat lagi seminggu lepas bersalinkan Humaira, nak balik kampung sakit sangat bila husband terlanggar bonggol. Tempoh sebulan pun masih terasa sakit. Berlainan dengan kelahiran Firaas, Alhamdulillah xde komplikasi berlaku. Hari ketiga dah boleh mandikan Firaas dan uruskan anak2. 

Last but not least, terima kasih pada  kawan2 yang datang visit baby samaada di hospital atau rumah. Minggu ni saya akan balik Shah Alam dan bermulalah seisi berpantang sendiri di Shah Alam. Semoga semuanya dipermudahkan. Takdelah risau sangat nak berpantang sendiri sebab husband tengah cuti belajar. 

Sebelum rambut dibotakkan
Published with Blogger-droid v2.0.6

nuffnang

Related Posts with Thumbnails