My sweet story...

My sweet story...

Friday, October 19, 2012

Pengalaman bersalin anak kedua

Alhamdulillah saya telah selamat bersalinkan second junior, baby boy pada hari Jumaat lepas 12 Oct 2012 di Hospital Sungai Buloh secara cser. Hari Khamis pagi 11 Oct saya dah register untuk admit di Hospital. Petang tu dalam pukul 5.00 petang baru boleh masuk ward disebabkan ward penuh. 

Hari Jumaat, 12 Oct lebih kurang pukul 11.00 pagi saya ditolak ke OT untuk prosedur pembedahan. Perasaan berdebar, takut, gembira nak jumpa baby semua ada. Tapi perasaan gementar paling banyak menguasai diri, terpaksa menyerah diri untuk dibedah. Macam kes Humaira dulu, takdelah nervous macam ni, mungkin saya dah menanguung kesakitan terlalu lama, masa tu kalau boleh semuanya nak diselesaikan dengan segera. 

Lagi cuak bila tengok doktor dah stand by 2 pin darah in case kalau ada apa2 berlaku semasa pembedahan. Doktor pakar bius terangkan serba sedikit tentang prosedur bius. Bius separuh badah, cucuk di tulang belakang.  Lepas cucuk bius, tiba2 saya rasa tersangat pening, terasa hearbeat laju sangat..sangat2 tak selesa. Tak silap saya lepas tu doktor bius suntik ubat baru ok. Selepas itu bermulalah prosedur perut dibelah. Tepat pukul 11.50 pagi keluarlah hero saya. Itupun kena forsep sebab susah tul nak keluarkan baby. Saya terasa doktor tekan bahagian bawah dada banyak kali untuk keluarkan baby. 

Bersalin di hospital kerajaan, tak bolehla nak bermanja2. Semuanya kena independent. Petang tu, baby dah diletakkan bersama ibu. Yang bagusnya, kita dah boleh mulakan skin to skin contact dengan baby dan boleh breastfeed baby. Sakit operate tu tolak ke tepi dulu. Apa2 pun terima kasih atas layanan nurse2 di wad 6b. Semuanya baik2..Kesan ubat bius sampai pagi esoknya baru hilang. Minum atau makan semuanya keluar balik.

Hari Selasa, daddy dah register nama baby di JPN Kota Damansara. Kami sebulat suara memilih nama HADIF FIRAAS. Hadif bermaksud yang mempunyai matlamat. Firaas pula bermaksud  kecerdikan. Untuk short nama kami memanggilnya Firaas. Cantik no IC Firaas, 12101210**. Hehe..Daddy pun dah bukakan buku akaun tabung haji untuk Firaas, Embahnya yang suruh buka. Macam biasa buku tabung haji Firaas, Embahnya yang simpan sama macam kakaknya..

Penerimaan Humaira terhadap adik baru?? Alhamdulillah dia sangat sayangkan adiknya. TAPI punyalah sensitif bila mummy tegur kalau ada benda yang salah. Mulalah menangis. Kesian Humaira, sedikit terabai. Sangat nampak, sekarang ni dia mula mencari kasih sayang dari daddy. Pantang daddy balik lambat sikit, mulalah tanya kenapa daddy tak balik2 lagi. 

Untuk Humaira, ketahuilah anakku...mummy sangat2 sayang kedua2 anak mummy. Sekarang ni adik baby masih kecil, semuanya perlukan perhatian dari mummy. Adik baby hanya ingin berkongsi kasih sayang mummy dengan kakak. Kalau boleh diukur dengan graf, kalian berdua sama sahaja dalam carta hati mummy. Semoga kedua2 anak mummy membesar dengan penuh kasih sayang. Hug and kiss dari mummy untuk anak2...Tetiba sebak plak..

Firaas @ 6 days. Dah pandai keluarkan tangan. Sekali tangan tak dapat keluar, mulalah mengamuk. Bila berjaya keluar, tidur lena plak..





* Dapat update sekejap ni sebab Firaas tengah tidur, daddy bawa Humaira jalan2.


18 comments:

♥ Vna ♥ said...

alhamdulilah mummy & baby selamat & sihat :)

penerimaan Humaira tu sama mcm budak² lain yg dapat adik kot..Kira pun macam tue jugak mula² tapi lama² ok dah..

selamat berpantang & take care

Izwa Kamaruddin said...

tahniah kawan ku :)

anie said...

sweetnye citer ko nida....terharu pulak tiba2...
anyway congrats...dan selamat berpantang ye....

MamaAliya said...

tahniah kak for your newborn baby boy :-P

Ibu Ayra said...

ros pun sebak baca perenggan last nida tu... mcm mana la keadaannya bila adik ayra dah kluar, insyaallah boy jugak.

Lily Mama Zara|Zareef|Zayed|Zaheen said...

yela..cntek no ic dia..^__^..nway,firaas same dgn a zareef dulu. Kalau tgn dibedung memang x lena die tdo. Last2 bedung separuh bdn jela..huhu

mamaarifakeemaisy said...

Alhamdulillah selamat semua.. firas..sedap nama tu..

nape c-ser eh nieda..?

selamat berpntang..siannye humaira..

Zai Zamree said...

Tahniah...comeynya...nama pon sedap :)

Nida Mohd said...

hehehe..kak long jeles la tu mummy dia ada adik baru..biasa lah baru lagi, nanti dah lama sikit ok la tu..

Jasfyra said...

xpe..humaira bdk bijak..lama2 dia fhm tu..insyaAllah..sdpnya nama baby..suka sgt

p!nkerton said...

alhamdulillah congrats nieda!
dkt sama nama anak kita. Firas Hadi & Hadif Firaas. hikhik.. pusing2 je :D
selamat berpantang ;)

Dee said...

alhamdulillah..dua2 sihat..comelnya firaas...selamat berpantang nieda..

~ana~ said...

alhamdulillah, dua2 sihat...:)

Be Simple Beb(BSB) - threeQ said...

alhamdullilah & syukur bby & mak sihat. kesian humairah dah kena bahagi kasih sayang. tak pe anak sulung kena ler berdikari.

lieyalatif said...

TAHNIAH nieda...suke bace kisah bersalin org lain...alhamdulillah....semua dipermudahkan...cume kalo cezar ni lain laa penjagaan nye kan nieda...

selamat berpantang okey....kak long humaira jgn noti2 tau...

NonaKarim said...

Tahniah nieda..aku pun terharu baca blog ko, tul kata ko, 10 pun anak kite carta kasih sayang kite tetap sama, cume perhatian dan belaian tu lebih laa pada yg kecil sebab dia kecik kan memang kene banyak perhatian kat dia..pe2 pun..tahniah3x, untuk en nizam jugak dan kakak humaira...

εïзmmyHazaεïз said...

acik curik gambar firaas yekk.. hehehe :))

MamaYatie said...

Alhamdulillah...dah bersalin rupanya...lama sngt tak jenguk kawan2 maya...geramnya auntie tengok firas...happy bf nida..take care

e

nuffnang

Related Posts with Thumbnails