Cuti CNY yang agak panjang saya balik kampung di Ipoh. Hari Jumaat lepas emak saya ada buat kenduri kesyukuran. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, tetamu pun boleh tahan ramai.
Pertamanya, kenduri sebab kakak saya dapat tukar di Ipoh. Sebelum ni kakak saya mengajar di Langkawi. Kesian dia terpaksa berjauhan dengan husband. Husband kakak saya bekerja di Ipoh. Dahler menyewa seorang diri dekat sana, ditambah pula tengah sarat mengandung. Pergi kerja naik motor tu. Syukur sangat2 bila Along dapat tukar Ipoh, at least dekat dengan husband dia. Menghitung hari untuk bersalin, dijangka hujung bulan ini. Tak lama lagi Humaira akan dapat sepupu. yeah...tak sabar nak peluk cium baby, wangi sangat bau mereka..
Kedua, kenduri kesyukuran sebab emak saya naik pangkat ke N28. Alhamdulillah , memang sudah tersurat rezeki emak saya. Sekurang-kurangnya pencen nanti banyaklah sikit. Sebelum ni emak saya pernah ditawarkan kenaikan pangkat tetapi kekosongan hanya di KL. Memandangkan segala aset semua dah ada di Ipoh, emak saya tolak jawatan itu. Yelah, bila dah hampir pencen buat apa nak menyesakkan fikiran duduk dekat bandar yang hari2 menempuh jammed. Lainlah kalau masa muda, boleh develop karier. Lagi 4 tahun emak saya akan pencen.
Ketiganya, kenduri tahlil untuk arwah opah saya. Dah 2 tahun arwah meninggalkan kami semua. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Alfatihah...
Get ready menanti ketibaan tetamu. Kenduri dibuat selepas usai solat jumaat

Menu, nasi ayam, rojak pasembor, bubur, buah tembikai, kek.

Along yang menunggu hari untuk meletup

antara tetamu yang hadir...my aunty

si comel ni suka ambil gambar...

Humaira paling suka main botol susu bakal sepupu dia punya