My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, April 21, 2010

Gambar pemandangan

Tengok gambar pemandangan yang cantik, hilang stress. Tak sabar nak pergi bercuti lagi..Antara tempat yang pernah dikunjungi..

Eye on Malaysia Melaka...


Langkawi


Two at the beach..


Arkib negara


Taman Botani


Masjid Shah Alam


Masjid Putrajaya


Stroller Humaira pun ada...

Tuesday, April 20, 2010

Aktiviti hujung minggu

Hujung minggu lepas, takde aktiviti menarik. Selalunya rutin hujung minggu pagi2 pergi pasar beli barang untuk stok seminggu. Hari Ahad kononnya nak beli kain dekat Gulatis seksyen 7 Shah Alam, tgk dekat paper ada promotion, sekali pergi x buka lagi masih dlm renovation. Hampeh betul. Akhirnya kami pergi cuci mata di Plaza Masalam.

Mummy order hot n roll. nikmatnya makan aiskrim.


daddy mkn 1901. roti hot dog sangat lembut


Biasalah budak lasak ni, tak nak duduk dlm car seat. Bawah kerusi yg dia suka


See??Agak2 kalau beli car seat baru nak tak dia? Car seat yang skrg ni jenis babby.

Monday, April 19, 2010

Bangi Kopitiam TTDI Shah Alam

Kedai kopi atau nama glamour kopitiam. Macam sudah menjadi trend sekarang sana-sini ada kopitiam, macam-macam design dan gaya untuk menarik pelanggan. Secara jujur saya suka konsep restoren ini yang santai dan ada wifi. Sesuai untuk lepak sambil minum kopi. Bukan setakat minum kopi sahaja tau, macam-macam menu ada, ice blended, western food, malay food, chinese food etc.

Dua kali menjejakkan kaki dekat sini. Tak sah kalau tidak pekena roti bakar. Sedap.

Antara menu yang ada.. (credit to google)


Roti bakar sedap...


Humaira yang tak boleh duduk diam, nak keluar dari baby chair. Sabar jer lah..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails