My sweet story...

My sweet story...

Friday, August 30, 2013

Kelebihan Surah Al Kautsar

Assalamualaikum.. dan salam Jumaat, penghulu segala hari. Nak share artikel yang saya dapat dari kawan di FB.
SURAH AL-KHAUSAR
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat dan diturunkan di Makkah. Al Khausar bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian dua orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

 Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini boleh di amalkan:-

♥baca surah ini ketika hujan turun dan berdoa, mudah-mudahan allah s.w.t memakbulkan doa kita.

♥jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokan di keher, insya allah hilang dahaga

♥jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bangkak sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata

♥jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x muda-mudahan allah s.w.t bagi ilham kepada kita dimana letaknya sihir itu

♥jika membacanya 1, 000x rezeki kita akan bertambah

♥jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat

♥jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, allah s.w.t akanmemberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

Wednesday, August 28, 2013

Wordless Wednesday..Cucu Opah

 Wordless wednesday..Entry kurang kata2. Layan gambar ajelah..
Gambar-gambar cucu emak saya aka opah budak2 ni. So far baru 3 orang je cucu belah Ipoh.
Firaas, Humaira dan Khaira

Budak 2 orang ni kalau dah jumpa kemain happy. Bahasa dorang, kakak bella dan adik la. hahaha

Adik je takde geng lagi.

Monday, August 26, 2013

raya di muar

Blogger lain dah habis update citer raya kat kampung, aku baru terhegeh2 nak update..Takpelah, yang penting ada dari langsung takde. Sedih mokcik banyak gambar hilang....Gambar mummy dan dadddy langsung takde. Gara-gara anak dara saya main hp.

Tahun ni beraya di muar dulu then raya keempat baru balik Ipoh.. Gerak balik kg lepas subuh. Highway smooth walaupun banyak kereta tapi takdelah jammed.

Malam raya aktiviti takbir dari rumah ke rumah.  Selalunya rumah mertua merupakan kunjungan pertama orang surau untuk takbir.
Juadah untuk orang surau..Ada lepat, nasi impit, kuah kacang, rendang daging, kari ayam, serunding.

Kuih muih..Tahun ni banyak juga MIL buat biskut raya
Raya pertama..Dua beradik dengan mbah mereka


Hari raya ketiga ada buat open house dan doa selamat. Buffet style, macam2 mertua saya masak sampai tak tidur malam. Menunya nasi beriyani, daging beriani, acar buah, rojak buah, mee kari.




nuffnang

Related Posts with Thumbnails