My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, April 16, 2013

Humaira dan sepupu Khaira

Sabtu lepas balik Ipoh sekejap. Balik hari je, husband nak pergi kenduri di Grik. Saya tak join pun. Minta husband drop kat rumah kakak saya. Gerak dari Shah Alam lepas Subuh. Budak dua orang angkut masuk kereta tak mandi. Sampai rumah Mak Long nanti baru mandi.
 
Humaira excited nak jumpa Khaira. Bila tanya kenapa? Banyak mainan jawabnya.. . Dah pandai sekarang ni, kalau tengok youtube mesti nak review mainan.

Sampai Ipoh dalam pukul 9.00 pagi. Inilah 2 orang bodak yang tak mandi.

Sepupu Humaira, Khaira. Halus je orangnya. Dah 2 tahun berat baru 8 kilo lebih. Firaas yang 6 bulan pun hampir 8 kg. Haha. Humaira melayan Khaira makan jelly. Mula2 Khaira makan tumpah, itu yang dia pegang jelly. Bagus Humaira. Dia memang boleh harap tengok2kan adik dia kalau mummy buat kerja.

Humaira suap Khaira jelly.

Monday, April 15, 2013

Selamat Pengantin Baru Nuar dan Nurul Naqibah

Majlis perkahwinan sepupu husband pada 7 April lepas di Crystal Crown Hotel. Ada dua dewan yang disewa. Satu untuk tetamu, dan satu lagi untuk saudara mara terdekat. Dewan untuk saudara mara hidangan disediakan secara buffet. Ramai yang serbu bahagian ni, so dewan untuk tetamu banyak meja kosong. Menu semua sedap2.. Nasi beriani, ayam masak tomato, kambing kuzi, sotong masala, ikan masak masam manis, daging kurma, sayur campur, dessert longan dan jelly. Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan meriah. 

Selamat Pengantin Baru ye Nuar. Semoga gembira melayari hidup berumah tangga.

Ibu bapa pengantin lelaki sedang memberi ucapan


Atucara majlis.

Family sebelah lelaki.

Humaira teringin juga nak bergambar dengan pengantin TAPI shy shy cat. Tak perasan mummy Humaira pakai selipar jepun aje. Hahah

Tuesday, April 9, 2013

Majlis pernikahan sepupu hubby

Jumaat lepas ada majlis pernikahan sepupu husband di masjid Damansara. Selamat Pengantin Baru kepada Nuar dan pasangannya. Majlis sebelah lelaki diadakan di dua buah tempat. Hari Ahad lepas di Crsytal Crown hotel PJ untuk saudara mara dan kawan2 yang berada di KL. 20 hb nanti di kampung dekat Johor. Meriah sampai dua kali majlis. Yang dekat hotel nanti saya buat entry lain, tak pasti lagi nak pergi or not 20hb ni.

Selamat Pengantin Baru Nuar...

Humaira bersama Embah Cham aka emak pengantin lelaki.

Firaas bersama acik Nisa dan Ira. Disebabkan awak comel semua orang nak dukung awak. Yang susahnya mummy, dekat rumah nak berdukung je,

nuffnang

Related Posts with Thumbnails