Orang lain dah lama guna pemanggang ajaib, aku baru terhegeh2 nak guna. First time guna pemanggang ajaib ni kita masak satay.
Resepi satay ni macam2, ada yang simple, ada juga yang remeh. Kali ni nak try resepi paling sempoi dari
Kak Jee. Menurut kata Kak Jee, resepi ni turun temurun dari arwah datuk Kak Jee yang memang terkenal dengan gelaran Raja Satay Malaysia iaitu Majid Satay. Maybe orang lama yang duduk di Kampung Baru kenal kot Majid Satay.
Bahan2nya: (SATAY)
600 gram daging batang pinang.
1 cawan gula pasir
2 batang serai
2 sudu besar kacang tanah
1 sudu besar garam (saya guna 1/2 sudu je, just nice rasanya)
1 sudu besar serbuk kunyit (saya guna 1/2 sudu)
caranya:
Daging dibersih2kan urat2 dan lemaknya dan dihiris halus dalam sebesar
ibu jari. Kacang tanah disangai tanpa minyak dan dibuang kulitnya. Ricik
serai dan tumbuk halus, asingkan dan tumbuk pulak kacang tanah.
Masukkan dalam besen semua bahan seperti gula, garam, kunyit serbuk dan
serai serta kacang tumbuk tadi. Gaul rata. Pastu masukkan daging tadi
dan gaul sampai rata betul2. Perap selama dua jam. Jangan bubuh sebab
air daging tu akan keluar setelah diperap hampir dua jam. Pastu,
cucuklah guna lidi daun kelapa atau sekarang orang pakai lidi buluh.
Kemudian bakarlah atas tempat bakar yang guna arang. Amik sebatang
serai diketuk2 sikit, Kemudian bubuh sikit minyak dalam mangkuk campur
air sesudu. Pastu celupkan serai dalam minyak dan tepuk atas satay masa
bakar. Balik2kan. Hati2 jangan terbakar lidinya atau daging hangus.
Satay ayam pun sama caranya. Beli isi dada ayam.
(KALAU NAK
BUAT SATAY GORENG, TAK PAYAHLAH CUCUK DAGING PERAP. GORENG SAHAJA DAN
CURAHKAN KUAH DIATASNYA. ATAU DIMASUKKANA SATAY YANG TELAH DIGORENG DALM
PERIUK KUAH)
* Saya guna pemanggang ajaib, masuk je ayam perapan tu dalam kuali dan tutup. Tak samai 10 minit dah masak. Memang ajaib lah kuali ni , i likeee. Takyah guna oven dah, Jimat masa,
Inilah kuali yang saya guna

Taraaa..dah siap..
Hidangkan dengan kuah kacang, nasi impit, timun dan bawang. Kuah kacang tu ready made punya, sangatlah kurengg rasanya. So banyaklah berlebih nasi impit.
Haaa..jangan membazir nasi impit. Esoknya saya buat soto.
Satay yang lebih tu, boleh buat breakfast. Kita ubah sikit2, jadilah kebab.