My sweet story...

My sweet story...

Thursday, December 13, 2012

Happy 2 months old Firaas

Cantikkan tarikh semalam 12.12.12. Semalam juga genap usia Firaas 2 bulan. Makin bam bam. Minggu lepas seminggu balik Ipoh, sampaikan Opah panggil Firaas budak empat segi. Menyusu kuat, mulut nak nyot nyot je sampai tahap bila breastfeed terlalu kenyang muntah balik. 

Setakat ni bila agah dah boleh bagi respond, kepala semaikin kuat. Baringkan dalam kelambu baby, cepat je tangan si kecil ni buka nak cari orang. Bukan main sekarang ni, asyil nak berkepit je. Seminggu duduk kampung, ramai yang pegang, balik sini mulalah taknak tinggal sorang2. 

Tangan cepat je nak buka kelambu

Selepas bersalinkan Firaas, rasanya belum pernah lagi letak gambar mummy yang bam bam. Ayoo susahnyer nak turun berat terutama tang perut. Seluar jeans ketat lagi. 

Hadiah jam tangan  dari hubby sempena kelahiran baby Firaas. Tak lama lagi anniversary kami ke 6, nak hadiah lagi. Hehe..

Thursday, December 6, 2012

Kasih seorang kakak terhadap adik

Fuhh tajuk entry..Sebenarnya banyak gambar nak share dalam blog ni masa berpantang di kampung tempohari. Kat sana tak sempat nak update. Untuk kenangan, better upload walaupun gambar lama. Hobi mummy sekarang suka baca entry lama2 terutama masa Humaira baby. Rindunya masa Humaira baby. Ada juga iras masa Humaira baby dengan muka Firaas sekarang. 
Teruja seorang kakak, dapat adik..
kasih seorang kakak, tolong lapkan mulut adik


Monday, December 3, 2012

Peminat karipap

Lepas balik kampung sempena mummy berpantang dulu, selalu Humaira request nak karipap. Dia memang peminat karipap. Kalau beli kat luar, bahagian kelim je dia makan. Humaira tak minat yang ada inti. Masa kat kampung hari tu, Embah dia rajin melayan makan. Memang nampak badan Humaira naik sikit terutama tang pipi. Buat donut, kek, bakar roti. Enjoy betul dia makan. Tapi dah duduk dengan mummy, susut balik. Nampak sangat mummy dia MALAS nak masak. Sebenarnya mummy masih dalam pantang masa tu, malas nak buat kerja renyah2, lagipun adik Firaas sekarang ni kalau takde orang kat sebelah mulalah menangis. Pandai nak berteman.

Semalam masa Firaas tidur, sempatlah buat aktiviti dengan Humaira. Mula2 main color2, lepas tu request nak karipap. Ajak dia buat sekali. Mummy buat 1 cawan tepung je, dapatlah dalam 9 ketul karipap kosong. Sekali makan sampai enam ketul hokey.. Hehe nampak sangat dia suka. 

Mula2 buat aktiviti color traffic light. Mula2 Embah dia tak faham bila berhenti kat traffic light dia kata red, top. (red stop). Green go.. Hehehe.Kat kampung, selalu Embah dia bawa jalan2.

Suka dapat makan karipap. Mummy tukang uli, Humaira tukang masuk dalam acuan. Bila buat aktiviti bersama anak2 macam ni memang mereka akan teruja. Dan tentunya makan pun banyak.
Yang ini dia tolong Embah buat karipap masa kat kampung.








* Entry auto publish. Mummy kat hometown di Ipoh selama seminggu.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails