My sweet story...

My sweet story...

Friday, October 14, 2011

Nasi Ambeng

Minggu lepas sebelum mertua menunaikan haji di Mekah sempat buat doa selamat di surau. Mertua ada order nasi ambeng, puding cendol dan karipap untuk diagihkan kepada jemaah surau.

Dah siap bungkus utuk diagihkan kepada jemaah surau. Jangan tak tau, Humaira pun sibuk bantu membungkus. Mummy dah siap 8 bungkusan Humaira baru siap satu bungkusan. Bersungguh2 dia membungkus. Lupa pula nak snap gambar dia tengah sibuk membungkus.


Inilah rupa nasi ambeng. Second time saya makan nasi ambeng, first time dulu masa bulan puasa lepas..Ada nasi, ayam, sayur goreng, mee goreng, sambal kelapa. Style jawa lauk kering, sesetengah orang tak minat sebab takde kuah. So far rasa oklah. Nasi Ambeng ni memang banyak, tak larat nak habiskan.

Tuesday, October 11, 2011

Varsity boat race 2011 di Putrajaya

Tajuk macam pergi je tengok Varsity Boat Race ni..Owh TIDAK..hanya layan di TV je. Astro ARENA ada buat siaran langsung Ahad lepas. Bukanlah peminiat acara kayak dan rowing tapi adik saya ada join acara ni. Tahun lepas saya ada menyaksikan varsity boat race di Tasik Putrajaya di SINI.

Fizi ni memang suka sangat sukan air. Dari UTM Jalan Semarak lagi dia dah aktif rowing. So bila dia sambung study di UTM Skudai aktif kayak. Emak saya dah mula bising bila dia extend master study. Bukannya tak boleh buat, tapi terlampau taksub dengan sukan inilah padahnya...So Fizi, lepas ni cukup2lah, fokus untuk habiskan study pula.

Pagi Ahad tu adik saya ada call bagitau dia akan masuk final petang ni tapi awal2 dah bagitau confirm kalah. Semua pasukan hebat lebih2 lagi lawan dengan University dari negara ASEAN. Masa layan TV petang tu, tiba2 husband kata...eh yang nama Fizi adalah kat astro ni..Terus capture..Heheh

Adik saya masuk acara MK1 (1000m)..Nama dia no 6..Memang confirm kalah..Tahun lepas tak silap saya ada juga dia dapat pingat


Johan keseluruhan adalah milik Indonesia, Universitas Pendidikan Indonesia (UPI). Acara MK1 ni pun juara UPI. Buat fizi cuba lagi..hehe


Kenangan gambar tahun lepas varsity boat race 2010...Panas terik masa ni

Hantar mertua ke Tabung Haji Kelana Jaya

Penerbangan emak dengan ayah pada hari Ahad, check in pukul 1.30 pagi. Sampai Kelana Jaya petang Jumaat, mereka memang decide nak bermalam di Tabung Haji supaya senang saudara mara nak datang menziarah.

Banyak sangat dugaan mereka untuk pergi haji tahun ni tapi alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Ini kali ketiga ayah dan emak pergi menunaikan fardu haji.

Malam pertama ayah di Tabung haji Humaira dapat belon Upin Ipin...Kat rumah ni dah penuh dengan benda alah ni


Ini pula hari kedua di Tabung Haji, dapat belon Mickey Mouse pula. Nasiblah malam kedua ayah dengan mak nak berlepas ke Madinah dah..hehe


Melepak di cafe tabung haji. Hujan lebat sangat malam tu. Emak ayah saya pun turut serta malam tu


Beg dari pihak tabung haji. Jemaah haji banyak dapat sumbangan. Macam2 ada, dari penjagaan diri sampailah ke prepaid masa di Mekah nanti


Ramai umat manusia menghantar saudara mara

nuffnang

Related Posts with Thumbnails