My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, April 5, 2011

Dating dengan kawan

Jumaat lepas kawan saya, Yanie ajak pergi karnival coklat di glenmarie, ada warehouse sales untuk coklat brand seperti crispy, tudor gold, tango, air nekta dan mcm2 lagi.. Murah juga coklat tapi sebelum pergi warehouse dah muhasabah diri, berbelanja dengan berhemat.Hehe so borong dalam rm44 je. Ambil yang perlu...

Inilah dia banner warehouse sales di networks foods


seisi memilih coklat pun bermula


Humaira yang mengikut je kakak Insyirah...



Lepas shopping coklat macam biasa aktiviti jalan-jalan cari makan. Kami makan di restoren Wong Solo seksyen 7 Shah Alam. Pergi sini mestilah order ayam penyet. Sambal ayam tu pedassss. Food oklah. Mummy tak makan tempe, Humaira yang tolong habiskan tempe.


Insyirah memang pandai posing, halakan je kamera pandailah si cilik ni beraksi..Cayalah..



Suka pic ni walaupun goyang, kakak Insyirah suapkan Humaira. Memang dah jadi geng, makan pun nak berdua



Dapat tabung masa karnival coklat. Pantang nampak duit syiling habis dimasukknya dalam tabung. Yang jadi mangsa, purse mummy dah kosong duit syiling Humaira ambil masuk tabung..Dapat 2 tabung, satu lagi nak bagi sepupu Humaira

Sunday, April 3, 2011

Happy birthday daddy

Happy birthday daddy..3 April meningkat setahun lagi usia daddy Humaira. Semoga daddy sentiasa gembira, diberikan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia.. Mummy dan Humaira sayang daddy..

Friday, April 1, 2011

Bear Humaira

Patutlah senyap je duduk dalam bilik. Rupa-rupanya tengah main dengan bear. Mummy nak tergelak sebenarnya dengar dia membebel dengan bear, gaya bahasanya tengah berleter dekat anak-anak. Cepat-cepat mummy ambil kamera dan snap, malu bila sedar mummy tengah perhatikan dia.

Alam fantasi si kecil, indah dunia mereka...

Tuan puteri malu-malu


Gaya peace dari Humaira


Siap pergi dapur ambil sudu dan mangkuk, nak bagi bear makan apa tue?



*Minggu depan sepupu Humaira, si Kaira akan datang KL..Penatler nak menjaganya. Leka je habis baby tu digomolnya

nuffnang

Related Posts with Thumbnails