My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, March 16, 2011

Dia kepenatan...

Balik dari kenduri kahwin di Seremban, terus balik Muar. Humaira paling excited dapat jumpa Embah dan Opah. Opah Humaira pun join ke Muar dan bermalam di sana. Bila siang Humaira happy sangat, malam mulalah buat perangai. Pukul 3 pagi dah bangun, menangis dan meragam. Sampailah ke Subuh langsung tak tidur. Dalam pukul 7.15 pagi mummy bawa Humaira pergi pasar tani. Apa jadi....


*




*




*




*




*




*




*




Budak kepenatan, terlentuk di bahu Embah

Selamat pengantin baru Siti Khadijah dan Khairil

Sabtu lepas, 12 Mac 2011 saya sekeluarga menghadiri majlis perkahwinan saudara di Seremban. Tema untuk majlis perkahwinan warna biru lembut, sejuk mata memandang. Selamat pengantin baru buat SK dan Khairil, semoga berbahagia melayari hidup berumah tangga.

Bila tengok hasil gambar guna nikon coolplix rasa menyesal tak bawa si gedang D60. Gambar kurang memuaskan. Layan ajela gambar yang ada...

Pasangan pengantin sory, gambar blur



Yang ini ok sikit


Pelamin nan indah


Mummy dan Humaira sedondon



Sempat berjumpa dengan dua orang blogger yang selama ini hanya kenal di alam maya je. Pertama, jumpa dengan Liz . Memang dah tau akan jumpa Liz di majlis perkahwinan SK.

Bila dua orang Humaira berjumpa..... Nur Alisha Humaira dan Humaira Batrisyia

Keduanya, jumpa fatih mama Athirah. Sweet Athirah, rambut panjang. Athirah sebaya dengan Humaira. Tak sempat nak ambil pic Athirah.


Tuesday, March 15, 2011

Photoshoot budak kecil

Gambar di ambil petang semalam ketika hujan lebat dan ribut petir. Takde aktiviti boleh buat, ambil gambar Humaira lah. Lepas hujan try on TV, tak boleh, astro pun sama. Daddy syak kena petir. Bila try off dan on balik extension wire, ada letupan kecil. Rupa-rupanya extension wire dah rosak.

Layan gambar pengarang jantung mummy...





Awek muka ketat


Susah sangat si kecik ni nak senyum, mummy kata mana gigi....
inilah hasilnya..


Bila mummy kata posing baring....
inilah jadinya


BIla mummy kata mana tangan...
Inilah hasilnya

nuffnang

Related Posts with Thumbnails