My sweet story...

My sweet story...

Saturday, March 5, 2011

Dapat award dari EB

Dapat award dari EB yang wish birthday omaaerish & aed. TQ Eb, cantik award...


Friday, March 4, 2011

Handmade coklat

Aktiviti membuat handmade coklat. Sebenarnya coklat ini dah lama dalam simpanan, masa kemas dapur baru perasan coklat ni expired date dalam bulan September tahun ini. Sebelum expired baiklah kita buat coklat. Anak dara mummy pun rajin membantu. membantulah sangat .

Mummy hanya buat dark coklat. Masih ada lagi white and milk coklat dan juga perisa strawbery. Mummy minat nak deco coklat cantik2 tapi tangan takde seni. Malas pun ya juga.

Stok coklat yang masih belum dibuka. Semuanya coklat compound


white and strawberi coklat


dark and milk coklat


Untuk coklat kali ini, mummy buat dark coklat dulu. Cair guna kaedah double boiler. Make sure mangkuk lagi besar dari periuk. Gunakan api yang perlahan


Mummy campur dengan badam. Badam dibakar dulu sehingga garing


Kacau sehingga sebati


Humaira pun nak tolong makan juga. Habis lantai dapur berterabur dengan kacang badam hasil kerja Humaira


Masuk dalam mould dan keraskan dalam peti ais. Hasil yang sudah siap. Dah jemu makan coklat, so coklat ni bawa balik kampung.

Thursday, March 3, 2011

Anak buah baru, Kaira Qiestina

Introduce anak buah saya yang pertama iaitu Kaira Qiestina. Kaira merupakan anak pertama kakak saya. Lahir pada 10 Feb 2011 seberat 2.8kg. Normal birth.

Humaira paling excited dapat jumpa sepupu dia. Memang kena alert, cepat je nak terkam Kaira. Bangun je tidur mesti nak tengok baby..

si comel Kaira


Kerja mummy Humaira bedung Kaira


Muka geram kena bedung.


Ini apa kes??? baby tua..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails