My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, November 2, 2010

Aktiviti membuat kek

Tak habis lagi aktiviti dekat Muar. Walaupun balik sehari je tapi aktiviti memang padat. Kali ni nenek Humaira buat kek pula. Petang Sabtu, kawan baik Atuk dan Nenek Humaira dari Segamat nak datang rumah. Kononnya nak melawat si kecil Humaira. Tunggu punya tunggu tak sampai, kami pun balik Shah Alam. Gerak dari Muar dalam pukul 3.00 petang. Jammed dekat Seremban, maklumlah malam tu ada perlawanan akhir bola sepak Negeri Sembilan VS Kelantan. Walaupun jammed tapi kiteorang enjoy tengok gelagat peminat Negeri Sembilan sepanjang perjalanan. Semangat kesukanan yang tinggi, i like... Apa2 pun tahniah buat Kelantan..

Setiap kali nak datang rumah memang wajib kawan nenek Humaira minta buatkan kek coklat. Walaupun kek ni bagi mummy biasa2 je tapi tetap ada peminatnya. 3 biji nenek Humaira buat.

Resepi:
  • 1 cawan marjerin
  • 4 biji telur gred A
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula
  • 1 sudu teh baking powder

Inilah bahan2 nya. Mummy sekarang jatuh cinta dengan mangkuk stainless steel mcm nenek Humaira punya. Wajib order dari Mak Long dekat Langkawi ni. Kat sana harga murah mak long mesti baca blog mummy Humaira


Mula2 pukul telur sampai kembang, kemudian masukkan marjerin dan biarkan sehingga kembang


Masukkan gula dan serbuk koko dan tepung gandum yang telah di ayak.


Bila dah kembang masukkan dalam loyang dan siap untuk dibakar.


Taraa...dah siap. Makan panas2 yummy.


Haaaa, tak sah kalau takde budak kecik nak tolong buat sama. Mula2 baik je, lepas tu semua benda nak kacau


Muncung sedepa bila mummy angkat letak kt bawah. Nangis...nangis dan nangis...

Humaira mandi manda

Humaira dapat mandi dalam bathtub kat rumah Atuk Muar. Kat rumah kita takde bathtub itu yang dia excited terlebih. Suka betul dak tecik sorang ni dapat berendam dalam bathtub ni, taknak keluar. Menangis tak hengat bila mummy angkat.

Malu la mummy


Teruja tengok air keluar






Monday, November 1, 2010

Humaira di pasar malam

Alhamdulillah, Atuk Humaira dah kembali sihat. Food poisoning masa pergi kenduri kahwin last week. Ramai orang kampung tu yang cirit birit. Petang Jumaat tu sempat lagi pergi pasar malam di Merlimau. Humaira asyik berkepit je dengan Atuk dia. Bolehla mummy dengan daddy jalan berdua.




Atuk belikan fries untuk Humaira


si budak comot

nuffnang

Related Posts with Thumbnails