Hari Ahad boleh dikatakan sepanjang hari hujan. Perut cepat je lapar. Petang tu daddy request nak makan tauhu bakar. Kuah tauhu bakar beli dekat pasar malam hari Jumaat di TTDI Shah Alam. Gerai tu jual tauhu bakar, sotong kangkung dan rojak buah. Kesemuanya pakai kuah yang sama. Saya suka kuah dia memang marveles, tidak terlalu pedas dan tidak terlalu manis. Semuanya cukup rasa.
Saya letak tauhu bakar, kangkung dan timun

Letak kacang byk2 mmg sedap

Gaul dan sedia untuk dimakan...nyum nyum

Ini bodak baru lepas tukar baju. Suka kalau orang sembur air dekat dia
(penyembur yang selalu org guna bila nak potong rambut). Daddy dia punya kerja, bila baju Humaira basah mummy juga kena tukarkan..