My sweet story...

My sweet story...

Friday, July 2, 2010

Meter TNB rumahku terbakar..

Kes berlaku awal pagi tadi. Dalam pukul 3.58 pagi rumah saya takde elektrik. Lepas tu saya terdengar bunyi bising dekat luar rumah, dalam masa yang sama henfon hubby asyik berbunyi (ingatkan hubby kunci alarm jam untuk solat sunat). Bila jiran dah start bising-bising hubby pergi jenguk dekat bawah (rumah saya jenis town house, kiteorang rumah atas). Jiran bagitau meter TNB kami terbakar, api tinggi. Rumah dekat bandar mana nak cari pasir untuk padamkan elektrik. Jadi jiran saya simbah air. Apa lagi meletup suis tu, tapi alhamdulillah api padam. Saya memang tak dengar apa-apa pun bunyi. Rumah saya shj bergelap takde elektrik.

Dalam pukul 4.10 pagi, hubby call TNB, tak sampai sejam mereka sampai. Punca tidak dikenalpasti, tapi kemungkinan meter masuk air. Apa2pun, alhamdulillah semuanya selamat. Elektrik kembali ada dalam pukul 5.30 pagi.

Sebelum ni pernah terjadi di rumah saya, lampu lip lap. Sekejap padam dan dalam beberapa saat kembali normal. Itu merupakan tanda-tanda meter ada masalah. Kawan-kawan, jangan pandang remeh perkara macam ni tau, nanti jadi macam kes saya. Saya terjumpa artikel tersebut di forum SINI. Alam Budiman taman bersebelahan dengan rumah saya di Puncak Perdana.

Setelah berlaku kejadian macam ni, banyak benda saya terfikir.
  • Kena alert di mana letaknya kunci. Saya sangat cuai bab ini. Sudahlah rumah saya satu shj akses untuk keluar
  • Kena baik dengan jiran, dan saling bertukar no tel
Plan pagi ini nak balik kampung, nampak gayanya kena tunda. Risau sebab TNB just baik pulih untuk temporary shj. TNB suruh orang yang expert wiring untuk pindahkan meter di kawasan yang teduh. Selepas solat Jumaat, kawan hubby nak datang tengok. Hopefully kos nya tidaklah tinggi. Saya risau sangat2 sebab cuaca mendung, takut terjadi sekali lagi. Doa dan harapan saya agar cuaca tidak hujan dan semuanya kembali normal.

Inilah keadaannya setelah dibaik pulih. Gambar sebelum terbakar saya tak snap..



Close up...Kesan hitam tinggi sangat.

The best therapy...bila tgk anak tidur

Mummy paling suka tengok baby tidur. Bila rasa stress, penat bekerja, tetapi sebaik sahaja terpandang wajah Humaira tidur, hilang segala masalah..

Geram tgk muka Humaira yang bulat


Tenangnya si kecil ini tidur


Wajah ini memang menenangkan perasaan, mendamaikan jiwa. ALhamdulillah, nikmat bergelar seorang IBU.

Thursday, July 1, 2010

Pengalaman breastfeed buah hati, Humaira

Mummy menulis pengalaman menyusukan Humaira sekadar coretan untuk kenang-kenangan dan juga berkongsi pengalaman dgn kawan-kawan. Maybe satu hari nanti Humaira boleh baca coretan mummy ni..

Mummy mula mencari maklumat tentang penyusuan susu ibu di Internet sewaktu mengandungkan Humaira. Rupa-rupanya banyak khasiat susu ibu yang tiada tandingan dengan susu lain di dunia ini. Sejak hari itu mummy nekad untuk menyusukan Humaira dgn SUSU IBU shj. Setiap hari mummy mencari dan terus mencari tanpa jemu apa2 maklumat tentang SUSU IBU sehinggalah mummy terjumpa satu blog yang akan mengadakan KELAS ASAS PENYUSUAN BAGI IBU MENGANDUNG.Mummy minta sokongan daddy dan atas kesedaran itu kami telah mengikuti kelas tersebut di SARAKIDS. Entry kelas tersebut klik SINI.

Mummy banyak membaca blog yang menceritakan pengalaman menyusukan anak dan secara jujurnya sangat tertarik dan bangga dgn ibu2 yg BF anak mereka. Sehinggalah wujudnya blog ini untuk berkongsi pengalaman yg sama menyusukan anak di samping berkongsi cerita perihal anak-anak. Sokongan dari kawan-kawan semua menyebakan saya berjaya BF Humaira sehingga kini. Masih belum berjaya lagi ya, ada lagi 10 bulan untuk menjayakan misi ini.

Bila Humaira dilahirkan, sayang sekali susu pertama yang masuk ke tekak dia adalah susu formula. Sorry my dear..mummy lahirkan humaira secara caesar. Selepas sahaja humaira dilahirkan, mummy hanya sempat kiss Humaira dan seterusnya nurse terus bawa Humaira ke NICU setelah Humaira berak dalam perut. Doc nak monitor Humaira.Mummy di bawa ke ward dan disebabkan jarak yg jauh ditambah pula keadaan mummy yg tidak mengizinkan, Humaira tidak dapat cecair yg sangat berharga itu pada hari pertama dilahirkan. Cecair yang dimaksudkan adalah kolostrum atau susu yang dihasilkan oleh seorang ibu pada lingkungan tiga hari pertama selepas kelahiran bayinya. Kolostrum merupakan cecair yang istimewa dan mempunyai pelbagai khasiat penting, khas untuk bayi yang masih lemah dan baru mengenal dunia ini. Ciptaan hebat dari Yang Maha Kuasa ini mempunyai beberapa kandungan tertentu yang amat berharga dan kandungan tersebut tidak terdapat pada susu matang, apatah lagi pada susu formula.(sumber: internet).

Mummy sangat gelisah bila tak dapat menyusukan Humaira mlm itu. Sebabnya mummy sangat-sangat ingin menyusukan Humaira dengan cecair emas yg sangat berharga itu sebelum susu matang keluar. Kolustrum hanya hadir sekali dalam setiap kelahiran. Bila daddy datang melawat mummy keesokkan harinya, barulah berkesempatan untuk melawat Humaira di NICU. Waktu itu baru mummy berpeluang menyusukan Humaira. Bukan mudah untuk pertama kalinya menyusukan anak. Berkat tunjuk ajar dari nurse Hospital Sg Buloh mummy berjaya susukan Humaira. Hospital Sg Buloh merupakan hospital rakan bayi. Masa mengandungkan Humaira, mummy selalu usap perut mummy bgtau mummy akan berusaha untuk bf Humaira, mungkin sebab itu kot dia tetap tunggu susu mummy. Nurse bgtau bila bg Humaira susu formula, mulalah dia main2,taknak hisap betul2..

Hari kedua mummy dah dibenarkan keluar dari hospital tetapi Humaira masih ditahan di NICU. Jadi mummy request untuk jaga Humaira. Malam itu dia hanya ingin melekap di breast mummy, rindu yer sayang??..memang kolustrum sedikit jer, dalam hati risau takut Humaira tak cukup susu. Ditambah pula semua ibu-ibu di NICU beri anak mereka dgn susu formula menyebabkan mummy berbelah bahagi. Ibu-ibu itu memberitahu susu mereka tak keluar lagi, sama mcm mummy. Dalam hati terfikir, cukup ke susu aku ni, Humaira pula asyik menangis?? Lantas mummy teringat masa join kelas di SARAKIDS, farah ada bgtau..jgn risau baby hanya perlukan sedikit shj susu sewaktu awal kelahiran. Perut bayi masih kecil dia hanya perlukan sedikit shj susu. Yang penting kena kerap bagi baby susu sekurang-kurangnya 2jam sekali. Bayi menangis disebabkan persekitaran yang baru, beri bayi masa untuk menyesuaikan diri. Bayi yg cukup susu akan buang air besar dan kecil dgn kerap. Itu shj kata-kata yg menguatkan semangat mummy sebab Humaira tiada masalah untuk buang air

Hari keempat Humaira dibenarkan keluar wad. Best dan senang untuk menyusukan Humaira sebab daddy ada untuk membantu. Daddy mmg dh stand by susu formula takut mummy tak larat nak bf Humaira. Ada jugalah Humaira teguk susu formula bila mummy tak larat untuk bangun..Sakit wei luka caeser ni, alasan... (hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih betul tak???) . Masa tu mummy tak tau pun kewujudan pillow untuk membantu ibu caesar menyusukan anak mereka. Bila susu matang dah keluar mummy semangat untuk bf Humaira ditambah pula breast semakin membengkak. Conclusionnya, kalau betul2 nak bf anak, tak payah beli susu formula, tangan gatai nak bancuh juga susu formula takut anak tak cukup susu.

Bila susu matang sudah keluar memang mummy 100% menyusukan Humaira dgn susu ibu. Asyik direct breastfeed, mummy terlupa untuk train Humaira guna botol. Sehingga bila nak masuk kerja setelah habis cuti berpantang, terhegeh-hegeh nak train Humaira guna botol. Sudahnya mmg dia reject ok. Bab beli botol dan puting jgn cakaplah, mcm2 dari yang mahal sehingga yang murah semua dia reject.Ya sehingga sekarang mummy GAGAL train Humaira guna botol. Tak apalah itulah pengajaran paling bermakna dalam hidup. Esok2 kalau ada rezeki for 2nd junior , Insyaallah mummy belajar dari kesilapan.Tapi Humaira terror minum guna cawan kecil dan straw.


Mummy banyak melabur beli botol susu dan puting. Dari yang mahal sampailah yang murah semua Humaira reject..


Beg ini mummy usung kehulu hilir untuk pump susu. Banyak jasa beg ini pada mummy. Mummy guna pump spectra 3



Dalam beg ini semua lengkap, pump, botol, cooler bag, ice pack. Jadinya tak ada masalah kalau takde peti ais, sebab cooler bag boleh tahan sehingga 12 jam. Memang susu sejuk. Yang penting ice pack kena betul-betul keras. Mummy letak gambar Humaira. Bila kita pandang sesuatu yang menyejukkan minda secara tidak langsung apabila pump, susu akan keluar dgn banyak.

Antara stok susu mummy yang mencecah 100 paket lebih. Rezeki Humaira, alhamdulillah.. Untuk ibu-ibu yang nak bf baby, mummy nasihatkan kumpul stok masa dalam pantang. Sebab masa tu susu sangat meriah.

Mummy percaya semua ibu mahu menyusukan anak masing-masing tetapi atas faktor persekitaran menyebabkan GAGAL seperti kurangnya ilmu BF, tiada sokongan dari keluarga dll. Untuk BF anak, yg paling utama semangat kena kuat, pekakkan shj telinga bila org sekeliling berkata. Itulah kunci kejayaan. Breastpump sekarang canggih, walaupun mahal tetapi berbaloi. Bg mummy itu pelaburan jangka panjang..Buat ibu-ibu di luar sana, kita mampu menyusukan anak kita dgn susu ibu.

Nak masuk 14 bulan dah dia minum susu mummy, moga ada rezeki Humaira sehingga dua tahun nak..Amin..


* Saya menulis atas permintaan seorang rakan, LIN. Semoga berjaya BF baby yang bakal lahir ok.Sekadar berkongsi pengalaman, tidak ada niat nak menyakiti hati sesiapa. Kalau ada coretan ini mengguris perasaan kalian, saya minta maaf.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails