My sweet story...

My sweet story...

Friday, June 18, 2010

Usia meningkat setahun lagi..

Happy birthday to me...Esok 19 June menginjak setahun lagi usia saya..Sebelum ni sibuk karang entry pasal birthday anakanda Humaira, tup tup esok birthday mummy..Huhu semakin menghampiri ke angka 3 series..Genap usia saya 28 tahun, semoga pertambahan usia ini akan mematangkan diri sendiri dan rumah tangga yang dibina bahagia dan berkekalan hendakNYA. Tak lupa juga terima kasih emak, kerana bertarung nyawa melahirkan saya 28 tahun yang lepas.(emak saya merupakan pembaca setia blog ini, kan mak???tgk gelagat cucu Humaira kesayangannya,hehe) Moga mummy dapat mendidik anak mummy dengan sempurna, bukan setakat Humaira seorang shj, Insyaallah adik-adik Humaira yang akan datang juga...

Semakin menginjak usia ini, bermakna kita semakin menghampiri kematian..Setuju statement saya???? Harapan saya moga dimurahkan rezeki dalam apa jua bidang. Insyaallah..

Have a nice weekend pada semua blogger. Hari Isnin jalan akan jammed kembali setelah tamatnya cuti sekolah. Inilah kehidupan...

Humaira birthday: The present

Humaira says:

A HUGE thanxxx to aunty, uncle, Opah, Atuk, Embah dan semua yang bagi Humaira hadiah dan RM. Sampaikan Humaira pening x taww nak main yang mana satu. Humaira suka. Tapi sekarang mummy selalu bising dekat Humaira sebab sepahkan mainan. Apalah mummy ni, Humaira nak main je. Daddy kata RM yang Humaira dapat nak masukkan dalam akaun DIDIK. Mummy ckp untuk 2-3 bulan ni taknak beli mainan lagi untuk Humaira. Terima kasih ya aunty dan uncle, Humaira sayang semua..

Pakcik Humaira kasi..Mcm boy lah dpt mainan ni


Kasut Adidas Maklong kasi..Humaira excited nak pakai kasut


Mainan Maksu bagi









Humaira dah rasmikan baju tidur Embah bagi


Tengoklah muka mummy yg happy tu..


*
Opah ada bagi Humaira baju, nanti mummy kata nak upload. Humaira dah rasmikan baju pemberian Opah

Thursday, June 17, 2010

Sambutan Majlis Hari Lahir Humaira

Untuk anakanda Humaira, mummy ucapkan Selamat Hari Lahir. Hadirnya Humaira memberi keceriaan pada mummy dan daddy. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah.

Mummy rancang sambut hari Lahir Humaira di Ipoh memandangkan semua aunty dan uncle Humaira ada dekat rumah masa cuti sekolah. Sebab itu terlewat meraikan si kecil ini, dah 13 bulan baru nak sambut. Majlis diadakan pada 12 June hari Sabtu bermula selepas Zohor dalam pukul 2 petang.

Menu pada hari tersebut adalah nasi tomato, ayam masak merah dan sayur acar (makanan ini ditempah). Opah Humaira masakkan pulut kuning, rendang daging dan agar-agar cocktail. Embah Humaira buatkan kek dan cupcakes. (malangnya daddy tak snap pun gambar makanan). Banyak lagi menu sampingan seperti kerepek, coklat dll.

Terima kasih pada yang sudi datang majlis hari lahir Humaira yang serba sederhana, pada keluarga yang banyak membantu. Tak lupa juga terima kasih yang bagi Humaira hadiah, duit dsb. Nanti mummy update hadiah yang Humaira dapat k..

Kek no 1 dan cupcakes hasil air tangan Embah (nenek Humaira). Lepas ini harus mummy belajar buat cupcakes bila semua org puji cupcakes sgt sedap..


Kek bulat tu mummy beli dari secret recepi, coklat walnut


Cupcakes 3 kotak Embah (nenek) Humaira buat


Goodies bag untuk si cilik


Antara tetamu lelaki yang hadir, tengah baca doa selamat



Tetamu wanita...


Silalah makan..


Selamat menjamu selera..Humaira yang asyik nak berkepit dgn mummy. Apalah birthday girl ni


Acara potong kek


Potong kek no 1 pula..


3 of us...


Dengan maklong Humaira (kakak mummy)


Tangkap gambar dgn pakcik Humaira (adik mummy no 2)


Anak sepupu mummy merangkap 2 pupu Humaira


So sweet gambar ni.alahai...


Dengan kawan baik mummy masa kerja di UNISEM suatu ketika dulu


Gambar kenang-kenangan..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails