My sweet story...

My sweet story...

Sunday, April 4, 2010

H1N1

Hari ini baca mstar online berita tentang dua beranak meninggal dunia akibat H1N1. Mangsa berasal dari Melaka. Wabak H1N1 sekarang ni makin meningkat. Elakkan diri daripada tempat yang menjadi tumpuan orang ramai. Saya sendiri takut nak keluar tempat yang menjadi tumpuan terutama nak bawa anak kecil keluar..


Sedih baca artikel online dari Mstar ini. Kesian anak kecil itu. Alfatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..

KUALA KUBU BARU: Seorang ibu dan anaknya yang sarat mengandung adalah dua mangsa terbaru yang meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A (H1N1) di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai semalam.

Beliau berkata kedua-dua wanita yang disahkan positif H1N1 itu meninggal dunia masing-masing pada Rabu dan kelmarin di Hospital Melaka.

Bagaimanapun, Liow memberitahu pemberita bahawa keadaan jangkitan H1N1 di negara ini pada keseluruhannya semakin baik.

"Saya nak yakinkan orang ramai keadaan semakin pulih. Kementerian Kesihatan lebih tahu situasi dan faham keadaan lebih baik. Sekiranya ada gelombang kedua pihak kementerian akan umum," katanya di sini.

Mengulas mengenai kedua-dua kes tersebut, Liow berkata dalam kes pertama wanita berusia 54 tahun itu meninggal dunia akibat komplikasi diabetes selepas dimasukkan ke hospital pada Selasa lepas dengan simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI).

Wanita itu telah diberikan rawatan Tamiflu bagaimanapun masalah kencing manis yang tidak terkawal menyebabkan komplikasi 'severe metabolic acidosis' akibat kegagalan buah pinggang, jangkitan kuman lain dan kencing manis, katanya.

Liow berkata anak wanita itu pula yang berusia 29 tahun dan sedang mengandung 36 minggu dimasukkan ke hospital dengan tanda kelemasan bayi dalam kandungan.

"Pada masa yang sama, wanita itu turut menunjukkan gejala ILI dan disahkan positif H1N1. Rawatan Tamiflu dimulakan bagi menyelamatkan bayi dan pembedahan dilakukan pada hari yang sama.

"Selepas pembedahan, wanita itu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) tetapi mengalami komplikasi dan meninggal dunia semalam akibat 'Adult Respiratory Distress Syndrome'," katanya.

Beliau berkata ujian terhadap bayi wanita itu bagaimanapun negatif untuk H1N1 dan kini berada dalam keadaan stabil.

Mengulas mengenai jangkitan itu pada keseluruhannya, Liow berkata sehingga pukul 6 petang semalam seramai 26 orang telah disahkan positif H1N1, dan sebanyak 375 kes ILI sedang dirawat di hospital di seluruh negara.

Liow berkata orang ramai yang berisiko seperti wanita hamil, penghidap penyakit kronik boleh mendapatkan suntikan vaksin H1N1 di 104 fasiliti kesihatan.

Orang ramai boleh layari laman web www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my untuk maklumat lanjut. BERNAMA

Saturday, April 3, 2010

blog dalam penyelenggaraan

sori, tgh bertukang dan mengemas blog...sorry for the inconvenience cause..serabut jer...ada sesiapa boleh tlg mcmane nk bg entry di tengah dan widget di kiri dan kanan..please help me my friends, peningla main dgn coding..nanti mummy repair, humaira dah mengamuk nak perhatian..



update:
tadaa....nanti nk minor touch up gambar si kenit Humaira kt headear pula..

Friday, April 2, 2010

Happy birthday daddy

Esok 3 April, birthday daddy Humaira. Mummy dan Humaira ucapkan Selamat Hari Lahir, semoga daddy berjaya dalam apa jua bidang yang daddy ceburi. Mummy dan Humaira love u and will always love you, jgn sesekali lupa tentang itu..(silalah muntah darah yeak)

Ciri-ciri orang yang lahir bulan April, mummy copy paste dari internet. Melalui pembacaan mummy, kajian yang dijalankan oleh Dato Dr Fadzillah Kamsah..Sekadar renungan sahaja, tidak semestinya betul...

APRIL


Sangat aktif dan dinamik.
Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
Punya daya mental yang sangat kuat.
Suka diberi perhatian.
Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
Sangat berani dan tiada perasaan takut.
Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
emosi cepat terusik. Cuba kawal perasaan.
Kecenderungan bersifat pendendam.
Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
Kuat daya ingatan.
Gerak hati yang sangat kuat.
Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
Sangat cemburu dan terlalu cemburu.

Jarang mummy abadikan gambar daddy dekat blog ini, sebab daddy tak suka tangkap gambar. Blog daddy sendiri pun tak banyak gambar. Cari dalam gobok jumpalah sekeping dua gambar daddy.. hehe layannn gambar birthday boy...

Gambar di Putrajaya, tunggu bot untuk bawa keliling Putrajaya.. Kalau kita celebrate birthday dekat SINI pun best b.


Bercuti di Langkawi


Daddy dan gadjet kesayangannya, DSLR


Daddy dgn student


Jumpa gambar daddy time study dolu-dolu..


nuffnang

Related Posts with Thumbnails