My sweet story...

My sweet story...

Thursday, March 11, 2010

Alice in Wonderland promotion at Mid Valley

Semalam kami pergi Mid Valley Megamall. Ada promote berkaitan filem Alice in Wonderland. Tak silap mummy hari ni first day tayangan filem ni. Seronoknya kalau dapat tengok wayang...
Mummy dengan Humaira bergambar dengan replika tu, mula-mula Humaira mcm suka jer, sekali dia perasan muka bunga tu mcm orang, baru tau takut..hehe..



Humaira yang takut


Pelik apsal muka mcm tu..


Mummy inteprem


Terlopong tengok air pancut. Humaira ni kalau ada something yang menarik perhatian dia mulut mesti ternganga...so cute

Wednesday, March 10, 2010

Giveaway from New Zealand

Giveaway dari NIDA (Nama sama dgn saya) sempena ulangtahun kelahiran Nida. Wish u Moga panjang umur dan murah rezeki. Jom kawan-kawan kita memeriahkan giveaway ni. Untuk detail boleh klik SINI

Tuesday, March 9, 2010

Happy 10 months Humaira

10 bulah sudah usia anak mummy...dah besar pun dia. Alhmdulillah demam pun dah okey. Berat next week baru nak timbang, dukung Humaira sekarang ni pun aduss boleh tahan..

Update milestone:
  • Mulut makin becok, kalau org sembang semua nak menyampuk, tapi dalam bahasa dia lah. Kadang2 anak jiran sebelah ketawa, Humaira pun terjerit2 nak join sekali. ishk ishk
  • Suka main nyorot2 dengan mummy dkt bawah kerusi. Alahai comelnya bila dia mengintai ikut bawah kerusi
  • Siaplah kalau mummy atau daddy dkt bilik, pintu tertutup. Humaira akan ketuk dengan mulut membebel suruh buka pintu..Nak masuk sekali.
  • Boleh berdiri with support, suka lepaskan sebelah tangan. Ngerinya...
  • Bila daddy balik kerja, dah tunggu kt depan pintu. Nampak jer muka daddy dia, suka betul. Sanggup tahan mata kalau daddy balik malam.
  • Sebelum tidur, mesti nak main dulu dgn daddy dia. Tapi kalau terjaga tgh mlm, daddy pujuk tak jalan mesti cari mummy juga.
  • Dah pandai duduk dah ubah posisi ikut suka
  • Macam-macam posisi dia cuba masa hisap susu, sambil merangkak, meniarap, tertonggeng semua ada..
  • Pantang mummy ckp dkt hp, asyik nak kena layan dia je
  • Pandai bye bye (tapi x boleh paksa, ikut mood kalau nak buat)
Pejam-celik, pejam-celik dah sepuluh bulan dia. Another 2 month to turn 1. Cepatnya masa berlalu. Mummy suka baca entry-entry yang lepas berkaitan Humaira, itulah momen terindah. My life, my love, my everything.....Layan gambar Humaira taken by daddy...

Tengok apa tu??


Best kalau koyakkan kipas ni...sampai meleleh air liur..ishk ishk


Yeah dah cabut pun..


Khusyuknya tgk TV


Sengih,..


Serius...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails