My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, November 17, 2009

Pap smear

Hari ni bawa Humaira pergi klinik desa Kg budiman Klang untuk suntikan imunisasi Hepatitis B. Good girl sayang mummy, nangis sikit jer masa kena inject.

Kebetulan tak ramai di klinik jadi mummy dengan merelakan diri melakukan 'pap smear' dan pemeriksaan breast. Memang dah lama plan nak buat 'pap smear' tapi perasaan takut yang membuatkan tertangguh. Mummy jadi kuat semangat bila baca blog kawan2 yang benda ini tidak menyakitkan ditambah pula dengan nurse yang sangat baik hati dan memberi semangat. Memang benar, ujian ini tidaklah menyakitkan dan prosesnya lebih kurang 5 minit sahaja.

Kanser serviks @ pangkal rahim dan kanser payudara merupakan dua jenis kanser pembunuh utama wanita di Malaysia. Atas kesedaran ini, mummy telah melakukan pemeriksaan untuk kedua-duanya. Orang kata mencegah lagi baik dari mengubati..

Siapa yang patut melakukan pap smear?
Wanita yang sudah melalui hubungan seksual terdedah dengan risiko kanser pangkal rahim. Hubungan kelamin yang pertama sahaja sudah cukup menjadikan permukaan pangkal rahim terdedah dengan virus dan kuman. Pada permukaan pangkal rahim terdapat "transformation zone" yang diselaputi sel awal yang sensitif. Sel ini boleh berubah menjadi sel kanser jika terdapat tekanan daripada virus dan kuman.

Dalam masa dua atau tiga hari ujian, keputusan sama ada pesakit dijangkiti atau tidak kuman virus papiloma akan dapat dikesan. Virus papiloma atau dipanggil juga virus ketuat adalah penyebab utama pro kanser. Jika virus ini sudah mencapai 80%, pesakit berisiko tinggi untuk mendapat kanser pangkal rahim.

Tidak ada had umur tertentu bagi pengidap kanser pangkal rahim. Gadis yang sudah aktif dalam hubungan seksual dan baru berusia 16 tahun mungkin boleh mengidapnya.

Siapakah mereka yang paling berisiko tinggi?

Semua wanita yang pernah melakukan seks adalah berisiko untuk dijangkiti kuman pada pangkal rahim. Tetapi yang paling berisiko tinggi dan digalakkan supaya melakukan pap smear dengan segera ialah:

  • Wanita berusia muda yang sudah terdedah dengan hubungan seks.
  • Mereka yang kerap bertukar pasangan.
  • Mereka yang tidak menjaga kebersihan faraj sehingga mudah dijangkiti sebarang kuman.

Berapa kali ujian diperlukan?

Syor daripada kedoktoran Amerika Syarikat menggalakkan supaya wanita yang pernah melakukan seks menjalani ujian pap smear sekurang-kurangnya setahun sekali atau mengikut nasihat doktor. Wanita yang sering melakukan hubungan seks khususnya para isteri, disarankan 1 atau 2 tahun sekali. Mereka yang melebihi usia 40 tahun disyorkan setahun sekali.

Ujian pap smear tidak akan dilakukan dalam jarak waktu yang kerap kerana kadar pengesanan tidak ketara. Malah hasil ujian juga tidak akan dapat memberikan jawapan yang tepat.

Disyorkan, pada peringkat awal (pertama) melakukan seks terus melakukan ujian pap smear kerana dikhuatiri pasangan telah dijangkiti kuman atau virus.

Ujian pap smear memang tepat dan tidak pernah salah dalam memberikan jawapan. Oleh itu mereka yang sudah dikesan dijangkiti kuman, diwajibkan membuat ujian pap smear seterusnya atas nasihat doktor.

Kedudukan pesakit ketika menjalani ujian boleh mempengaruhi keputusan. Teknik pengambilan kulit pada permukaan pangkal rahim yang tidak tepat boleh menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan keputusan.

Kedudukan pesakit yang disarankan ketika menjalani ujian ialah berdepan (seperti dalam proses bersalin) atau cara mengiring. Tetapi kedudukan berdepan lebih disarankan kerana ini memudahkan proses ujian.

Persediaan wanita sebelum ke klinik untuk melakukan ujian:

  • Diigalakkan datang selepas haid kering atau dalam peringkat pertengahan pusingan haid.
  • Tidak boleh bersama (melakukan seks) dua hari sebelum berjumpa doktor kerana ditakuti ciri-ciri yang dikesan mempengaruhi keputusan
(sumber dari internet)

Jom kawan-kawan semua kita buat ujian pap smear..


Humaira yang menunggu mummy, jadi driver..


Penat menunggu sampai ketiduran dia...


Monday, November 16, 2009

Humaira dan permainannya

Seingat saya inilah permainan pertama saya beli untuk anakanda Humaira, magic mushroom activity playgym. Umur Humaira dalam sebulan masa saya beli tapi tersimpan saja sebab bila bagi baby main, macam tak ada perasaan..hehe
Last week saya tunjukkan dekat Humaira, barulah dia teruja dan leka dgn mainannya..i like..nanti mummy beli mainan lagi..

Mainan juga merupakan satu aktiviti yang dapat merangsang perkembangan bayi..saya suka masuk website INI yang banyak bagi info tentang perkembangan baby..

Ambil gambar guna kamera hp saje..

Posing dulu..


Tgh ralit main


Suka buat aksi ini..

Sunday, November 15, 2009

Potrait picture..

Hujung minggu yang membosankan..sekali lagi hubby kena kerja Ahad ni..Takde cerita menarik cuma nak kongsi koleksi peribadi gambar potrait pula. Gambar diambil menggunakan DSLR Nikon D60, sesuailah untuk orang yang baru belajar..

Saya suka gambar ni, ada nilai seni...


Arissa, anak kawan baik saya..zuera


Insyirah, anak kawan baik saya..Yanie


Daughter and father (tak ingat nama si comel ni)


Di dusun, ayah tgh makan buah manggis


Adik saya tgh makn durian (Saya menci durian)


Mertua vs menantu


Dida, open table at Serdang


Beraya di Gopeng, Perak


Superb mamat ni cari angel terbaik masa pertunjukan udara TUDM (kalau tak silap ada masuk paper gambar mamat ni)


Rizal, best friend hubby merangkap jiran kami juga


The only one photographer, Mr Nizam

nuffnang

Related Posts with Thumbnails