My sweet story...

My sweet story...

Sunday, July 26, 2009

Majlis cukur jambul Humaira

Last week famili saya buat majlis cukur jambul Humaira di Ipoh Perak. Pukul 10 pagi buat majlis marhaban dan cukur jambul (tak cukur pun, potong sikit buat syarat, lepas raya baru nak cukur..hehe). Tengahari tu buat doa selamat untuk arwah nenek saya. Al fatihah untuk arwah nenek saya, Baayah binti Md Rashid. Arwah nenek saya yang menjaga kami 5 beradik semasa emak saya bekerja. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman..

Sekitar majlis cukur jambul Humaira...


Kek dan cupcakes ni saya order dekar Ecar cupcakes..sedap tau..Cup cakes sempena birthday my mum 29 July ni...Selamat hari Lahir emak..


Gambar masa majlis marhaban...






dan mesti nak close up muka si kenit yang bam bam itu...


Bersama nenek dan atuk (Orang jawa panggil Mbah, hehe)


Ciuman seorang atuk...



Monday, July 20, 2009

Present from my bos

Dah lama nak update tapi tak sempat...Isnin minggu lepas hari pertama bekerja, saya dapat present gift from my bos, Datin Ani Mawar. I really appreciate buku yang datin bagi, lain dari yang lain. Selalunya orang akan bagi hamper or duit kt baby tapi takder hadiah dekat maknyer..hehe..Buku yang banyak bagi info dekat saya bertajuk 'buku panduan lengkap penjagaan ibu dan anak'. Saya suka sangat buku ni, di samping dapat meningkatkan ilmu
keibu-bapaan, terdapat gambar bewarna di setiap helai muka surat. Saya tak habis khatam lagi...

Tahniah datin di atas pengurniaan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) dari KDYMM Sultan Pahang Darul Makmur, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah Ibni Al Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al- Mu'adzam Shah yang membawa gelaran Dato Shakir dan Datin Ani Mawar baru2 ni. Saya sangat bangga dengan anda. Moga Shamawar dan Maxlane terus maju dibawah pimpinan dato dan datin.

Nilah hadiah buku yang saya dapat...


Dengan ucapan: 'congratulations!trust that you'll be a great mother'.
Amin, moga saya dapat menjadi mummy terbaik untuk Humaira. Pasti semua ibu mengharapkan yang terbaik kan!!!

Friday, July 17, 2009

kerja vs breast pump????

Hari ni dah 5 hari saya start bekerja..Serba serbi baru, maklumlah start masuk kerja selepas bercuti maternity leave ofis saya sudah berpindah di Kota Damansara. Masa preggy dulu ofis di Kg Melayu Subang. Environment happening dan menarik kt Kota Damansara. Walaupun bekerja, hati masih teringat2 kt my lovely Humaira kat taska..beratnyer hati mummy masa nak tinggalkan Humaira kat taska..Sebab???si kenit takmo minum EBM mummy dalam botol.

Nak cerita pasal puteri kesayangan mummy masa hantar ke taska...
Sabtu lepas mummy hantar Humaira kt Taska sbb mummy nak pegi hospital, so mummy ambil Humaira kul 2 ptg. Bayangkan Humaira langsung tak minum susu dari pukul 8-30am until 2.00pm..Betapa susah hati mummy ni. Hari Ahad mummy train guna botol masih gagal apabila Humaira sanggup tidor dalam kelaparan dan menangis minta simpati. Sungguh, mummy kalah melayan karenah dia dan akhirnya bagi direct BF. Bkn niat mummy tak nak bagi direct BF, cuma mummy kena train Humaira sbb mummy kerja sayang.

Hari Isnin mummy kerja, dalam sehari adalah 4-5 kali mummy call taska tanya Humaira minum ke tak..Jawapannyer tetap sama tidak walaupun mummy bekalkan injection, cawan kecil in case kalau dia tolak botol..Adui anak mummy ni nak bergayut dgn mummy jer. Hati mummy mmg betul2 tak tenang bekerja fikir Humaira, hubby pun byk kali call mummy tanya mcmane Humaira. Masa ambil Humaira, alhamdulillah habis juga 4 aunz Humaira minum dalam pukul 4.00 pm. Maybe lapar sgt masa tu. Bayangkan dari pukul 7.30am - 4.00pm baru nak minum susu......Mogok betul si kenit ni.

Hari Selasa pun sama, 4 aunz jer Humaira minum. Itupun waktu petang, lapar sangat kot masa tu. Pengasuh bgtau bila nak bagi botol terus dia tidur taknak menyusu..Tiap2 hari mummy berdoa dan cakap kt Humaira pujuk supaya minum botol.

Hari Rabu ada improvement.Mummy happy sangat masa ni bila Humaira berjaya habiskan 2 botol susu lbh kurang dlm 8 aunz. At least ada peningkatan.

Hari Khamis masa ambil Humaira, pengasuh bgtau, kak hari ni Humaira minum byk. Stok EBM dah habis. Sukanyer hati mummy, at least Humaira dah boleh terima botol. Dan untuk malam tadi, mummy bersemangat bangun tgh malam untuk pump susu. Humairalah kekuatan dan semangat mummy.

Untuk minggu ini, mummy langsung tak pump waktu malam kecuali mlm tadi mummy gigih 2 kali bgn mlm untuk pump bila anak mummy dah boleh terima botol. Sebabnyer???dalam freezer stock EBM Humaira berlambak sampai dh x muat nak letak dalam peti ais. Alhamdulillah rezeki.

Hari ni bersemangat mummy pergi kerja. Harapan mummy moga Humaira akan minum susu seperti sedia kala dan mummy takkan susah hati lagi. Mummy tekad untuk pump sekerap mungkin untuk anak mummy..Cuma Humaira tetap takmo kalau mummy and daddy yang bagi EBM dalam botol. Bijakkan anak zaman sekarang???

Sempena minggu penyusuan susu ibu sedunia, mummy berharap dapat beri esklusif BF pada Humaira sehingga 6 bulan dan seterusnya 2 tahun. Mummy sentiasa berfikiran positif, baik niat kita baiklah yang kita dapat. Masa preggy mmg mummy bertekad untuk BF Humaira selagi terdaya. Melalui internetlah mummy byk dapat info berkaitan kebaikan susu ibu, dapat berkenalan dgn blogger yg memberi esklusif BF pada anak mereka, melalui forum susu ibu, berjumpa sendiri kaunselor laktasi dan kawan2. Ya, mereka inilah kekuatan saya sehinggalah Humaira lahir. Sharing is caring kan?? Cuma agak terkilan 1 jam pertama selepas Humaira dilahirkan mummy x dpt bagi BF sbb Humaira kt NICU dan mummy kad ward bersalin.

Doa mummy moga diberi kekuatan untuk membesarkan anak mummy dgn susu ibu dan menjadi anak yang solehah. Mummy and daddy akan cuba untuk jadi yang terbaik buat Humaira. Susu mummy adalah hak Humaira, mummy tidak akan sekali2 menidakkan hak Humaira because you are my lovely daughter. Lahir sahaja Humaira, terus Allah kurniakan susu untuk diberikan kepada anak kita. Jadi kenapa kita perlu menidakkan hak anak kita kalau kita punya kekuatan dan keupayaan ke arah itu??

Nilah gambar ofis terbaru saya...


Friday, July 10, 2009

today Humaira 2 months

Betapa cepat masa berlalu, hari ni genap 2 bulan my lil princess..mummy sayang Humaira. Isnin lepas mummy start hantar nursery kejap2 to train her supaya tak terkejut nanti masa mummy keje..So far oklah kot..

Dah besar anak mummy, tadi bawa pegi cucuk for 2 months jerit sikit jer..good girl my sweet Humaira..X sempat nak snap gambar tadi rushing pegi klinik sbb jumaat klinik rehat lama..

Until now saya gagal train her guna botol..EBM stock byk dalam freezer. Hopefully taska boleh handle.Amin...

Layan jer gambar Humaira masa hantar p cucuk 1 bulan..

Humaira pandang mumy yer


Baby, I luv u very much....


Ini budak takmo bedung, sekejap jer dapat melepaskan diri...


mummy and Humaira

Thursday, July 9, 2009

Melawat baby Athirah

Last week saya balik kampung mertua di Muar. Kebetulan kawan saya, Hidayati namanya, kenal masa study diploma kt UiTM selamat melahirkan baby girl. So alang2 dh sampai Muar kami pergi melawat baby. Kecik jer baby ni, berat hanya 1.95kg masa lahir. Hampir 2 minggu juga baby ni duduk kt NICU sebab tak cukup bulan. Sepatutnya lahir hujung bulan 7 tapi disebabkan air ketuban kurang, doctor terpaksa keluarkan baby secepat mungkin. So, terpaksa emergency caesar. Takpelah, janji anak selamat, semuanya sihat. Itu yang penting...

Nama baby Nur Athirah Natasha.


Close up muka Athirah..mmg kecil baby ni. Masa kami datang melawat baby Athirah berat turun lagi 1.8kg..Banyak minum susu ibu yer baby bagi cepat besar mcm Humaira...

Friday, July 3, 2009

next week start keja

Jumaat minggu depan saya start bekerja..rasa cepat sangat masa berlalu. Sedih pun ada nak tinggal baby kt taska. Harap everything ok. Satu benda yang menyebabkan saya susah hati, Humaira susah betul nak minum botol. Saya tengah berhempas pulas to train her guna botol. Kadang2 byk akal jugak si kenit sorang ni, nampak jer mummy dia nak bagi botol buat2 tido. Kadang2 tu sanggup tido balik walaupun tgh lapar. Kadang2 bagi botol nangis tak hengat mcm mummy dera, buat2 muka sedih dkt daddy dia. Kawan2 blogger ada tips tak nak train baby guna botol? Saya pernah guna alternatif lain bagi dlm bentuk cawan or picagari tapi still takmo. Saya betul2 risau. Yelah takut pengasuh tak boleh handle.

Alhamdulillah, sehingga saat ini saya berjaya bagi Humaira breast milk. Nampak mcm mudah, tapi tanpa sokongan daripada hubby saya, susah juga untuk bagi fully breastmilk. Kena ada semangat yang kuat, untuk pump susu esp waktu malam. Thank juga untuk Puan Farah dari Sarakids kerana banyak membantu saya, memberi nasihat dan tunjuk ajar berkaitan dgn breastfeeding. Banyak ilmu yang berguna saya dapat dari kaunselor laktasi ni. Bagi ibu2 yang bercadang untuk memberi anak anda breast milk saya cadangkan anda untuk menghadiri kelas BF yang akan diadakan pada 5 July ni di Sarakids TTDI Jaya Shah Alam. Detail boleh tgk di website sarakids di http://www.sarakids.com/blog/



Inilah stock EBM yang sempat mummy kumpul start mid of June. Mummy silap, sepatutnya start pump dari mula2 Humaira lahir. Tapi mummy sentiasa berfikiran positif, pasti ada rezeki Humaira. Mummy sempat pump lebh kurang 40 botol.


Nilah dia budak bertuah, my lovely Humaira



Note: Kena berusaha keras untuk kerap pump lagi, bulan puasa x lama lagi. Semalam mummy puasa, bila pump x berapa lumayan...Think positif mummy..hehe

Thursday, July 2, 2009

Birthday present from my hubby

yuhuuu..saya dah dapat birthday present from my hubby sempena birthday 19 June hari tu...lewat sikit dapat present sebab on that time still dalam pantang...anyway thanks hubby...i like the present...mummy and Humaira luv u very much...


Birthday gift


Inilah hadiahnya, hand bag dan purse..same pattern..hehe

nuffnang

Related Posts with Thumbnails