Opah yang sangat saya sayangi telah menghadap penciptanya pada 23 January 2009 pukul 1.10 pagi. Beliau telah lama sakit, seingat saya pada tahun 2001 lebih kurang 8 tahun menaggung derita lumpuh separuh badan. Selepas hari raya Aidiladha, penyakitnya bertambah teruk.
Kami 5 beradik memang rapat dengan opah sebab dari kecil opah tinggal bersama kami dan secara tak langsung beliau telah menjaga kami. Sedih memang sedih, tapi setiap yang bermula pasti akan berakhir. Masih teringat2 kata kakak saya, Opah pergi untuk dikenang sampai bila2 kerana pada tarikh tersebut bersamaan dengan hari lahir kakak saya, Along.
Semakin kita menginjak usia bermakna sisa-sisa hidup kita semakin ke penghujung. Jadi gunakanlah masa-masa yang ada ini untuk kembali ke jalan yang benar supaya kehidupan kita ini lebih diberkati dan mendapat keberkatan di Sisi-Nya. Jangan suka mencipta alasan yang tidak pernah berakhir, tetapi jadikan alasan itu sebagai pedoman kepada hidup kita supaya kita lebih mengingatiNya pada setiap masa dan ketika. Al fatihah...
0 comments:
Post a Comment