My sweet story...

My sweet story...

Thursday, May 31, 2012

hadiah dari bff buku diari hamil

Hari ni sudah masuk 20 minggu kehamilan. Alhamdulillah sudah separuh perjalanan usia kandungan saya. Cuma kadang2 perasaan gusar tetap ada bila berlakunya bleeding(spotting).Terbaru hari Isnin baru2 ni, waktu magrib berlaku  bleeding. terus jumpa gynae, bila doc tanya byk ke bleeding, terus sebak....tiba2 je air mata laju mengalir. Tapi bila doc check semuanya ok, baby nampak sihat, kedudukan placenta baik. Doc check my private part guna alat mcm mulut itik..sakitnyer..,Doc kata takde apa2 masalah. tiada jangkitan kuman, tiada ketumbuhan dan pintu rahim pun masih tertutup. Doc bagi explanation, kemungkinan bila aktif, uri langgar dengan dinding rahim boleh menyebabkan bleeding. Doc bagi ubat duphaston untuk kuatkan rahim. HArap2 lepas ni takde berlaku bleeding dan baby junior sihat sempurna.. DAh tahu gender baby....hihi. Tak kisah ler boy or girl yg pentung sihat termasuk mak buyong. amin.

Sebenarnya nak story pasal hadiah dari bestfriend, Yanie sempena saya pregnant kali ni. Dah lama dapat present buku ni. Memang ada plan nk beli tapi Yani dah bagi present dulu. Masa dia kata nak bagi something sempena saya pregnant, perasaan saya memang kuat mengatakan dia nak bagi buku diari hamil. Bila saya dapat, ternyata telahan saya tepat . Memang ada chemistry. hihihi....Buku ni memang bagus, banyak panduan berguna disamping ada catatan diari setiap minggu.


Tuesday, May 22, 2012

Kek birthday lagi...

Hujung minggu lepas mertua datang Shah Alam siap bawa kek lagi. Humaira nampak kek dialah orang paling excited. Kek tu mertua beli sempena birthday 3 in 1.... daddy bulan April, Humaira bulan Mei dan mummy bulan June. Thanks ayah dengan emak atas pemberian kek tersebut. 

Humaira orang paling excited bila nampak kek...
Baca doa sebelum potong kek.
Sejak preggy ni, kalau mertua saya datang sini, MIL sibuk masakkan. Macam last week pagi lepas solat Subuh ingatkan nak masak nasi lemak, sekali pergi dapur semua dah tersedia. Thank you emak.. 



* Hari ni mummy puasa. Moga mampu bertahan, adik duduk diam2 dalam tummy yer.. Semoga kita dipertemukan  dengan bulan Ramadhan penuh keberkatan. Harap sangat Ramadhan ni saya dapat puasa penuh. Amin....

Monday, May 21, 2012

Selamat datang bulan Rejab

Tarikh bulan rejab 2012 jatuh pada hari Selasa bermula 1 Rejab. Jadi malam (Isnin) 21 Mei 2012 adalah malam 1 Rejab. Imam Syafiie rahimahullah berkata, ada 5 malam dalam setahun, Allah SWT bukakan pintu langit, salah satunya adalah malam 1 Rejab. Bulan Rejab dikenali sebagai bulan Istighfar.
Umum Islam digalakkan supaya berdoa Istighfar pada malam 1 Rejab. Mudah-mudahan Allah ampunkan dosa  dan juga makbulkan doa pada malam tersebut.
 


KELEBIHAN BULAN REJAB
Beberapa hadis lagi Rasulullah saw menunjukkan kelebihan bulan rejab:
1. Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab, nescaya Allah memuliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari Qiamat.
2. Bulan Rejab bulan Allah, bulan Sya’ban bulanku, dan bulan Ramadhan bulan umatku.
3. Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.
4. Puasa sehari dalam bulan Rejab mendapat syurga yang tertinggi (Firdaus). Puasa dua hari dilipatgandakan pahalanya.
5. Puasa 3 hari pada bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangnya ke neraka (panjangnya setahun perjalanan).
6. Puasa 7 hari pada bulan Rejab, ditutup daripadanya 7 pintu neraka.
7. Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga, dan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah dalam syurga.
8. Kelebihan bulan Rejab dari segala bulan ialah seperti kelebihan Al-Quran ke atas semua kalam (perkataan).
9. Puasa sehari dalam bulan Rejab seumpama puasa empat puluh tahun dan diberi minum air dari syurga.
10. Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada-Nya. Puasa dalam bulan Rejab, wajib bagi yang berpuasa itu:
a. Diampunkan dosa-dosanya yang lalu.
b. Dipelihara Allah umurnya yang tinggal.
c. Terlepas daripada dahaga di akhirat.
11. Puasa pada awal Rejab, pertengahannya dan pada akhirnya, seperti puasa sebulan pahalanya.
 12. Siapa bersedekah dalam bulan Rejab, seperti bersedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya pada setiap helai bulu roma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjah, dihapus seribu kejahatan.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails