My sweet story...

My sweet story...

Tuesday, March 15, 2011

Kesan Gempa Di Jepun kepada Internet Kita

INTERNET SERVICES DISRUPTION

Telekom Malaysia Berhad (TM) wishes to inform our customers that TM and its consortium members have identified that the earthquake occurred in Japan earlier today has affected Japan – US Cable Network (JUCN) and Asia Pacific Cable Network 2 (APCN2) cable networks linking Malaysia to The United States of America (USA) and Hong Kong (HK).

Customers using Internet services nationwide may experience some degree of service degradation such as slow browsing and high latency while accessing international websites hosted in the USA, Europe and North Asia. Customers using Virtual Private Network (VPN) and other critical business applications linked to USA, Europe and North Asia may also experience some level of service degradation. Meanwhile, to alleviate the problem, the traffic has been diverted and managed effectively to ease the situation.

We will make further announcements on the progress of the restoration works and TM apologizes for any inconvenience caused by the disruption. We would like to assure our customers that all necessary measures is being taken to restore the services as soon as possible.

We wish to thank our customers for their understanding and patience during the affected period. Should you require any further assistance, please do not hesitate to email us at help@tm.com.my for TM fixed line and Streamyx customers and unifi@tm.com.my for UniFi customers.

Thank you.

Source : http://www.tm.com.my/about-tm/media-centre/announcements/Pages/INTERNETSERVICESDISRUPTIONEARTHQUAKEJAPAN11MAR11.aspx

Monday, March 14, 2011

Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012

Sumber dari Mstar online

PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.

Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.

"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".

Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.

Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,

Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.

Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.

"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.

Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.

Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.

Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.

Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.




* Rasanya ramai yang dah tukar ke BPA free.

Friday, March 11, 2011

Bila mood rajin...

Bantal sofa L shape dah lembik, bila mood rajin datang bukan senang nak tengok acik nieda buat kerja ni misi memasukkan kekabu dalam bantal sofa. kasi dia gomuks dan sodap untuk landing. Actually nak cari polyester tapi tak jumpa. Kebetulan dekat jalan puncak ada orang jual bantal dan kekabu haruslah beli. Sekilo RM15. Lepas ni kalau mood rajin datang lagi nak masukkan kekabu dalam bantal pula. Bantal pun sudah lembik.

Masa masukkan kekabu teringat dekat arwah opah, dulu setiap kali bantal cucu- cucu dia lembik pasti dia akan masukkan kekabu. Rindu saat tu. Bukan senang tau nak masukkan kekabu, orang macam saya yang mudah semput kena pakai face mask. Kekabu ni ringan senang berterbangan.

Hampir separuh dah guna untuk sebiji bantal sofa L Shape


Taraa...dah gemuk. Baru best nak landing


Sebelah kiri belum letak kekabu lagi..Lembik tak bermaya..hik hik

nuffnang

Related Posts with Thumbnails