My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, June 16, 2010

Preparation for birthday girl, Humaira

Hari Sabtu, 12 June sambut birthday Humaira yang setahun. Buat kecil-kecilan. Atuk Humaira (Embah) yang baca doa selamat dan tahlil. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Terima kasih dekat Opah, Atuk, makcik dan pakcik Humaira yang membantu dalam persiapan ini. Layan gambar persiapan untuk birthday girl ni.Nanti mummy upload gambar sekitar majlis ok...

Maklong siap panjat tangga gantung HAPPY BIRTHDAY


Maklong buat decoration last minute..sayang Maklong


Semput nak tiup belon gantung keliling ruang tamu..


Untuk diletakkan dalam goodies bag


Goodies bag disebalik lori hadiah dari Pakcik Humaira


persiapan terakhir..


DAN Menunggu ketibaan tetamu


Tok dan Embah Humaira..


Mummy dan Humaira..

Tuesday, June 15, 2010

streamyx dah ok,

Hari ni baru ok line internet setelah beberapa hari asyik down jer..entry sebelum ni banyak yang auto publish..Weekend yang sangat best. Sempat celebrate birthday Humaira dekat kampung mummy. Nanti mummy upload gambar k..Layan gambar sicomel humaira



Monday, June 14, 2010

Tempoh penyimpanan susu ibu

Ada yang bertanya dekat mummy tempoh penyimpana susu ibu. Sebenarnya mummy dah lama tak buat stok EBM, kadang-kadang bila ada kawan yang tanya, ambil masa nak jawab. Dah lama tak praktis memang mummy lupa. Jadi mummy tulis di blog untuk rujukan di masa akan datang.

Sebelum tu, kita tengok dulu definisi yang biasa kita dengar.

EBM = Expressed Breast Milk.
Fresh EBM = Susu yg baru diperah
Chilled EBM = Susu dah diperah, masuk dlm fridge bhgn sejuk (bukan beku)
Frozen EBM = Susu yg simpan dlm tempat beku.

Kalau kita cari maklumat tentang penyimpanan susu mungkin ada tempoh penyimpanan yang berbeza-beza. Kena tengok juga ketahanan perut baby kita.

Fresh EBM
Suhu bilik (25-37'C) - 4 jam
Aircond (15-25'C) - 8 jam

Chilled EBM
Some say tahan dlm 2-3 days (48 hours – 72 hours)
Some say tahan dlm 4-5 days
Some say it depends on tahap kesejukan fridge (mummy pilih 2-3 hari, kalau rasa taknak guna dalam masa terdekat, lebih baik pindahkan ke bahagian sejuk beku)

Note : Chilled EBM akan terbahagi kepada 2 lapisan. atas bahagian lemak, bawah lapisan air.. Itu adalah normal, bila panaskan susu kita perlu goncangkan supaya lapisan tersebut bersatu.


Frozen EBM
Fridge 1 pintu : tahan sehingga 2minggu
Fridge 2 pintu : tahan sehingga 3 bulan
Deep freezer : tahan sehingga 6 bulan (ada yg mummy baca setahun tapi untuk selamat better 6 bulan shj)


*Susu beku yang dicairkan mestilah digunakan dalam masa 24 jam (setelah dicairkan tidak boleh dibekukan semula)

nuffnang

Related Posts with Thumbnails