My sweet story...

My sweet story...

Monday, June 16, 2014

Kenduri rumah mertua

Hari Sabtu lepas ada majlis kenduri doa selamat di rumah mertua. Semua masak sendiri. MIL saya mmg cekap kerja masak2 ni dan juga dibantu dgn 2 orang adiknya. Tak tidur malam untuk masak2 ni. Alhamdulillah mereka masih lagi diberikan kesihatan yg baik. 

Food mmg variety. Main food nasi beriani, ayam sambal, daging beriyani, acar buah, sayur nenas, ulam2 dan sambal belacan. Nasi impit, kuah kacang dan juga kuah lodeh turut disediakan. Roti boom, kuah kari dan sambal pun ada. 

Dessert mmg banyak. Ada rojak buah, donut, kuih muih dan kek. Cendol pun ada. Kids mmg tertumpu bahagian coklat fountain. Boleh celup dgn buah2an, biskut jejari dan juga marshmallow. 

Coklat fountain
Get ready menanti tetamu...food letak kt tempat parking kereta
Kuih muih
Konon2 tuan blog bakar roti boom. Makan panas2 sodap cicah dengan kari dan sambal bilis, my kids pun tumpang sekaki
Petang tu tetiba MIL order kek untuk kami anak beranak sempena birthday bulan April, May dan Jun. Tq emak dan ayah.
Kek Flavor coklat, strawberry and vanilla. Sedapp..

Thursday, June 12, 2014

Random photo: entry makan- makan

Cuti sekolah ni kerja saya asyik memasak di dapur je demi memenuhi permintaan Humaira yang macam2 nak makan. Next week dah start tadika. Kadang2 pening juga nak sediakan breakfast.Lagi2 bento. Anak dara saya ni lagi prefer mummy sediakan bento walaupun cikgu ada sediakan makanan tetap nak air tangan mumy juga.

Random photo kali ni semuanya bertemakan food...

Buatkan fruit tart demi memenuhi permintaan seorang rakan yang teringin sangat nak makan sejak preggy. Now anak dia dah 2 bulan lebih baru dapat merasa.
Blueberry cheese tart yang tunggu giliran masuk oven. hikk
Karipap...my favorite
Pancake favorite my kids..
Melayan Humaira baking rainbow cookies
Talam marble dan onde2 ni buat untuk potluck officemate daddy
Kids sibuk nak edible image frozen. Nak buat cupcakes malas so kita buat coklat lolipop sudah..
Bila mood malas nak masak, burgerlah penyelamatnya. Suka letak salad banyak2..
Puteri ayu ni favorite Humaira..
Pop cake..Senang je buat ni. Kalau ada lebihan kek boleh cuba buat pop cake. Resepi boleh google kat internet, mmg byk. Gerenti jadi punyalah..
Grilled chicken chop. Sama macam kedai tak? hehe..
Bihun sup untuk kids...

Percubaan membuat black and whire rusian cake..Tak kemas langsung. Yang penting rasa tip top..




Gambar kat bawah ni pula sempat juga saya ambil order dari kenalan. So sesiapa yang nak order boleh komen kat bawah ya..COD area shah alam.

Apam polkadot
 
Coklat lolipop
Crunchy Almond..Sedap tak sedar habis sebalang. Heheh..
Mini pretzel. Sau botol ada 35pcs RM12.00

Tuesday, June 10, 2014

Happy belated birthday Aura


happy 1st birthday Aura. hujung bulan 5 dapat invitation dari Angie untuk celebrate birthday Aura di A&W Batu 3 Shah Alam. Angie ni kawan sekolah masa di Teknik Nibong Tebal dulu. Dah lama tak jumpa, so sekali jumpa mmg excited.

Untuk Aura...selamat hari lahir..semoga berjaya dunia akhirat.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails