My sweet story...

My sweet story...

Monday, June 9, 2014

Bermalam di Inap Desa

Inap Desa, begitulah perkataan sebenar Homestay di dalam Bahasa Melayu. Sebenarnya konsep Inap Desa ini sejak beberapa tahun kebelakangan semakin popular. Saya kenal ada seorang rakan yang ingin membeli rumah ratusan ribu di satu prime location dan ingin menjadikannya sebagai Homestay atau Inap Desa dan sudah tentu lokasi yang dipilihnya itu bukan desa tetapi di kawasan bandar menjadikan perkataan Homestay lebih relevan baginya.
Berbalik kepada kisah Inap Desa, baru-baru ini saya berpeluang menginap di Inap Desa. Percaya atau tidak. ini merupakan kali pertama saya sekeluarga meginap di Inap Desa. Sebelum ini hotel atau chalet menjadi pilihan kami.
Inap Desa ini terletak di Simpang Pulai, Perak dan tidak terletak jauh dari persimpangan ke Cameron Highlands. Saya anggarkan jarak lebih kurang 3 KM ke persimpangan menuju Cameron. 
Inap Desa ini merupakan banglo setingkat berhadapan dengan sekolah dan terletak di kawasan perumahan lot. Jiran-jiran dan surau juga berdekatan. Kawasan kedai terletak tidak sampai 1 KM dari rumah tersebut. Jika naik kereta atau motosikal ke kedai, tidak sampai 5 minit tetapi jika jalan kaki, mungkin sekitar 15 minit. Terdapat pasar malam di kawasan kedai tersebut pada malam minggu.
Inap Desa ini mempunyai 3 bilik tidur di mana bilik utama mempunyai penghawa dingin jenis Carrier dan bilik airnya sendiri. Sementara 2 bilik air terdapat di bahagian dapur. Dapurnya besar dan mempunyai kelengkapan dapur gas, peti ais, cerek elektrik, mesin basuh dan perlatan membuat air. Gelas-gelas, pinggan mangkuk juga disediakan. Apa yang menarik ialah ruang tamu nya yang besar, saya kira 5 orang boleh tidur di ruang tamu. TV juga disediakan walaupun tiada kemudahan Astro tetapi siaran FTA amat bagus penerimaannya. 

Ruang tamu yang besar

Ruang menonton televisyen.

Dapur yang luas..Kemudahan asas untuk memasak semua ada

Bilik utama. Dah siap2 bentang comforter untuk anak bujang saya

Mesin basuh turut disediakan. Sempat juga saya membasuh pakaian

Bilik ketiga terletak berhampiran dapur. Bentuk dan size bilik kedua lebih kurang bilik ketiga

Untuk tempahan sila hubungi name card di atas
Dari segi harga, not bad for this big homestay, kira-kira RM2++ satu malam. Sebenarnya saya tak berapa pasti kerana ibu saya yang booking untuk penginapan saya sekeluarga dan kedua ibubapa mertua saya. Yang pasti ayah dan mak mertua saya suka dengan konsep inap desa ini. Sesuai untuk yang travel dua keluarga ke atas.

Monday, May 26, 2014

Selamat Pengantin Baru buat adik saya..Hanif dan Teh Khodijah

Selamat Pengantin Baru buat Anip dan isteri. Semoga berbahagia dan gembira melayari alam perkahwinan hingga ke akhir hayat. Anip ni adik kedua saya. Majlis akad nikah pada 23 May Jumaat pukul 9.00 pagi. Tak sempat nak attend sebab kakak Humaira masih sekolah. Majlis sebelah perempuan pada 24 May dan majlis sebelah lelaki pada 25 May. Pasangan anip pun rumah dekat2 situ juga.

Majlis dari pihak pengantin lelaki berlangsung di Dewan Kemas Gopeng, manakala pasangan Anip buat di rumah mereka di Kg Tualang Tujuh. Layan gambar2 sekitar majlis perkahwinan. Belah lelaki tema merah hitam manakala belah perempuan biru purple

Majlis akad nikah cilok dari fb Hanif

Pelamin bertemakan hitam merah putih




Anak bujang saya sepanjang majlis nak berdukung je.

Adik first saya, masih bujang trang tang tang. heheh

Family potrait, Kakak saya tgh preggy. Insyaallah bulan Oct ni Firaas ada geng boboy.

Sekitar majlis sebelah perempuan pula..
Perantin lelaki baru sampai...



My family

Hubby kecik mummy..kekeke

Tuesday, May 20, 2014

Happy belated birthday Humaira

10Mei lepas genap usia Humaira 5 tahun. Just celebrate kecil-kecilan kat tadika.  Mummy sediakan goodies bag dan kek untuk bagi dekat kawan2 tadika. Kebetulan celebrate birthday Humaira jatuh pada hari guru, so untuk cikgu mummy sediakan coklat.

Hadiah pula dah lama dia aim nak little pony. Masa kecik dulu suka sangat dgn pet shop. Skrg ni dah berubah plak. Misi mencari hadiah di Toy r us Empire Subang. Dengan adik sekali paw mummy..sekali sekala bolehla layan...

Untuk Humaira...Selamat Hari Lahir sayang... Semoga kakak diberikan kesihatan yang baik...berjaya dunia akhirat. Amin.

nuffnang

Related Posts with Thumbnails