My sweet story...

My sweet story...

Friday, July 5, 2013

M Suite hotel Johor Bharu

Lepas habis shopping di JPO kiteorang check in di M Suite Hotel. Hotel ni terletak di kawasan Danga Bay. Pilih M Suite hotel sebab kedudukan di tengah2 antara JPO dan Puteri Harbour Family Theme Park. Plus masa search di internet tengok swimmimg pool menarik. Anak dara saya kalau tidur hotel for sure nak mandi pool. Bath tab dia tak heran sangat sebab rumah Embah dia ada bath tab. Kiteorang menginap 3 hari 2 malam. Lebih kurang pukul 8 malam baru check in.

Bilik sangatlah luas. Cuma perabot agak old school sikit. Tak silap saya hotel ni tahun 2003. Firaas memang excited explore sana sini.

M Suite hotel. Gambar dari internert

King size

Bath room

Siap ada kitchen kabinet dan dapur untuk memasak

Ruang TV. See... perabot lama

Swiming pool. Humaira tak mandi pun. Dia fobia. Masa mandi pool di Felda Residence Tanjung Lemas dia jatuh terus takmo mandi pool dah. Haha


* Esoknya kami ke Hello Kitty town. Next week ya up entry..

Wednesday, July 3, 2013

Shopping di JPO (Johor Premium Outlet)

Dari Felda Residence Tanjung leman konvoi vios mula berpecah. Ada yang terus balik Selangor, ada yang sambung cuti ke Melaka. Konvoi ke JPO hanya 7 buah kereta je. Hampir pukul 4.00 petang baru sampai JPO. JPO ni merupakan satu hub membeli belah barangan berjenama dari dalam dan luar negara yang dikatakan agak murah berbanding dengan shopping mall. Untuk maklumat boleh tengok website JPO. Ramai yang review kata memang murah tapi barang agak outdated. Entahler, saya jarang survey barangan branded ni. Huhu...

Tempat menarik, parking pun besar. Ada ATM macheine, baby room, playground, food court. Agak kecewa masa kami pergi dalam kawasan food court banyak sangat lalat. Ada tampal notice, management minta maaf dan sedang berusaha untuk mengatasi masalah lalat. Yelah tempat cantik, tentunya menjadi tarikan utama pelancong.Harap masalah lalat dapat diatasi dengan segera.

JPO merupakan yang pertama di bina di Asean, yamg mana ia merupakan model yang sama seperti 69 premium outlet yang terdapat di seluruh negara. Ada di US, Japan, Korea, Mexico etc.  Terdapat lebih dari 80 stores seperti Coach, Bonia, Guess, Nike, Padini, Royal Selangor, Clarks, Levis, Poney, Fossil. Versace dll yang menawarkan diskaun sekitar 25% - 65%.

Lebih kurang 3 jam window shopping di JPO. Lagi lama kat sana, lagi laju duit keluar. Huhu...Lagipun nak check in hotel lagi. So kita  berbelanja secara berhemah.

Akhirnya sampai juga di JPO

Butik Coach menjadi tumpuan, Ramai orang beratur untuk masuk. Cantik design bag, yang saya berkenan RM2k.. Fuhhh xdo budget...


Hasil rembatan...gomuknya mokcik nieda..

Overall, bagi saya oklah. Murah juga. Husband saya beli perfume, kalau di shopping mall dalam RM200++, dekat JPO boleh dapat dalam RM100++. Levis pun murah jugak, price dalam rm300++ boleh dapat dalam rm100++. Sales Bonia pun menarik. Cotton on pun reasonable. Untuk pakaian anak2 saya beli di Padini, T shirt ada yang below rm10.

Seterusnya kami check in di M Suite hotel. Sampai lebih kurang pukul 8.00 malam. Nanti i update k..

Monday, July 1, 2013

Trip ke Felda Residence Tanjung Leman

Jom kita mulakan jelajah ke selatan tanah air. Trip ni adalah acara tahunan kelab kereta vios 07. Tahun ni buat Annual Dinner di Selatan. Ada yang konvoi Jumaat malam Sabtu yang berada di KL/ Selangor. Macam kiteorang ikut konvoi pagi. Pukul 8.30 pagi dah gerak dari rumah mertua di Muar. Berkumpul di RnR Pagoh. Konvoi pagi tu adalah dalam 7 biji kereta.

Berbelah bagi sebenarnya masa nak join trip ni. Annual ni pada 22 June, time tu dekat Selatan jerebu sangatlah teruk. Tapi memandangkan trip ni dah lama plan, kita teruskan juga.  Asalnya pada 5 Mei tapi time tu pula ada pilihanraya so postpone pada 22 June. Ramai juga yang join, semua sekali ada dalam 85 biji kereta termasuk bahagian central, selatan dan timur. Cuma bahagian utara je yang tak follow, maybe faktor jarak yang sangat jauh. 

Kami check in dalam pukul 2.00 pm. Felda Residence ni lokasi agak ke dalam juga. Dari jalan besar adalah dalam 30km nak masuk ke dalam. Kena lalu Felda Tenggaroh. Anak dara saya si Humaira ni excited bila dah sampai hotel nampak pool betul2 depan bilik. Rehat2 sekejap, petang tu Humaira dah ajak mandi pool. Firaas pun kemain excited lagi. Takde gambar 2 beradik ni mandi pool sebab petang tu daddy ada aktiviti bersama kelab kereta.

Banner annual dinner kelab vios 07

Kami dapat katil single 2 buah. No hal, kita rapatkan.

View dari depan bilik               

Malam tu daddy ada dinner bersama kelab kereta. Saya dan anak2 tak join pun. Anak2 dah tidur. Kesian dorang penat. Esoknya memang akan banyak berjalan. So kita bagi diaorang charge battery dulu. Nak travel ni mood anak2 kena jaga skit, nanti emaknya yang hot kalau anak2 meragam. Hehehe..

Lepas breakfast esoknya, jalan2 sekeliling hotel, bawa dorang tengok pantai. Ini bodak belum mandi lagi. 



Daddy dan Firaas melihat keindahan pantai. Ecece skemanya ayat
Matahari yang tak berapa kelihatan disebabkan oleh jerebu oh jerebu..
Deretan kereta vios. Baru perasan kebanyakannya warna putih.


Pukul 12 tghari esoknya kami check out. Acara tangkap gambar semua dalam pukul 2 ptg baru gerak. Bye2 Felda Residence Tanjung Leman. Insyaallah ada rezeki kami datang lagi. Trip seterusnya ke JPO..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails