My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, June 5, 2013

Indoor playground di AEON Station 18 Ipoh

Aktiviti wajib bila balik kampung...Humaira balik rumah opah mesti request nak main playground. Lama juga spenda main dalam tu. Takmo cakap banyak, sebab gambar pun dah basi. hampir sebulan sudah. Kekeke..

Sebelum masuk playground nampak maskot...Jom tangkap gambar dulu.

Firaas pun excited nak main.

Si kecik ni habis dia merayau dalam ni. Happy kemain lagi..

Maira dan Khaira paling lama kat slide ni..



Kah kah kah..Sebiji roti gedabak ni si Khaira makan..



Thursday, May 30, 2013

Random photo

Morning peeps...Khamis mohler layan random photo. Takmo cakap banyak2..

3 orang budak tecik, buat masa ni, inilah cucu emak saya. Akan datang pasti bertambah. Hehe

Baru habis mengundi. Pakciknya kata, 2 orang budak ni pengundi hantu. hahaha..

Gambar 2-3 hari lepas masa beli telur gred AA. Sebiji telur ada 2 kuning.   
Cuaca panas sekarang ni, sedap dapat pekena air cincau. Mudah dengan adanya serbuk cincau. Masa masak just tambah gula dan air.
Meatball jenama Ramly. Sedap juga. Sos tercair plak. Sos semuanya instant.
.


Tuesday, May 28, 2013

Busy...

Halluuu halluuuu..lama tidak bersiaran. Rindu pada blog yang semakin bersawang ni. Ececeh.. Busylah sangat menguruskan rumah tangga terutama si kecik yang semakin lasak. alasan... Semua benda nak dikerjakan. Sejak dah expert meniarap dan mengesot ni, habis tunggang langgang isi rumah. Mummy dia bila dah malam memang lembik habis, tak sempat langsung nak update blog. Huhu tapi tak juga kurussss. Bila dah merangkak nanti banyak benda kena alert. So start dari sekarang, mummy dah mula pasang strategi. Kekeke..

Firaas dah mula pandai buka laci. Eiii risau je jari mulus awak tersepit. Jom kita pasang baby safety locked. Frust muka si kenit ni bila tak dapat buka laci lagi.

Suka juga main suis. Ketup ketap Firaas ni tekan suis. So kena tutup lah.

Yang bagusnya, kakak selalu monitor adik. Sayang kakak dekat adik tau..

Setelah bertahun tidak menggunakan khidmat safety gate, kali ni kena gunakan semula. Safety gate ni pasang laluan ke dapur.
Tak dapat buka gate, dapat jilat pun jadilah yer dik??Semua benda nak masuk mulut..


 Bagi duduk kat walker, lagilah dia suka. Senang nak mencapai semua benda. So NO WALKER kalau takder orang monitor.
Mummy tak kisah Firaas nak melasak, itu tandanya anak mummy sihat, nak explore dunia baru. Mummy lagi susah hati andai anak mummy sakit. Semoga anak2 mummy terus diberikan kesihatan yang baik. Amin...

nuffnang

Related Posts with Thumbnails