My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, March 13, 2013

Happy 5 months old Firaas

Semalam 12 Mac genap usia Firaas 5 bulan. Setahun pertama ni seronok tengok milestones baby, progress mereka cepat. Dari meniarap, merangkak, tumbuh gigi,  bertatih dan berjalan semuanya berlaku dalam tempoh setahun pertama usia baby.

  • Anak boboi memang lasak, lain benar dengan perangai kakak dia. Gigi bawah dan tumbuh, tajam.. Bakal menjelma sebatang lagi kat bawah. Dah nampak putih je kat gusi. Part ni mummy tak suka. Berharap sangat tumbuh gigi lambat, nampak gayanya kena redha lah bila usia 5 bulan dan tumbuh gigi. Bukan apa, sekali dia gigit breast hadoiii..rasa nak lempang aje. Hahaha nasib baik kecik, tak tau apa2 lagi.
  • Bab meniarap dah expert. Berguling2 ke sana sini. Selalunya bila Firaas, tidur sedar2 dah ada kat kaki mummy.
  • Suka sangat hisap jari. Sehingga kini tangan daddy aje dia tak berjaya hisap lagi. Hahah muka tak puas hati. Kalau dengan kakak dia jangan ceritalah, kaki kakak Humaira pun dia hisap. Yang ni memang hangin sikit. Yang kakaknya diam aje. 

Gambar budak 5 bulan. Pagi tadi snap..Masa ni belum mandi lagi


Lepas mandi. Peel sama macam pakcik Firaas, tidur mesti masuk ibu jari dalam mulut. 


Budak bam bam ni belum cucuk lagi. Berapa kg lah berat dia sekarang. Dah lah susah nak duduk dalam stroller apatah lagi baby carier. Rasa nak tercabut bahu bila dukung ini bodak..

Friday, March 8, 2013

Selamat Pengantin Baru Zana & Amir

Selamat Pengantin Baru dan tahniah buat BFF, Zana dan pasangannya Amir. Semoga gembira melayari hidup berumah tanggan hingga akhir hayat. Zana di kawan baik masa di sekolah teknik dulu..Majlis berlangsung pada 2 Mac lalu di Bidor Perak.


Alamak...bam bam nyer tuan blog ni..

Thursday, March 7, 2013

Kerana seekor lipas..

Kerana seekor lipas dalam kitchen kabinet aku jadi penat. Penat apa???Penat kena basuh balik semua barang2 dalam kabinet, mop lantai bagai. Sehari suntuk hokey nak mengemas semua barang2 tu.

Alkisahnya sebelum cuti CNY, buka kabinet dapur, terpandang seekor lipas. Huwaa dah cuak. Nampak nor penakut lipas. Kakak aku memang selalu mengata, harap je badan besar, lipas kecik pun penakut. Dalam banyak2 binatang, aku paling takut dengan lipas. Tikus or cicak takpe lagi. Sama juga lah dengan my husband. Cuma dia idakler takut melampau macam aku, husband geli sajork. Huhu pecah rahsia.

Sejak tau ada penghuni lain dalam kitchen kabinet, tak buka dah. So cik abang saya terpaksalah beli perangkap lipas. Kalau nak sembur racun lipas, penuh pinggan mangkuk dalam tu. Pasang perangkap tu sebelum balik kampung..

Bila dah balik Shah Alam, benda pertama yang cik abang i tengok mestilah dalam kitchen kabinet. Apa jadi..


Jeng..jeng..jeng..

*









*









*








*









*








*


Nampak tak dalam circle tu? masa tu lipas ni hidup lagi. tengah berusaha untuk melepaskan diri dari gam. Kami pun biarkan ajelah dengan harapan lama2 nanti dia akan mati..
Tapi ada tapinya...............


Esok pagi aku check, sudah hilang.. nan hado hokey. Huwaaa berjaya juga lipas ni melarikan diri. Bila bagi tau dekat cik abang i, mulalah dia hangin. ni lah namanya kerana seekor lipas..kami laki bini bergaduh. Sentap mak sekejap bila laki marah2 i. Mulalah bising2..masa nak pasang kitchen kabinet husband memang menentang..sebabnya masalah lipas ni.

Laki aku ni dah mula hot. Siap kau lipasss..selagi tak jumpa selagi tu lah laki aku cari sampai lubang cacing. Akhirnya jumpa juga..Habis kena lenyek lipas tu. Haha.. Lipas tu melarikan diri dalam drawer. Maybe drawer ada terbuka sikit.

Akhirnya dapur dah jadi tongkang pecah. Biasalah bab mengemas bini dia plak take over. Penat woo kena basuh balik semua perkakas dan mop lantai.

Selama ni kiteorang memang jaga tempat2 yang ada potensi lipas membiak. Tapi ada juga yang terlepas pandang. Rupa2nya, ada satu lubang bawah drawer tempat lipas membiak. Sebelum ni lubang tu memang tertutup, tapi ada sekali sinki sumbat, terpaksa buka lubang tu. lupa nak tutup balik. Ini lah padahnya. Sekali sembur cockroach spray..amik kaw, banyak giler anak lipas mati.

Untuk yang penakut lipas, spray ni memang kena sentiasa ada. Hehe



nuffnang

Related Posts with Thumbnails