Lepas balik Ipoh sempena CNY tempohari, kiteorang gerak balik Muar pula. Tak plan nak balik Muar tapi bila dapat tau bapa saudara husband sakit terus balik sana. Sempat jugalah hubby settle kan urusan tanah.
Setiap kali nak balik Shah Alam pasti MIL akan bekalkan makanan. Selalunya MILakan bekalkan lauk pauk tapi kali ni tak sempat dia nak masak. Siang tu kiteorang pergi jalan2 di Tangkak. Petang tu sempat lagi emak buatkan roti jala sebelum balik. Banyak betul bekalan untuk kami.. Jom tengok apa yang emak bekalkan..
 |
| Jeli kelapa, Humaira paling suka. Yang ni mummy jadi tukang masak. Bahan2 semua emak yang sediakan. Cucu kesayanganlah katakan... sanggup Embahnya pergi kebun cari kelapa muda. |
 |
| Roti jala. Saya belajar menjala roti dari MIL. Sekarang ni dah terror menjala hokey.. |
 |
| Belacan ni kawan emak mertua bagi. Home made tau. Saya suka sebab langsung takde bau busuk. Selalunya kalau belacan beli mesti ada bau |
 |
| Kuah rojak, kacang tabur dan bijan. Yang ni emak buat. Sedappp. masih banyak lagi dalam fridge. Tukang makan saya sorang je |
 |
| Roti canai pun buat sendiri. Sama macam kedai punya. Termasuk kuah Dhal dan sambal bilis. |
 |
| Apa nama kuih ni??kuih simpul ek..Yang ni pun bekalan dari emak. |
|
|
Bilalah saya nak jadi serajin emak. Bak kata ayah mertua saya, emak ko ni mmg minat masak. Cakap aje apa nak makan mesti dia masakkan. Ayah saya kata hobi emak saya pertama berkebun, kedua memasak, ketiga menjahit. Kadang2 bila tengok emak berkebun saya yang penat. Sebab tu walaupun dah umur 60 an alhamdulillah masih sihat dan cergas. Serba serbi pandai, menantu dia aje kayu. Huhu...