My sweet story...

My sweet story...

Saturday, February 12, 2011

Selamat tinggal streamyx

Banyak jasa streamyx kepada saya. Mula guna streamyx since 2007. Minggu lepas saya sudah isi form untuk terminate perkhidmatan streamyx. Ambil masa 7 hingga 14 hari untuk tamatkan talian streamyx. So far sehingga hari ini masih ada lagi connection. Kalau tetiba putus terpaksalah guna maxis broadband. Saya agak kurang gemar menggunakan maxis broadband sebab slow terutama waktu malam. Jumaat minggu depan Insyaallah saya akan pasang unifi. Hopefully unifi much much more better than streamyx. Memandangkan husband saya tengah sambung study, dia memerlukan connection internet yang agak laju.

Bye bye streamyx, jasamu akan dikenang. So far saya cukup berpuas hati dengan perkhidmatan streamyx..

Friday, February 11, 2011

Giveaway dari Kuching Sarawak

*STICKY POST UNTIL 11 FEB 2011*
NEW ENTRY PLEASE SCROLL DOWN



Giveaway berupa fridge magnet dari Kuching Sarawak. Syarat, sangat mudah:
  1. Terbuka kepada yang ada blog sahaja
  2. Tinggalkan nama dan url blog anda. Tak perlu buat entry. Kalau nak buat dialu2kan.hehe..
  3. Terbuka kepada mereka yang beralamat di Malaysia shj. Yang duduk oversea kalau menang silalah bagi address di Malaysia. Orang Sarawak tak payah join. Boleh beli je dekat sana. Kasi peluang pada yang lain.
Mudah kan!! Tempoh dari sekarang sehingga Jumaat, 11 Feb 2011 jam 5.00 petang. Cabutan bertuah akan di cabut oleh si manis Humaira.

Hobi mengumpul duit lama

Saya tertarik melihat koleksi duit lama kawan kepada adik saya, Fazly namanya. Kebetulan masa kenduri di Ipoh Fazli turut serta. So sempatlah tengok koleksi peribadi duit lama dia. Start mengumpul duit lama sejak dari darjah dua. Jom terjah blog Fazly DI SINI, dan Fazly tengah buat contest. Hadiah sangat menarik.

Duit syiling RM0.50sen tahun 1969 untuk dijual

Bagi orang macam saya yang bukan pengumpul duit lama memang tidak tahu apa2.. Meh saya share sedikit info yang saya dapat dari MR google
  • Duit 50 sen tahun 1967, 1968 dan 1969 menjadi rebutan kerana diperbuat daripada Cooper-Nickel dengan seakan terbelah di bahagian tepi sama dengan duit 50sen Queen Elizabeth yang diguna pakai oleh Malaya sebelum ini. Duit ini memang amat jarang kita jumpa.
  • Duit 50 sen tahun 1969 keluarannya paling sedikit iaitu sebanyak 2,000,000 unit sahaja. (credit to radzami,blogspot)
  • Harga pasaran untuk duit 50 sen tahun 1969 boleh mencecahRM150.

Setiap koleksi duit syiling ini ada cerita tersendiri



Antara koleksi duit kertas



Koleksi duit RM50. Sekali tengok macam sama je, sebenarnya berbeza. Tandatangan gabenor bank ada yang di tepi dan tengah. rugi tak bawa SLR that why kualiti gambar kurang memuaskan


Duit kertas RM500 dan RM1k. Jarang jumpa


Duit rm50 no siri bermula dengan ZA. Jarang kita jumpa duit kertas yang bermula dengan huruf Z. No siri yang bermula dengan Z adalah replacement notes. Mr google sila beri jawapan apa itu replacement notes??. Hehe..

“Replacement Notes” atau “Wang Kertas Gantian”, Jawapannya adalah Wang kertas yang dkeluarkan untuk menggantikan wang kertas yang rosak atau tersalah cetak. Contoh kerosakan yang biasa berlaku diantaranya lebihan warna, kesilapan semasa memotong (potong senget atau terlebih potong), tiada siri nombor dan cetakan pada sebelah bahagian sahaja. Wang kertas yang rosak dan salah cetak tersebut akan dimusnahkan oleh bank pusat (Bank Negara Malaysia) dan akan digantikan dengan note/wang kertas baru yang diwakili oleh prefix atau siri nombor khas untuk menandakan ianya Wang Kertas Gantian. nilai Wang Kertas Gantian adalah tinggi bergantung kepada jumlah pengeluarannya. Seandainya semua Wang Kertas Gantian dapat dikumpul dengan lengkap bersama-sama dengan siri wang kertas biasa, ianya boleh dijual dengan harga yang begitu tinggi
(Credit to http://my-koleksi.blogspot.com/2008/11/replacement-notes.html)


Inilah tuan punya koleksi duit lama, Fazly

nuffnang

Related Posts with Thumbnails