My sweet story...

My sweet story...

Thursday, September 20, 2012

Makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika berpantang

Minggu ni usia kandungan sudah masuk 35 minggu. Ada lebih kurang 3 minggu lagi sebelum bersalin. Sebagai persediaan untuk berpantang, hasil carian di internet terjumpa senarai makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan ketika berpantang sebagai rujukan. 

Sebelum bersalin. nak minta tolong husband belikan keperluan makanan untuk orang berpantang dan juga resepi berpantang. Senang nanti, husband kata dia nak masakkan. Sejak saya ada masalah sikit masa trimester kedua hari tu, saya akui rupa2nya husband boleh juga di harap. Sepanjang saya sakit tempohari, dialah yang jaga Humaira dan jaga makan minum kami. I am so proud of you abang...
Baru saya tahu, orang Utara ada yang sampai setahun pantang makan laksa. Laksa boleh menyebabkan urat kembang. Huhu tak sanggup den. Saya takdelah strict sangat bab pantang ni.

Jadual Makanan Yang Boleh Dimakan dan Tidak Boleh Dimakan Semasa Pantang


BOLEH
TIDAK BOLEH

AYAM & DAGING



  • Burung puyuh
  • Burung merpati
  • ayam hitam
  • ayam didik
  • ayam selasih
  • ayam kampung
  • daging batang pinang

  • Ayam biasa (takut gatal)

IKAN

Penting:
Ikan berbisa jika dimakan oleh ibu-ibu dalam pantang boleh menyebabkan turun darah dan bentan

Ikan haruan menyembuhkan luka.
Ikan yu membanyakkan susu ibu
  • Ikan haruan
  • Ikan yu
  • Ikan selar
  • Ikan gelama
  • Ikan jenahak
  • Ikan merah
  • Ikan tenggiri
  • Ikan kurau
  • Ikan bawal putih
  • Ikan senangin
  • Ikan bilis
  • Ikan kering
  • Ikan masin
  • Ikan keli
  • Ikan bawal hitam
  • Ikan terubuk
  • Ikan duri
  • Ikan pari
  • Ikan sembilang
  • Ikan parang
  • ikan kembung
  • Ikan tamban
  • Ikan cencaru
  • Ikan tongkol
  • makanan laut
    • udang
    • sotong
    • kerang


ULAM ULAMAN

Ulam-ulaman ini mengandungi fiber, zat galian (mineral) dan pelbagai vitamin, termasuklah A, C dan E, bersifat anti oksidan.

Jantung pisang membanyakkan susu ibu

Ulam kunyit mengembalikan kecergasan badan dan
menyembuhkan luka dalaman

  • halia
  • Serai
  • Lengkuas
  • pucuk pegaga
  • pucuk mengkudu
  • pucuk ulam raja
  • lempuyang
  • jantung pisang rebus
  • daun atau ubi cekur
  • Bunga kantan
  • kunyit hidup
  • daun lemuni hitam
  • daun kaduk
  • daun sekentut
  • daun kesum
  • daun cemumar
  • daun pudina
  • daun kari
  • daun bebuas
  • daun ruku











Aik boleh ke makan bungan kantan???Emak saya kata tajam

SAYUR-SAYURAN /

Penting:
Mengambil sayur-sayuran  menjalar, sejuk serta berangin boleh menyebabkan ibu-ibu kembung dan sakit-sakit badan.

Lobak putih dan peria membanyakkan susu ibu

Peria memudahkan buang air besar, membantu membersih dan melancarkan peredaran
darah dalam tubuh.

  • Ubi kentang
  • Peria
  • Sawi
  • Lobak merah
  • Lobak putih


  • Ubi kayu
  • Kangkung
  • Petola
  • Terung
  • Cili
  • Timun
  • Tomato
  • Brokoli
  • Kubis
  • Seledri
  • Terung
  • Timun
  • sayur keladi
  • pucuk ubi
  • pucuk paku
  • bayam
  • sayur atau daun keti (bunga putih)
  • kacang panjang
  • kacang botol
  • labu
  • rebung
  • jeruk maman
  • petai
  • jering


BUAH-BUAHAN

Penting:
Makanan tersebut dilarang kerana dapat mengakibatkan sakit tulang dan sejuk otot serta lemah sendi. Penyakit-penyakit tersebut diketahui telah banyak berleluasa di barat dan dikenali sebagai artritis dan rheumatisme.
  • Buah anggur
  • Kurma
  • Oren
  • Epal merah
  • Strawberi
  • Peach
  • Prune
  • Kismis
  • Longan cina

  • Nenas
  • Limau
  • buah lai
  • tembikai susu
  • tembikai merah
  • tembikai cina
  • epal hijau
  • kiwi
  • buah pear
  • pisang
  • jambu
  • belimbing
  • durian belanda
  • mangga
  • betik
  • ciku
  • langsat
  • nangka
  • cempedak
  • pisang masak hijau
  • pisang nangka
  • pisang embun
  • pisang udang
  • ubi kayu
  • ubi keladi
  • sengkuang
  • manggis
  • macang
  • kuinin
  • binjai



LAIN-LAIN MAKANAN

Asam jawa membantu membuang air besar selain dari
menyegarkan tubuh badan 
  • Biskut
  • Roti
  • Nestum
  • Quaker Oat
  • Cornflakes
  • Masakan panggang
  • Masakan rebus
  • Masakan kukus
  • Masakan bakar
  • Masakan salai
  • Asam jawa
  • Asam keping
  • Tempe
  • Burger
  • Nugget
  • Sosej
  • Bihun
  • Mee
  • Kuey teow
  • Laksa
  • Telur
  • Semua jenis ubi
  • Semua jenis makanan laut
  • Masakan berminyak boleh tetapi sedikit/jarang-jarang


AIR

Penting:
Ibu-ibu tidak boleh minum minuman sejuk, tajam dan jus daripada buah-buahan yang dilarang

Air kunyit mengecutkan rahim dan mencuci darah.

Air rebusan pegaga ini membersihkan darah dalam tubuh ibu yang baru
melahirkan anak.
Manjakani berfungsi untuk mengering dan mengetatkan pangkal rahim.

Air jus halia kurma boleh membuang angin dalam badan dan menambah tenaga.

Air madu memanaskan badan.

  • air suam
  • air pati kunyit
  • jus pegaga
  • air halia
  • air kopi
  • air manjakani 
  • jus halia kurma
  • air madu
  • air ais
  • air sejuk
  • air bergas
  • air tebu
  • air cincau
  • air kelapa muda
  • air jus buah-buahan yang dilarang


Wednesday, September 19, 2012

Kek birthday untuk Mbah Humaira

Last week Mbah Humaira (panggilan orang jawa untuk atuk dan nenek) datang sini. Kebetulan dekat2 dengan birthday Mbah pada 17 Sept. Daddy ajak beli kek birthday pada Jumaat lepas. Mbah Humaira datang hari Sabtu. Humaira memang tak menyabar nak potong kek. Bila Mbah nya sampai hari Sabtu, terus nyanyi lagu Happy Birthday to you. Senyum aje Mbah. Lepas Magrib baru potong kek. 

Untuk ayah, Selamat Hari Lahir. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki. 

Tengoklah aksi budak teruja ni...

Humaira yang excited..

Kek Mbah

Baca doa dulu.

Nak potong kek sama2..

Saturday, September 15, 2012

Bila Humaira karoke

 Tajuk x hengat. Masa balik raya kt Muar, jalan2 di Giant. Daddy gian nak berkaroke plak. Layan kan aje. Rupanya Humaira pun sama naik. Pantang dapat microphone. Tak habis2 dengan lagu twinkle2 little star version Humaira. Daddy kata kalau mat salleh dengar masih boleh faham lagi lah. Hahaha..



Suara emas Humaira..

nuffnang

Related Posts with Thumbnails