My sweet story...

My sweet story...

Wednesday, July 18, 2012

Detail scan di usia 25 minggu

Minggu ni nak masuk 26 minggu sudah usia kandungan. Isnin lepas saya ada appointment dengan pakar sonografi untuk buat detail scan adik. Dokter pakar O&G sarankan agar saya buat detail scan disebabkan masalah bleeding. So melalui detail scan kita boleh mengetahui perkembangan baby secara 'mendalam' bukan setakat luaran sahaja tetapi ianya meliputi organ2 dan bahagian2 dalaman baby seperti otak, jantung, paru2, buah pinggang, tulang hidung, tulang belakang, mulut, genitalia dan sebagainya..so dari situ boleh dikesan samada normal atau tidak perkembangan baby kita..semuanya diambil ukuran untuk mengetahui status perkembangan baby kita..

Detail scan ni saya buat di UMRA Medical centre, memang dah biasa check up masa pregnant Humaira lagi. Harga pun reasonable. Untuk detailed scan ni  harga adalah RM120. Tempat lain saya survey kebanyakkannya RM200 dan ke atas. Kita akan dapat gambar dan cd semasa proses detail scan dan selepas itu baru jumpa pakar O&G. Alhamdulillah, dokter kata perkembangan adik semuanya nampak normal. Harap2 adik akan terus sihat dalam tummy. Kedudukan uri pun sudah jauh ke atas. 

Mummy letak gambar adik sebagai kenangan di masa akan datang. Ada banyak gambar adik tapi mummy letak 5 keping je. Kalau ikutkan detail scan adik besar seminggu dari usia kandungan. Masih normal. Ikut tarikh period adik bakal lahir pada 25 Oct ni tapi melalui detail scan tarikhnya 14 Oct. Kedudukan adik masih songsang, kaki di bawah dan kepala di atas. Dokter kata jangan risau, adik masih kecil lagi, ada banyak masa untuk adik pusing. Berat adik dalam 950gram

Ukuran kepala dan juga otak

Kalau tak silap mummy, yang warma merah tu aliran darah ke jantung. Doc kata jantung adik nampak normal

Tulang belakang           
Muka adik..Tangan adik dua2 kt kepala.. Tunjuk peace kt mummy ke dik?? Hehe  





 LAST BUT NOT LEAST JOM TENGOK GENDER ADIK.. HEHE..


 *



*



*



*



*




Nampak tak anak panah tu??? Its a boy. Hehe sorry dik, nanti mummy delete gambar ni. Ramai sangat request nak tau gender adik.

Apa itu detailed scan? (sumber di SINI)

Kebanyakkan wanita akan ditawarkan 'detailed scan' pada usia kandungan 20-24 minggu untuk memastikan samada bayi membesar secara normal atau tidak. Ia dipanggil detailed scan atau anomaly scan. Ia dibuat untuk mengesan sebarang ketidaknormalan pada bentuk fizikal bayi dan tumbesaran. Semasa lawatan peringkat awal kehamilan, doktor selalunya akan memberikan penerangan tentang tujuan dan faedah detailed scan ini, walaubagaimanapun, ia cuma satu pilihan dan bergantung kepada anda untuk menjalani ujian ini atau tidak.

Apakah kebaikan ‘detailed scan’ ini?

Detailed scan selalunya akan di buat oleh Pakar sonografi bertauliah dan mengambil masa 30-40 min. Dia akan menentukan usia kandungan dan membandingkan dengan usia bayi yang diukur. Jantung, tangan dan muka akan diimbas dan seterusnya organ-organ yang lebih kompleks seperti otak, buah pinggang , degup aliran jantung, lengan,jari, tulang belakang, perut, tali pusat, muka dan sebagainya akan dianalisa secara terperinci untuk memastikan ia dalam keadaan yang baik.
Pakar sonografi juga akan membuat ukuran kepala, tulang paha dan ukur lilit perut untuk memastikan tumbesaran bayi berada dalam kadar memuaskan.Keadaan dan lokasi uri juga akan ditentukan untuk mempastikan ia dalam kedudukan normal. Secara ringkasnya, detailed scan dibuat untuk mengesan sebarang kecacatan fizikal yang mungkin dialami oleh bayi yang dikandung.


Apakah ketidaknormalan yang boleh dikesan oleh 'detailed scan' ini?

Ketidaknormalan yang boleh kerap dikesan melalui detailed scan termasuklah:
  • Anencephaly ( tiada otak )
  • Exomphalos/gastroscisis – masalah perut
  • Spina bifida- masalah saraf tunjang
  • Diaphragmatic hernia
  • Hydrocephalus- air berlebihan dalam otak
  • Masalah buah pinggang
Dan lain-lain
Walaubagaimanapun, masih terdapat sedikit peluang yang bayi anda mungkin mengalami masalah walaupun semua nampak normal kerana ultrasounds juga mempunyai limitasinya yang tersendiri. Sebagainya contohnya, detailed scan sukar mengesan bayi ‘ Syndrome Down’ kerana ia melibatkan kecacatan kromosom bukannya fizikal bayi.

Bolehkan scan menentukan jantina anak saya?

Sepatutnya pada masa ini jantina bayi sudah dapat ditentukan dengan jelas.

Tuesday, July 17, 2012

Teringin makan...

Husband terpaksalah layan selera mak buyong ni. Huhu.. Teringin sangat nak makan rendang ayam TAPI nak ayam kampung. Dah merasa makan rendang ayam masa balik Ipoh  emak saya buatkan.  My mom punya rendang ayam memang TERBAIK.. Teringat2 sampai sekarang..  Bila balik Shah Alam teringin lagi nak makan rendang ayam. Paksa husband beli ayam kampung di Meru Klang. Kat Meru tu, bila kita order ayam kampung baru sembelih time tu juga, kena tunggu dalam setengah jam jugalah untuk proses buang semua bulu ayam. Takpe..Mak buyong sanggup tunggu. Hehe...

Raya tahun ni giliran balik Ipoh dulu, so dapatlah saya merasa makan rendang emak saya buat nanti.


Ayam yang telah disembelih, dimasukkan dalam air panas periuk besar tu untuk memudahkan proses cabut bulu ayam
Lepas tu baru masuk dalam mesin untuk proses buang bulu ayam


Tertarik tengok ayam ni...Ada 3 kaki


Balik tu terus masak rendang...Hehe dapat juga makan rendang ayam. Terlebih letak serbuk kunyit..

Teringin juga makan popia goreng. Buat sendiri lagi puas hati.
Popia sayur

Himemade sos bersama taburan bawang dan kacang goreng. Yummy


Lagi satu kalau pergi pasar malam TTDI Jaya mesti nak pekena rojak buah atau tauhu bakar pakcik pasar malam. Kuah rojak memang terbaik. Setiap kali pergi, gerai pakcik ni sentiasa ramai orang.

Last2 saya beli kuah rojak dan kacang goreng. Sonang boleh buat sendiri. Kuah rojak tu 1kg RM11, kacang tabur tu RM8.50..  


* Mak Buyong yang kuat makan. Hehe

Monday, July 16, 2012

Pembelian atas talian

Trend semasa sekarang ni ramai yang suka membeli- belah atas talian. Selain dari harga yang ditawarkan lebih murah dari kedai, kita tak perlu buang masa untuk mendapatkan barang tersebut. Just klik dan buat transaksi, barang tersebut akan sampai depan rumah dalam masa seminggu dua. Tidak dinafikan, peranan Internet dalam membentuk pilihan pengguna bersama iklan, mulut ke mulut, ‘window shopping’, pengalaman lalu dan jenama memberi impak kuat dalam menentukan kuasa pembeli. Saya pernah terbaca di dalam media massa, golongan yang paling ramai menggunakan perkhidmatan atas talian adalah pelajar. Wow hebat student zaman sekarang..

 Baru-baru ni husband saya sudah mula terjebak dengan aktiviti membeli belah atas talian. Sebelum ni, dialah orang pertama yang akan bangkang kalau saya nak beli barang online terutama kalau menggunakan online transaksi sepeti maybank2u. Kalau nak beli juga, saya terpaksa bank in di mesin ATM. Sampai macam tu sekali.. Huhu..Husband kata tak selamat, entahlah masa muda2 dulu dia kata ramai kawan dia hackers, senang je nak hack dan tau butir peribadi seseorang. Wallahualam... Macam husband pun, kalau nak buat online transaksi, mesti buat di rumah, takkan sesekali dia buat di Office. Husband kata kali terakhir dia beli sesuatu secara online ialah pada tahun 2001 ketika di UK. Husband beli buku dan CD Audio di Amazon.co.uk ketika itu, menggunakan kad debit NatWest. Entah kenapa ketika itu, dia kata hati ini amat mempercayai bahawa orang Barat tidak akan menipu. boleh pula macam tu, kalau nak menipu tak kira bangsa apa pun

Baru2 ni husband ada membeli T shirt dari US melaui e bay. Agak sukar sebenarnya dia nak mencari T Shirt besar yang mempunyai logo dan grafik yang unik di Malaysia. Mula2 saya bising juga, takut kena tipu. Bila dia explain dia menggunakan medium paypal dan hanya beli dengan trusted seller. PayPal adalah salah satu alat pembayaran menggunakan internet untuk membuat pembelian online atau menerima duit. PayPal banyak digunakan untuk urusan jual-beli dan dijamin selamat. Selamat yang dimaksudkan adalah tanpa perlu mendedahkan nombor kad kredit atau maklumat kewangan kita kepada penjual.

Beberapa kelebihan menggunakan PayPal (sumber DI SINI)
  1. Cepat - pembayaran dibuat serta-merta
  2. Privasi - PayPal tidak mendedahkan maklumat kewangan kepada penjual.
  3. Global - PayPal diterima hampir kesemua negara di dunia ini, ia juga boleh digunakan untuk membuat bayaran pada peringkat tempatan ataupun antarabangsa.
  4. Mudah - Menghantar wang / Membuat pembayaran dengan hanya berberapa klik sahaja.
  5. Dipercayai - Mengetuai dalam industi membasmi penipuan kad kredit dalam menjaga keselamatan data pelanggan.
  6. Keberkesanan - Ianya adalah percuma untuk menghantar wang, dan PayPal sesuai digunakan untuk pelbagai jenis perniagaan.

Husband beli di ebay pada 18 Jun 2012 dan pada 19 Jun 2012 dia menerima email dari penjual  di US bahawa barangan tersebut telah dipos. Pada 4 Julai, husband menerima tshirt tersebut. Di sampul parcel tertulis DILEPASKAN OLEH KASTAM 02 Julai 2012. Harga Tshirt lebih kurang RM 24 dan harga pos juga RM 24. 

Parcel yang telah selamat diterima

Nama je beli dari USA tapi Made in Mexico.. Hehhe. Saiz T shirt ni memang besar dengan wording the internet is awesome

nuffnang

Related Posts with Thumbnails