Friday, November 18, 2011

Cucur udang dan kuah kacang

Lately ni asyik hujan petang, mulalah teringin nak makan macam2. Ini projek weekend lepas, buat cucur udang. Search resepi di SINI tapi guna je bahan yang ada di dapur, husband tak makan tauge so tak letak pun tauge. Saya copy paste resepi di sini untuk rujukan di kemudian hari.




Resepi:
  • 1 cawan tepung gandum (1 sudu besar tepung diasingkan)
  • Beberapa ekor udang (untuk diletakkan di atas cucur)
  • kucai
  • 1 biji bawang dihiris halus
  • 1 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • pewarna kuning atau serbuk kunyit

CARA PENYEDIAAN:

1.Masukkan tepung dalam sebuah bekas

2.Masukan Yis kering kedalam Tepung kacau rata.

3.Masukan garam,daun kucai, perwarna kuning ke dalam tepung.

4.Masukan air kedalam adunan tepung. Adunkan semua bahan sehingga sebati.Tentukan adunan tidak cair sangat dan pekat.Sesuaikan kelikatan adunan tepung. Apabila selesai tutup adunan tepung itu dan biarkan selama 1 jam untuk tepung itu bangkit.

5.Panaskan kuali.Tentukkan api dapur untuk mengoreng cucur tidak terlalu keras.Medium memadai.Jangan pula terlalu kecilkan api.Ini akan menjadikan cucur anda akan meresapi terlalu banyak minyak.Hasil Gorengan pertama anda akan memberi keputusan yang anda perlu sesuaikan api dapur anda. Gorengan pertama mula dengan satu atau dua dulu.

6.Tepung yang diasingkan (1 sudu besar) masukan sedikit air supaya menjadi likat.Masukkan udang besar yang dibersihkan supaya belumur dengan tepung likat ini (sebagai gam). Ini menentukan udang yang goreng diatas cucur, tidak mudah bercerai semasa gorengan.

7.Cara goreng cucur mempunyai berbagai cara. Untuk gorengan cara mamak adalah cara yang mudah.Gunakan sudip ambil sebahagian tepung dari bekas tepung dan letakan udang besar (dilumur tepung) diatas tepung yang perlu digoreng. Masukan kedalam kuali.

8.Walau pun masa gorengan tergantung pada size dan kawalan api dapur kebiasaannya sekiranya gorengan cucur sedia masak akan timbul ke atas permukaan minyak gelembong udara akan terhenti. Apabila gorengan bertukar warna kekuningan emas biasanya cucur telah sedia masak. Keluarkan dari kuali dan letakan di atas kertas tisu dapur untuk menyerap minyak yang berlebihan.


Resepi kuah kacang pula saya intai resepi Azlita dari blog masam manis DI SINI. Owner asal resepi ni adalah Dayang Jack di my resepi. Percubaan pertama membuat kuah kacang. Husband kata sedap cuma kurang pedas. Kalau ikutkan resepi asal letak 5 sudu besar cili kisar tapi stok kat dapur boleh dapat 2 sudu je. Memang tak pedas

  • 300 gm kacang tanah (digoreng/dibuang kulit(jika suka) dan dikisar)
  • 5 biji bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1 batang serai*
  • 1/2 inci halia *
  • 3 cm lengkuas*
  • 1/2 inci belacan bakar*
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 5 sudu makan cili kering kisar (boleh tambah/kurang ikut suka)
  • 2 sudu makan gula merah/gula melaka
  • garam dan gula pasir (mengikut citarasa)
  • air secukupnya

CARA PENYEDIAAN:

  1. Kisar bahan2 bertanda *
  2. Panaskan minyak secukupnya di dlm periuk. Tumis bahan2 kisar, cili kering dan serai hingga wangi.
  3. Masukkan kacang tanah sedikit demi sedikit diselang selikan dgn air. Masak menggunakan api sederhana.
  4. Masukkan gula merah/gula melaka, garam dan gula pasir secukupnya. Hidangkan setelah masak.
  5. Untuk mengelak kuah menjadi pekat dan kembang, jgn memasukkan kesemua kacang tanah pd satu masa.
* untuk mencantikkan kuah, masaklah lama sedikit dgn api perlahan

Untuk Humaira mummy buatkan cucur jagung. Si kenit ni tak makan udang. Kombinasi yis dan baking powder membuatkan cucur naik dengan cantik dan lembut. Serius memang sedapppp...

9 comments:

  1. bacablog nieda ni asyik buat ezan lapar.. nk try jugak la

    ReplyDelete
  2. sedapppnya nieda cucuq udang ni...terliur akak tgk..hehe

    ReplyDelete
  3. alamak! ni tengah hujan kat luar nie, rasa nak makan pulak :-)

    ReplyDelete
  4. sedapnye nieda...lawan lak ngan kuah kacang...fuh mmg terbaik....lieya kureng sikit yg mkn ngan sos tu...tak feel org kate....

    ReplyDelete
  5. cucur udang mmg sedap layan hujan2 nie...
    saya nie mmg cukup malas nak buat kuah kacang tau...
    tak tau ler kenapa....

    ReplyDelete
  6. sedapnye cucur udang cicah kuah kacang..yummeh..
    Tak pernah buat lagi cucur udang..ada masa boleh cuba ni..^^

    ReplyDelete
  7. rajinnya nieda...btul skrg musim ujan..kalu cucur udang sy suka mkn ngan sos cili tu...

    ReplyDelete