Selalunya akhir tahun akan berlakunya musim hujan. Alhamdulillah, hujan rahmat setelah kita di duga dengan musim kemarau yang panjang sehingga berlakunya catuan air di negeri Selangor.  Hujan turun dengan lebat dan kadang-kadang renyai 
tetapi dalam masa yang lama menyebabkan cuaca dingin dan sejuk, juga menyebabkan 
selsema semakin meniingkat. Tidak ketinggalan anak sulung saya, Humaira yang diserang demam 
selsema dan batuk, saya telah ke klinik dan kesusahan kami sekeluarga 
ialah Kakak susah nak makan ubat. Sebenarnya bukan Kakak sahaja tetapi 
ramai lagi kanak-kanak lain. Saya juga ketika kecil, susah nak makan 
ubat.
Hujan
 lebat dan berterusan ini menyebabkan kekerapan banjir kilat. 
Waktu-waktu monsun ini seringkali menyebabkan saya dalam kerisauan untuk
 membawa kereta ke KL kerana sering berlaku banjir kilat. Salah satu 
sebab yang saya perhatikan ialah pembersihan saluran air dan longkang 
yang kurang kerap. Apabila hujan turun dengan lebat, air yang sepatutnya
 mengalir ke saliran, gagal kerana tersumbat atau sempit akibat daun dan
 sampah. Jadilah banjir kilat. Kadang kala pembinaan berhampiran 
menyebabkan jadinya saliran tersumbat. 
Ada
 juga penyebab banjir kilat iaitu saliran tidak dapat menampung air yang
 terlampau banyak. Solusinya senang, tambah saliran, besarkan saliran. 
Keadaan hujan ini berlaku tiap-tiap tahun jadi mestilah sudah ada 
pengalaman. Sama juga solusi saliran tersumbat, bersihkan kerap. Jika 
disebabkan pembinaan, suruh pembina itu bersihkan saliran. 
![]()  | 
| Cuaca berat dihadapan. AWAS | 
Saya
 cuma rakyat yang risaukan keselamatan apabila berlaku banjir kilat, dan
 risaukan kenderaan dimasuki air. Saya cuma mahukan penyelesaian. Cuma 
kes angin kencang, ribut dan puting beliung yang dilihat semakin kerap 
berlaku memang tiada penyelesaian kecuali doa. Tanda bumi semakin tua. 


perubahan cuaca... tambah lagi dengan global warming semua. moga cepat sihat yer.
ReplyDeletesalam pagi jumaat =)
ReplyDeleteXsempat sembang lama dengan nieda malam kelmarin. Kesian anak2 kan. Ujung2 tahun mmg bulan sesema semua. Musim ujan
ReplyDeleteKat sini pom hujan lebat. Non stop. Dgn paras air sg tinggi. Mmg kna jaga2 la.. tkut kna bnjir mgejut cam thn lps
ReplyDeletekalau hujan mesti jalan jem..aduzzz
ReplyDeletekesiannya...moga cpt sembuh...
ReplyDeletemmg risaukan tetiba banjir kilat....patutnya pihak berwajib lebih peka dgn keadaan semasa.