Thursday, June 19, 2014

Ice cream cake sempena birthday

Today is my birthday...hubby kata jom beli kek kt secret recepi. Tapi saya bukanlah penggemar kek termasuklah my kids.  So kita beli aiskrim then jadikan kek aiskrim. Idea ni kalau tak silap saya dalam resepi ringkas facebook. Yang penting dalam rumah ni semua suka aiskrim.

Frust sedikit...selepas habis mendeko kek, time tu lah blackout. Huwaa..kek saya belum cukup keras. Sudahnya aiskrim mula mencair. Sebab tu tak kemas sangat. Kit kat yang mengelilingi aiskrim pun kedudukan dan senget benget disebabkan aiskrim mencair.  terpaksa redha...

Step by step boleh refer gambar kat bawah..Senang je tak payah nak masak2..

Inilah aiskrim kek..boleh juga nak letak kek span kat base. Tapi saya lagi suka letak biskut oreo yang dihancurkan. Time ni lah kat rumah bekan elektrik terputus. 




Step by step:

Oreo masukkan dalam pengisar kering
Dah hancur dah...
Kena guna loyang yang jenis boleh buka dasarnya macam dalam gambar ni..
Letak kit kat keliling loyang. Sebenarnya kit kat saya beli tak cukup. kih kih..lepas tu letak biskut oreo yang dihancurkan. Tekan sampai mampat
Letak aiskrim apa2 flavor pun tak apa. Saya letak 2 jenis flavor. Yang bawah tu aiskrim walls kisses
Aiskrim kedua Almond pecan la cremia nestle
inilah aiskrimya..
Setelah dipotong..kan dah kata kit kat tu senget benget

6 comments:

  1. wah..menariks nya..
    nak try gak la..tq for sharing!!

    happy buzzday!!

    ReplyDelete
  2. wahh...mesti cuba ni...lain dr yg lain...hihiii

    ReplyDelete
  3. simple dan menarik sangat..tak yah susah nak kuar beli kek kan..

    ReplyDelete
  4. Hepy besday nieda,tq atas resepi nk cuba la nnti utk anak2 :)

    ReplyDelete