Tuesday, October 22, 2013

coklat fondue

Lebihan dari buah masa birthday Firaas tempohari, saya plan nak buat coklat fondue. Alaaa...yang buah celup coklat.Yang tinggal pun buah masam2 je, Strawbery dan kiwi. Grape memang beli banyak hari tu so adalah balance. Mashmallow dgn biskut jejari mmg sentiasa ada stok kat rumah, favorite Humaira.

set ni dari tahun lepas beli di popular tapi tak pernah guna. Packaging cantik, ingatkan kita dapat sebijik macam dalam gambar rupanya nan hado. Terkena mokcik...huhu

inilah rupanya..dalam set tu cuma ads bekas ala ramekins, stand, lilin, 2 batang penyucuk dan buku resepi. Pinggan tu sdn bhd ya..hehe

Model ni baru bangun tido sbb tu muka masam  je

Inilah dinner kami hari Ahad lepas. Bersama fries dan chicken finger

Monday, October 21, 2013

Insiden pagi Sabtu

Hari Sabtu pukul 4.30 pagi saya dah bangun. Perancangan hari tu nak pergi Kedah ada jemputan kahwin. Lepas Subuh husband suruh saya dan anak2 masuk kereta dulu sementara dia kunci pintu. Masa tu masih gelap lagi, lebih kurang pukul 6 pagi. Dalam keadaan gelap, husband terjatuh kat tangga. Patutla lama saya tunggu dalam kereta, dia tak muncul2. Kaki husband bengkak sangat masa tu. Trip to kedah terpaksa dibatalkan. Husband agak frust, trip ni pun plan last minute setelah selesai penangguhan pengajian PHD. Sebelum ni memang dia ada cakap selagi tak dapat approval dari dekan dan HEA untuk extend, dia takkan pergi jauh2. Emak saya ajak bercuti ke Langkawi pun dia taknak. Risau katanya, kalau tak dapat extend. Bila dh dpt extend segala beban terus hilang..kekeke.Tapi apakan daya, jatuh tangga pulak. Sebaik mana pun kita merancang, Allah juga sebaik2 perancangan. Pasti ada hikmahnya..

Dalam pukul 8 pagi kawan hubby datang rumah bawa ke klinik. Dokter kata ligamen koyak. Lepas je jatuh saya terus letak ais untuk surut kan bengkak. hari ni kaki dia dh mula merah kebiru-biruan, kesan lebam.

kesan jatuh , bengkak sebesar telur ayam. Bertongkatla jalan. Get well soon ya abg..

Day 1..bengkak dah mula surut. Kesan lebam makin ketara. Rasanya lama juga tak boleh buat fizikal aktiviti. Dah ler setiap minggu hubby bertugas sebagai sukarelawan badan beruniform.

Monday, October 14, 2013

Happy 1st birthday Firaas..


12 oct...happy 1st birthday Hadif Firaas. Mengandungkan adik membuatkn mummy susah hati dengan masalah bleeding di awal trimister yang tidak berkesudahan....Alhamdulillah hari ini dah setahun dah dia...membesar dengan sihat. Adik jarang sakit, demam pun tak pernah lagi. Syukur ya Allah, atas pinjaman Mu ini...

Birthday boy...mummy doakan semoga Firaas menjadi anak yg soleh, taat perintah Allah. Mummy tak punya kemewahan untuk hadiahkn kepada Firaas, tapi mummy akan usahakan untuk breastfeed Firaas sehingga 2 tahun. Insyaallah nak...
 
Mummy, daddy dan kakak Humaira sayang adik. Entry kelahiran adik DI SINI. Untuk setahun yang indah ini, mummy buat kek dari buah-buahan khas untuk adik. Mummy tak kreatif, so inilah hasilnya..Jadilah kan..
Mummy buat khas untuk adik. Yang penting berkhasiat.

Birthday boy tak sabar nak menerkam buah. Geram sgt rupanya.. Hahaha


Buat watermelon juice pula..
Watermelon juice without sugar.

Kemain lagi adik minum..
Hasil buah-buahan yang banyak tu boleh buat aiskrim.

dan lagi..

Kakak dan ais krimnya..

Untuk birthday boy, mummy doakan yang terbaik untuk adik.  Genap setahun adik dah mula nak melangkah. Sebelum ni kalau kita agah baru dia melangkah, tetapi genap je setahun Firaas dah mula praktis berjalan. Cayok cayok..Hari ni 14 Oct semakin panjang langkahnya. dari dapur sehingga ruang tamu.. Patutla dalam pukul 5.00 pagi dah meragam nak bangun. Sudahnya Firaas teman mummy sahur hari ni. Rupa-rupanya punyalah excited dia nak praktis berjalan. Cayalah bro...Hahaha..

Tateh...


Thursday, October 10, 2013

wedding sabtu lepas...

Sokaaaanya dpt gantung kuali. Dah lama x mkn  lauk pauk kenduri, mcm org mengidam pulak nk mkn lauk kenduri. Hehe... Sabtu lepas dapat jemputan kahwin di Putrajaya. Kiteorang pergi konvoi dalam 5 biji kereta ke sana..
Pengantin...

majlis berlangsung di dewan siantan 1

Sabtu ni genap setahun Firaas. Makin besar dah tak berapa nk dgn orang

With kak ita..kami kan pergi konvoi

Masa nak balik kenduri ada karnival, singgah sekejap tengok apa yang menarik...
 time ni mmg tgh panas terik, dlm pukul 2 mcm tu. Ternampak penyanyi black yg pkai baju biru tgh buat persembahan. Black tgh nyanyi lagu tema jodoh itu milik kita. Kemain lagi Humaira ckp...dia nyanyi lagu mummy lah. Hehe..saya mmg layan drama tu, selalunya saya record, lepas subuh baru tgk.

Tgh panas ni black menyanyi..

Tak habis pun tgk black nyanyi kiteorang dah blahh. Tak tahan weiii, panas. Nanti anak2 demam susah plak kan. 

Thursday, October 3, 2013

minggu meroti

Last week byk kali buat roti...sandwich, pizza, roti bun, mexican bun, dan breadstick. jomla...layan gambar je.

sandwich favorite mr hubby

teringin nak mkn pizza punya pasal, jom le kita buat.  Cheese i beli yg block punya, konon nak parut cheese sendiri. HAmpeh, mata pisau tumpul. Mulalah i aim tupperware kitchen on the move. 

Curry bun..

Mexican bun...

Breadstick...ditaburi parmesan  cheese...

Tuesday, October 1, 2013

firaas hampir setahun..

12 oct ni setahun usianya...lasak jangan cakaplah..baby gate, pintu bilik sentiasa kena tutup. Suka sangat buat aktiviti sendiri, masuk bilik air, kecahkn pakaian...sentiasa kena awasi bodak ni...

Baru lepas trim rambut Firaas, rimas tgk rambut dah pjg. Bagi dia remote astro, leka dia main. Senang mummy potong
dah taknak duduk dlm walker atau baby chair. Memanjat sana sini..

Budak baik sampai bibir pun berdarah...