Since this year Humaira dah masuk umur 4 tahun tapi mummy tak hantar lagi pergi preschool so perancangan nak buat banyak aktiviti homeschool. Bukan mudah nak mengajar kanak2 ni, fokus mereka sekejap aje. Tapi kalau bagi layan youtube boleh plak brjam jam. Respect betul dengan teacher preschool.
Dah kenal ABC cuma ada beberapa huruf yang dia confuse macam M dan W, O dan Q. Now tengah train aktiviti susun huruf A - Z menggunakan kad imbasan.
Budak2 memang suka aktiviti art. Kalau ajak buat art laju aje.
Antara aktiviti minggu lepas..
Menggunakan plasticine. Macam2 bentuk ada. Tapi saya lagi suka guna playdough. Cuma playdough ni cepat keras bila terdedah lama2. Nanti mummy buat home made playdough yer Humaira.. |
Resepi play dough dan kebaikannya
saya ambil dari blog Teacher Munira. Humaira dulu pernah join aktiviti playgroup yang dianjurkan oleh Munira Di SINI.
'Playdough play" adalah sangat-sangat baik untuk perkembangan fine motor skill kanak-kanak.
Bermain dengan dough ini boleh bermula seawal kanak-kanak berusia setahun.
Aktiviti menggolek,mengepal dan menekan dough dengan kuat *atau perlahan* merangsang motor-motor halus mereka bekerja.
Dan kerana usia kanak-kanak yang masih kecil,penyediaan dough yang selamat harus di utamakan!
Superduper easy peasy homemade playdough recipe.
ia mudah,murah dan selamat!*weee*
Bahan-bahan dough yang selamat :
1- 1 cawan tepung gandum
2- 1 cawan air suam
3- 1 tbsp minyak sayuran
4- 1/3 cawan garam
5- 2 tbsp cream of tartar
6- Pewarna makanan
Dan cara penyediaannya sangat-sangat mudah.
a] gaul tepung,tartar dan garam hingga sebati
b] masukkan air suam sedikit demi sedikit.
c] tambahkan minyak sayuran dan gaul di atas api yang perlahan sehingga kenyal.
ohhh,ia mengambil masa yang pendek untuk menjadi kenyal
dan gaulan itu harus dengan tekun dan sabar *wink*
d] masukkan pewarna makanan, e] tutup api dan uli doh tersebut beberapa minit.
dan..taraaaa,ia nya sempurna untuk di mainkan!
nota kaki kecil dari guru kanak-kanak kecil *gheeee*
1- Rangsangan otak
Penglibatkan kanak-kanak dalam penyediaan doh ini merangsang otak mereka bekerja.
rangsangan ini akan menggalakkan mereka berfikir.dan berfikir menjadikan kanak-kanak itu bijak.*that's true*
2- Pembelajaran Matematik yang mudah
aktiviti sukatan dan timbangan ini melibatkan aktiviti matematik yang mudah.
biarkan kanak-kanak kecil memasukkan bahan-bahan tersebut
dan start 'learn while they are playing!'
mereka akan belajar makna 'satu pertiga' 'setengah' dan sebagainya!
3- Self-esteem
cara mudah untuk meningkatkan self-esteem kanak-kanak..
biarkan mereka memilih warna kegemaran mereka di dalam penyediaan doh ini.
melihat doh di perbuat dengan hasil pilihan warna mereka akan meningkatkan self-esteem anak-anak ke tahap tertinggi * wah,tertinggi*
tidakkah sesuatu yg membanggakan apabila mereka menyebut ' warna ini kita pilih tau!' hehehehe
4- Perkembangan Bahasa
Mereka akan banyak belajar bahasa yang baru.
perkatan uli,kepal dan picit dan sebagainya adalah sesuatu yang baru bagi mereka.
Jom buat puppet..DAN inilah hasilnya...Taraa
Hasil kerja Humaira. Jahit jelujur tu Embah Humaira yang ajar. Dari mula sampai habis Humaira jahit. Proud of u lah sayang.
kids memang suka main playdough nie kan...
ReplyDeletethx for sharing the recipe...
kalo rajin leh buatkan utk sapphire...
kagum lah sis, humaira leh jahit2 hand puppet tu...
budak-budak memang suka kan benda-benda art ni..ralit kalo dah buat aktiviti tu..
ReplyDeletebagus nieda...walau pun tak anta humaira ke sekul lagi tapi nieda dah dedahkan sesi pembelajaran begini....
ReplyDeletewah nak buatla playdoh sendiri ni nak main snediri haha btw salam kenal dari blog sk :)
ReplyDeleteWaaah bagusnya... belajar dr rumah.. cabaran tu nak mengajar anak sendiri :-)
ReplyDeleteCayalah humaira..
pandai humaira jahit... :)
ReplyDeleteplaydough ni mmg sgt2 bagus kan.SIL kita cikgu kanak2 khas dulu.dia pun ckp ajar ank main playdough ni bagus tok otak..cayalah humaira!! mmg cantik sgt2 jahit jelujur tu..kalah acik jura..hehe
ReplyDeletenieda memang rajin wat aktiviti art ngan humaira kan..x mcm kita..ada je alasan..huhu..nway,sgt kagum ok ngan humaira pndai jahit puppet..very good job!! :-D
ReplyDeletecayalah humaira..pandai jahit jelujur ye :) husna pun suka main plastesin tp tu la cepat tul keras bila lama terdedah..
ReplyDeletepandai humaira jahit puppet!
ReplyDeleteplaydough mmg kegemaran bdk2 ni.lepas main,bersepah doh melekat kat lantai.aduhhh