Tuesday, July 17, 2012

Teringin makan...

Husband terpaksalah layan selera mak buyong ni. Huhu.. Teringin sangat nak makan rendang ayam TAPI nak ayam kampung. Dah merasa makan rendang ayam masa balik Ipoh  emak saya buatkan.  My mom punya rendang ayam memang TERBAIK.. Teringat2 sampai sekarang..  Bila balik Shah Alam teringin lagi nak makan rendang ayam. Paksa husband beli ayam kampung di Meru Klang. Kat Meru tu, bila kita order ayam kampung baru sembelih time tu juga, kena tunggu dalam setengah jam jugalah untuk proses buang semua bulu ayam. Takpe..Mak buyong sanggup tunggu. Hehe...

Raya tahun ni giliran balik Ipoh dulu, so dapatlah saya merasa makan rendang emak saya buat nanti.


Ayam yang telah disembelih, dimasukkan dalam air panas periuk besar tu untuk memudahkan proses cabut bulu ayam
Lepas tu baru masuk dalam mesin untuk proses buang bulu ayam


Tertarik tengok ayam ni...Ada 3 kaki


Balik tu terus masak rendang...Hehe dapat juga makan rendang ayam. Terlebih letak serbuk kunyit..

Teringin juga makan popia goreng. Buat sendiri lagi puas hati.
Popia sayur

Himemade sos bersama taburan bawang dan kacang goreng. Yummy


Lagi satu kalau pergi pasar malam TTDI Jaya mesti nak pekena rojak buah atau tauhu bakar pakcik pasar malam. Kuah rojak memang terbaik. Setiap kali pergi, gerai pakcik ni sentiasa ramai orang.

Last2 saya beli kuah rojak dan kacang goreng. Sonang boleh buat sendiri. Kuah rojak tu 1kg RM11, kacang tabur tu RM8.50..  


* Mak Buyong yang kuat makan. Hehe

7 comments:

  1. toksah kata makbuyung,kita yang xbuyung ni pun terliur tgk..hihi

    ReplyDelete
  2. wina x berapa gemarla ayam kampung..SIL kalau masak rendang mesti nak ayam kampung, wina ayam biasa pun boleh eheheheee

    ReplyDelete
  3. memang klu jd mak buyung semua nak makan...hehe...akak pun nasib baik hubby selalu gak ikut akak nak mkn apa...:)

    ReplyDelete
  4. Ishhh saje je nieda ni tau!!!... Kiter pun terliur tgk ni hah!!

    ReplyDelete
  5. ayam kampung? sedapnya...rojak tu pun looks delicious..i dah rasa mcm i mak buyung lak..hahaha..

    ReplyDelete
  6. Pernah makan Hasan Ayam Kampung.. boleh ler tapi sedap lagi masakan air tangan mak kitakan?

    ReplyDelete